omniture

GSMA Dedahkan Kebimbangan Mengenai Privasi Mudah Alih Mengekang Pertumbuhan Aplikasi Mudah Alih di Amerika Latin

GSMA
2013-04-24 22:00 155

--GSMA Terbitkan Kaji Selidik Menyeluruh Pertama tentang Sikap Pengguna Amerika Latin Terhadap Privasi Mudah Alih

BOGOTA, Colombia, 24 April 2013 /PRNewswire/ -- GSMA hari ini telah mengumumkan kajian yang menerokai impak kebimbangan mengenai privasi dalam penggunaan aplikasi dan perkhidmatan mudah alih di Amerika Latin. Kajian yang melibatkan 4,500 pengguna mudah alih di Brazil, Colombia dan Mexico menunjukkan bahawa sikap tidak menaruh kepercayaan terhadap cara maklumat peribadi dikumpulkan dan dikongsikan merupakan penghalang penyebaran penggunaan aplikasi mudah alih secara meluas di Amerika Latin, sebuah pasaran yang mempunyai nilai global US$29 juta dan berkembang pada kadar 36% setiap tahun [1].

Risiko Terhadap Perkembangan Pasaran

Kajian ini menunjukkan bahawa para pengguna mahu ciri perlindungan privasi yang lebih baik diamalkan dan mereka percaya bahawa pengendali mudah alih adalah pelindung sebenar privasi mereka dalam peranti mudah alih:

  • Lapan puluh lapan peratus daripada pengguna aplikasi mudah alih risau aplikasi-aplikasi tersebut mungkin mengumpul maklumat peribadi mereka tanpa kebenaran mereka;
  •  Separuh daripada pengguna dengan kebimbangan tersebut akan mengehadkan penggunaan aplikasi mereka melainkan perlindungan yang lebih baik mula diberikan; dan
  • Enam puluh peratus daripada responden akan mempertanggungjawabkan pengendali mudah alih mereka jika mereka mengalami pencerobohan privasi yang teruk semasa menggunakan sesebuah aplikasi, tidak kira siapa yang sebenarnya bertanggungjawab. Namun hanya 31 peratus akan merujuk kepada kedai aplikasi mereka dan 34 peratus pula akan terus bertanya kepada pembangun aplikasi itu.

Sekiranya tiada sebarang langkah diambil untuk melindungi privasi pengguna, Amerika Latin berisiko akan ketinggalan di belakang rantau lain di dunia dalam penggunaan perkhidmatan mudah alih baharu. Pengendali mudah alih mengakui keperluan untuk membentuk kerjasama erat dengan kerajaan dan industri-industri yang lebih luas bagi menyelesaikan isu ini. Mereka sedang menyeru pembuat dasar bagi meningkatkan tahap penglibatan mereka dengan ekosistem mudah alih dalam menggubal undang-undang perlindungan pengguna baharu.

 

"Ini bukanlah satu keadaan di mana penggubal undang-undang boleh hanya menggunakan peraturan perlindungan maklumat yang lapuk dalam pasaran aplikasi mudah alih moden," kata Tom Phillips, Ketua Pegawai Hal Ehwal Kerajaan dan Kawal Selia di GSMA. "Mereka perlu mempertimbangkan penyelesaian yang mencerminkan realiti pasaran baharu, seperti ikon privasi yang kini sedang dibangunkan di AS[2], yang bakal menyediakan cara-cara mudah bagi pengguna bagi memahami pilihan privasi mereka dan mengawal maklumat mereka."

Kebimbangan Terhadap Perkhidmatan Berasaskan Lokasi

Kaji selidik ini juga mengetengahkan kebimbangan pengguna mengenai maklumat lokasi mereka. 92 peratus daripada responden mahu diminta kebenaran sebelum lokasi mereka didedahkan melalui sebuah perkhidmatan atau aplikasi. Namun 47% daripada aplikasi-aplikasi paling popular memindahkan identiti unik peranti telefon mereka kepada syarikat-syarikat lain tanpa disedari atau tanpa kebenaran para pengguna[3]. 74 peratus lagi daripada mereka yang kerap menggunakan perkhidmatan lokasi mempunyai kebimbangan bahawa lokasi mereka dikongsi dengan pihak ketiga tanpa kebenaran mereka.

Melainkan semua perkhidmatan ini disediakan terus oleh pengendali mudah alih, kebimbangan ini ada asasnya kerana undang-undang dan peraturan berbeza boleh digunakan. Pengendali mudah alih mempunyai kekangan ketat tentang penggunaan maklumat lokasi, tetapi perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat-syarikat internet tidak mempunyai kekangan sebegitu.

"Peraturan mengenai privasi lokasi perlu digunapakai dengan adil ke atas semua pihak-pihak berlainan yang menawarkan perkhidmatan sebegitu. Hari ini, ketidaktekalan itu mendatangkan risiko kepada maklumat pengguna," kata Phillips lagi. "Dalam pasaran seluruh Amerika Latin, undang-undang keselamatan baharu sedang dibangunkan. GSMA menyeru kerajaan bagi memastikan semua undang-undang baharu yang digubal dilaksanakan secara adil kepada semua yang terlibat dalam industri ini."

Kajian ini dilaksanakan oleh Futuresight Ltd. bagi pihak GSMA. Ia dirangka berdasarkan kajian-kajian terdahulu di Sepanyol, UK dan Singapura serta usaha berterusan GSMA bagi membantu menetapkan garis panduan industri dan pendekatan yang menangani kebimbangan pengguna terhadap privasi mudah alih dan merangsang keyakinan dan kepercayaan pengguna mudah alih.

Untuk melihat keputusan kaji selidik penuh dari seluruh Brazil, Colombia dan Mexico, sila layari: www.gsma.com/publicpolicy/mobile-and-privacy/resources

Nota kepada Editor

[1]Sumber: Strategy Analytics, 2012  

[2]Ketahui lebih lanjut tentang App Trust Project (http://apptrustproject.com/) dan inisiatif-inisiatif lain di bawah program ketelusan aplikasi mudah alih Pentadbiran Maklumat Telekomunikasi Kebangsaan: http://www.ntia.doc.gov/other-publication/2013/privacy-multistakeholder-process-mobile-application-transparency  

[3]Sumber: Wall Street Journal: http://online.wsj.com/article/SB10001424052748704694004576020083703574602.html

Mengenai GSMA

GSMA mewakili kepentingan pengendali mudah alih di seluruh dunia.  Beroperasi dalam lebih daripada 220 negara, GSMA menyatukan hampir 800 buah pengendali mudah alih di seluruh dunia, dengan lebih 230 buah syarikat dalam ekosistem mudah alih yang lebih luas, termasuk pembuat telefon bimbit, syarikat perisian, pembekal peralatan, syarikat Internet serta organisasi dalam sektor industri perkhidmatan kewangan, penjagaan kesihatan, media, pengangkutan dan utiliti.  GSMA juga menguruskan acara terkemuka industri seperti Kongres Dunia Mudah Alih dan Ekspo Mudah Alih Asia.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web korporat GSMA di www.gsma.com. Atau Mobile World Live, portal dalam talian bagi industri komunikasi mudah alih di www.mobileworldlive.com

Source: GSMA
Related Links:
Keywords: Mobile Entertainment Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Wireless Communications Survey, Polls & Research