omniture

Tibalah masanya untuk menghasilkan Kitaran karbon hitam; Birla Carbon memperkenalkan 'CONTINUA'

Birla Carbon
2021-05-25 16:00 24

- Bahan jenama Continua ialah bahan lestari berkarbon yang didatangkan dengan kepakaran teknikal, kualiti yang unggul dan jangkauan global untuk meningkatkan kitaran produk

- Continua ialah segala-galanya tentang inovasi dan kerjasama yang lestari

- Ketersediaan produk Continua bakal melebihi 70,000 tan setiap tahun dalam tempoh lima tahun akan datang

MUMBAI, India dan MARIETTA, Georgia, 25 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Birla Carbon, pengeluar karbon hitam global yang terkemuka, hari ini memperkenalkan Bahan Berkarbon Lestari pertama seumpamanya dengan pelancaran CONTINUA. Ini merupakan langkah permulaan yang cemerlang ke arah ketersediaan dan pengetahuan tentang penyelesaian lestari dalam industri karbon hitam.

'Kelestarian Berskala' ialah salah satu ciri yang membezakan Continua dengan disokong oleh kepakaran teknikal disertai dengan kredibiliti Birla Carbon dan kepercayaan terhadapnya. Produk Continua, dengan ciri kitaran semula jadinya, akan mendayakan pengurangan jejak karbon yang besar dan boleh diukur, membuka laluan bagi mencapai rantaian nilai industri yang lebih hijau, bersih dan lestari. Dalam tempoh lima tahun akan datang, 73,000 tan Continua akan tersedia setiap tahun untuk digunakan dalam pelbagai jenis kegunaan termasuk tayar, barangan getah mekanikal, plastik dan banyak lagi.

Suatu Penilaian Kitaran Hayat yang dijalankan mengikut ISO 14040 dan ISO 14044 menunjukkan bahawa pada kapasiti penuh, 228,000 tan pelepasan CO2 langsung dan tidak langsung akan dihapuskan setiap tahun jika dibandingkan dengan proses karbon hitam konvensional.

Berucap ketika pengumuman tersebut, Dr. Santrupt B. Misra, Ketua Pegawai Eksekutif Birla Carbon berkata, "Sebagai peneraju dalam industri, adalah menjadi tanggungjawab kami untuk melakukan perubahan melalui fokus kami terhadap kelestarian dan inovasi. Kami kini bersedia untuk berkongsi penyelesaian lestari dengan dunia. Dengan pelancaran 'Continua', kami berharap dapat menyampaikan Bahan Berkarbon Lestari secara konsisten kepada pelanggan kami untuk menjadikan aspirasi kitaran mereka lebih hampir menjadi realiti." Beliau menambah lagi, "Hasrat Birla Carbon ialah untuk 'Berkongsi Kekuatan' dan dengan 'Continua', kami telah membawa hasrat kami ini melangkah lebih jauh dan tinggi. Kami berharap dapat melibatkan pelanggan kami dalam merealisasikan kelestarian dan kitaran melalui 'Continua-ous innovation' (Inovasi Continua yang Berterusan)."

Mengulas tentang pengumuman tersebut, John Loudermilk, Ketua Pegawai Operasi berkata, "Continua merangkum kesungguhan kami untuk berinovasi ke arah penyelesaian perniagaan yang lestari. Simbol infiniti menggambarkan jenama Continua yang menzahirkan semangat kami secara berterusan untuk berusaha ke arah kelestarian dan kitaran sebenar dalam khidmat kami terhadap rantaian nilai. Peluang infiniti yang berterusan merupakan undangan untuk bersatu dan meneroka potensi produk Continua bagi mewujudkan lebih banyak kitaran di seluruh rantaian nilai kami yang sama."

Tawaran produk Continua bukan sahaja mempunyai ciri-ciri kualiti, konsistensi dan kelestarian bahan berkarbon tersebut malah turut disertai dengan kepakaran teknikal, rantaian bekalan yang mapan dan kepemimpinan Birla Carbon dalam industri.

Tentang Birla Carbon

Birla Carbon merupakan pembekal karbon hitam global yang terkemuka. Sebagai salah satu perniagaan utama konglomerat multinasional India yang terkemuka, Birla Carbon  Aditya Birla Group menyediakan penyelesaian karbon hitam lestari yang inovatif yang meningkatkan prestasi cat dan salutan, dakwat dan toner, plastik, pelekat, penampal, gentian tekstil, barangan getah mekanikal dan tayar. Jejak syarikat ini merangkumi 12 buah negara dengan 16 buah kemudahan pembuatan dan dua pusat teknologi canggih di Marietta (USA) dan Taloja (India) yang menyediakan inovasi terkemuka dalam industri. Strategi Kecemerlangan Operasi Lestari (SOE) syarikat memberi tumpuan terhadap keselamatan pekerja, penjagaan alam sekitar, penggunaan sumber karbon yang cekap dan pengendalian dengan amalan tanggungjawab sosial dan beretika.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.birlacarbon.com atau ikuti kami di LinkedIn, Twitter, Facebook atau Instagram.

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1517583/Continua_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Birla Carbon
Keywords: Chemical Environmental Products & Services Green Technology Feature News Releases New products/services