omniture

Molecular Imprints Menghantar Sistem Modul Tera Generasi Seterusnya untuk Digunakan dalam Penghasilan Memori Semikonduktor

Molecular Imprints, Inc.
2013-04-24 04:40 158

-- Molecular Imprints bakal menghantar tiga buah sistem tera generasi seterusnya dalam suku tahun ini. Dua daripada sistem ini dijangka untuk dihantar kepada semikonduktor unggul IDM.

AUSTIN, Texas, 24 April 2013 /PRNewswire/ -- Molecular Imprints, Inc. (MII), sebuah peneraju teknologi dalam litografi semikonduktor canggih dan peneraju pasaran serta teknologi untuk sistem dan penyelesaian pencorakan nano, hari ini telah mengumumkan penghantaran pertama daripada tiga buah modul tera canggih yang dijadualkan untuk suku tahun ini.  Ia akan disepadukan ke dalam sistem pelangkah rakan kongsi peralatan MII. Modul-modul ini termasuklah teknologi Jet and Flash™ Imprint Lithography (J-FIL™) milik MII yang bakal memberikan prestasi yang diperlukan untuk pengilangan volum tinggi bagi peranti memori semikonduktor canggih pada dimensi sub-20nm.

"Penghantaran modul tera kami yang terkini ini menggabungkan kawalan pembesaran tertingkat dan teknologi pendedahan bersama penapisan penahan atas papan yang lebih baik, kawalan kejituan mesin masa sebenar, dan sistem pemancutan rintang yang ditingkatkan yang memperbaiki kadar kerosakan, daya pemprosesan, ketepatan tindihan dan kos pemilikan keseluruhan," kata Mark Melliar Smith, Ketua Pegawai Eksekutif Molecular Imprints. "Semua peningkatan ini dapat dicapai dan dalam masa yang sama syarikat masih lagi menawarkan platform sistem dengan kos yang lebih rendah dan jejak yang lebih kecil. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan pembangunan dan kejuruteraan kami di atas satu lagi tugas cemerlang dalam rekaan dan pembangunan produk dan mengiktiraf sokongan dan kerjasama yang kami terima daripada rakan kongsi peralatan kami. Kami tidak sabar-sabar lagi mahu melihat sistem-sistem ini digunapakai di fasiliti pengeluaran milik pelanggan semikonduktor kami lewat tahun ini."

Mengenai Molecular Imprints, Inc.

Molecular Imprints, Inc. (MII) adalah peneraju teknologi untuk sistem dan penyelesaian pencorakan nano resolusi tinggi dengan kos pemilikan rendah dalam industri semikonduktor dan pemacu cakera keras (HDD). MII sedang membina pengaruh dengan teknologi Jet and Flash™ Imprint Lithography (J-FIL™) yang berinovasi untuk menjadi peneraju teknologi dan pasaran sedunia dalam penyelesaian pencorakan volum tinggi untuk peranti storan dan memori, dan membantu pasaran-pasaran baharu dalam industri paparan, tenaga bersih, bioteknologi dan industri-industri lain. MII membolehkan pengilangan nano berskala nano dengan menyediakan penyelesaian pencorakan nano menyeluruh pada harga yang berpatutan, serasi dan boleh disambungkan sehingga ke tahap resolusi sub-10-nanometer. Untuk maklumat lanjut atau mengikuti kami di Twitter, sila layari  www.molecularimprints.com

Perhubungan Am Korporat

Paul Hofemann
Molecular Imprints, Inc.
+1-512-339-7760 X311
phofemann@molecularimprints.com

Source: Molecular Imprints, Inc.
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Semiconductors New products/services