omniture

OptraSCAN Mengumumkan CytoSiA - Penyelesaian Digital Lengkap untuk Mengimbas dan Menganalisis Slaid Sitologi Pada Harga yang Berpatutan

OptraSCAN Inc.
2021-05-26 18:42 88

- CytoSiA, Alat Pintar OptraSCAN – Untuk Memajukan Pemeriksaan Sitologi Melalui Penyelesaian Analisis Imej Berasaskan Kecerdasan Buatan Dan Kualiti Imej yang Tiada Tandingan 

SAN JOSE, California dan PUNE, 26 Mei 2021 /PRNewswire/ -- OptraSCAN®, penyedia penyelesaian Patologi Digital Atas Permintaan terkemuka, hari ini mengumumkan penyelesaian pintarnya iaitu CytoSiA untuk pengimbasan dan penganalisisan pap smear dan slaid sitologi berasaskan cecair yang pantas namun berpatutan. Ia merupakan suatu penyelesaian lengkap yang terdiri daripada pengimbas patologi digital, penyimpanan dan algoritma kecerdasan buatan (AI) OptraSCAN yang hebat untuk membantu ahli patologi dan ahli sitoteknologi memeriksa dan mengesan kanser serviks, lesi prakanser, sel atipikal dan semua kategori sitologi lain. Pelbagai hospital dan makmal patologi di seluruh dunia telah pun memasang CytoSiA dan menyaksikan hasil yang lebih baik pada pesakit, peningkatan dari segi kecekapan dan produktiviti yang diperlukan untuk menangani permintaan terhadap kes sitologi yang semakin meningkat. 

OptraScan_CytoSiA
OptraScan_CytoSiA

"OptraSCAN sedang mentakrifkan semula pemeriksaan kanser serviks dengan memperkenalkan CytoSiA yang menawarkan pelbagai ciri untuk memeriksa slaid sitologi berasaskan cecair dan pap smear secara berkesan bagi membezakan antara sel serviks normal dan abnormal menggunakan klasifikasi Bethesda pada sel normal hingga karsinoma sel skuamus (NILM/LSIL/LMISIL)," kata Abhi Gholap, Pengasas OptraSCAN. Dengan satu rangkaian peranti imbasan yang mengendalikan serendah 50 slaid seminggu hingga 5,000 slaid seminggu pada harga yang sangat berpatutan," tambah beliau.

Pengimbas digital OptraSCAN boleh mengimbas kawasan slaid sitologi bersaiz 15x15 mm dengan 40x pembesaran dalam masa kurang daripada 60 saat sambil menghasilkan imej berkualiti tertinggi. CytoSia menggabungkan pengimejan komposit dengan teknologi yang dipatenkan yang mencari semua piksel pemfokusan daripada pelbagai imej satah Z dan mengaitkan kembali untuk mencipta imej komposit satu lapisan. Teknologi pengimejan komposit ini jauh lebih cekap berbanding Teknologi Penindanan Z yang tradisional. Ia membolehkan pemeriksaan yang pantas dan tepat bagi keseluruhan slaid dalam masa beberapa saat. Tahap ketepatan dan kualiti ini adalah penting untuk menganalisis sampel. Selain itu, ia memaparkan kepada pemeriksa dengan imej medan yang penting dalam menyediakan tafsiran sitologi, meletakkannya mengikut kategori dan menapis pertindihan.

CytoSiA, apabila digunakan sebagai alat diagnostik sampingan, ia memaklumkan ahli patologi jika terdapat percanggahan antara tafsiran mereka dengan penemuan algoritma AI yang diperhatikan, menawarkan perlindungan terhadap ralat atau salah tafsiran, sambil meningkatkan kualiti penjagaan keseluruhan.

Ciri-ciri CytoSiA: 

  • Pengkomputeran automatik untuk kecukupan sampel bagi keseluruhan imej sitologi slaid
  • Pengenalpastian sel abnormal dan entiti lain berdasarkan ciri-ciri morfologi dan klasifikasi berasaskan AI menggunakan skor Bethesda
  • Pengenalpastian entiti endometrium, actinomyces, kandida, sel klu, vaginalis trikomoniasis dan herpes reaktif
  • Pengenalpastian entiti termasuk darah, keradangan dan lubrikan

"Analisis imej berasaskan AI memerlukan imej yang berkualiti unggul," kata Dr. Aparna Joshi, Pengarah Perubatan OptraSCAN. "Pasukan kami telah membangunkan teknologi pengimejan pintar yang mengubah slaid sitologi kaca fizikal kepada imej digital dengan kejelasan yang luar biasa. Analisis imej lanjutan dan penyeragaman kini boleh dicapai dengan kualiti pendigitalan sebegini," tambah beliau lagi.

Hubungi OptraSCAN 

Tentang OptraSCAN, Inc:

OptraSCAN® ialah perintis dalam Sistem Pathology® Digital Atas Permintaan yang fokus untuk menyampaikan penyelesaian bersepadu sepenuhnya dan berpatutan yang akan memaksimumkan pulangan pelaburan serta meningkatkan prestasi perkhidmatan patologi anda. Sebagai sebuah syarikat yang diperakui ISO 13485 dan diberi Tanda CE untuk keseluruhan pengimbas slaid bagi kegunaan IVD, OptraSCAN sedang berusaha untuk menghapuskan halangan "Ke Arah Pendigitalan" tanpa mengira saiz, daya pemprosesan atau lokasi global makmal patologi.

Penyelesaian patologi digital OptraSCAN yang lengkap menyediakan, menyiarkan, menyimpan, berkongsi dalam masa nyata dan melaporkan perolehan keseluruhan imej slaid dengan berkesan serta menyediakan penyelesaian analisis Imej berasaskan AI & ML melalui model pembelian serta-merta atau atas permintaan. Ikuti kami di LinkedIn dan Twitter.

Hubungan Pertanyaan Media: 

Anjana Athanikar
Pengurus – Komunikasi Pemasaran 
a.athanikar@optraventures.com

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1517923/Optra_Scan_Logo.jpg?p=medium600  
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1517924/optrascan_cytosia.jpg?p=medium600

 

Source: OptraSCAN Inc.
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries New products/services