omniture

Bank IndusInd Memilih Calypso untuk Penyelesaian Penuh Perbendaharaan Pentadbiran dan Pengurusan Pejabat

IndusInd Bank; Calypso Technology
2013-04-25 11:30 230

Platform aset-silang bagi memajukan perniagaan perbendaharaan IndusInd serta mengurus risiko

MUMBAI, India, 25 April 2013 /PRNewswire/ -- Calypso Technology Inc., penyedia unggul perisian perbendaharaan bersepadu dan pasaran modal, hari ini mengumumkan bahawa Bank IndusInd telah memilih kaedah penyelesaian pentadbiran dan pengurusan aset silang oleh Calypso Technology bagi memajukan aktiviti perbendaharaan mereka, meningkatkan perniagaan pasaran global dan mengurus risiko.

Bank IndusInd ingin memenuhi pelan pertumbuhan mereka yang bercita-cita tinggi itu dengan menawarkan kepada para pelanggan mereka produk-produk perbendaharaan yang canggih dan menyediakan akses yang lebih luas ke pasaran. Sebagai sebuah peneraju industri yang menggunakan kaedah penyelesaian teknologi terkini, Bank IndusInd berhasrat melaksanakan platform perbendaharaan canggih, dan Calypso Technology adalah pilihan yang tepat.

Penyelesaian perbendaharaan Calypso Technology direka bagi membolehkan Bank IndusInd memperkenalkan produk-produk baharu dengan pantas termasuklah produk derivatif, dan menyediakan kemampuan untuk membendung pendedahan risiko dalam batasan, lalu memastikan Bank IndusInds kekal di hadapan dalam landskap kawal-atur yang pantas berubah.

"Pelaksanaan penyelesaian bersepadu Calypso untuk perbendaharaan kami akan membolehkan kami menawarkan produk-produk sofistikated baharu kepada pelanggan kami dan memperbesarkan perniagaan kami. Ia akan memberi kami platform yang tepat bagi menguruskan modal dan risiko kami dengan cekap," kata Paul Abraham, Ketua Pegawai Operasi Bank IndusInd.

Calypso Technology begitu komited dalam memperluaskan dan mengukuhkan kehadiran tempatan di India sejak pembukaan cawangannya di Mumbai pada tahun 2006 dan sejak itu telah membuka dua cawangan tambahan di Chennai dan Pune. Pasukan-pasukan kejuruteraan, sokongan produk, pengurusan akaun dan pengurusan produknya di India menawarkan khidmat sokongan bertaraf dunia bagi pelanggan-pelanggan tempatan dan antarabangsa. "Seiring kemajuan India sebagai salah satu ekonomi dunia yang paling unggul dan mengujakan, kami berbesar hati kerana dapat meneruskan komitmen jangka panjang kami terhadap India dan Asia Pasifik," kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Calypso Technology Charles Marston.

Pengurus Besar APAC untuk Calypso Technology, Sean McDermott menyatakan. "Kami berasa sukacita dapat bekerjasama dengan Bank IndusInd dalam membantu bank itu memajukan perniagaannya dan menguruskan risiko mereka dengan cekap. Penambahan baharu kepada tapak klien kami ini adalah bukti kepada kebolehskalaan dan kekukuhan perisian Calypso bagi menyokong objektif pertumbuhan bank itu dalam salah satu daripada ekonomi yang paling pesat berkembang di dunia."

Mengenai Calypso Technology, Inc.

Calypso Technology adalah penyedia platform pasaran modal global utama, memberi khidmat kepada semua jenis institusi kewangan dengan rangkaian penuh penyelesaian pejabat pentadbiran dan pengurusan aset silang bersepadu untuk perbendaharaan dan deravitif termasuk dagangan, risiko, pemprosesan, kelulusan, cagaran, pengurusan tunai, kecairan, perakaunan dan pelaporan. Platform Calypso kini mula bertapak sebagai standard dunia dalam pengurusan pasaran modal dan bertindak sebagai asas yang ideal bagi inovasi dan pertumbuhan masa hadapan.

Calypso mempunyai lebih 160 pelanggan dalam lebih 40 buah negara – termasuk bank, bank pusat, dana kerajaan, pengurus aset, syarikat insurans, dana lindung nilai, broker utama, pengurup, gedung penjelasan, perkhidmatan pemprosesan dan penyedia perkhidmatan lain-lain. Calypso komited kepada tahap-tahap perkhidmatan pelanggan, penyelidikan, pembangunan dan inovasi yang terkemuka dalam industri. Syarikat ini mempunyai lebih daripada 650 kakitangan dan 18 cawangan seluruh dunia. "Calypso" adalah tanda dagangan berdaftar milik Calypso Technology, Inc. di Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan bidang-bidang kuasa lain. http://www.calypso.com

Mengenai Bank IndusInd

Bank IndusInd yang telah memulakan operasinya pada tahun 1994, memenuhi keperluan pengguna dan pelanggan korporat. Platform teknologinya menyokong kemampuan penghantaran saluran berbilang. Setakat 31 Disember 2012, Bank IndusInd mempunyai 461 cawangan, dan 852 ATM merentasi 320 lokasi geografi dalam negara. Bank itu juga mempunyai pejabat perwakilan di London dan Dubai.

Bank ini percaya dalam memacu perniagaannya melalui teknologi. Ia menikmati status sebagai bank penjelasan untuk kedua-dua bursa saham utama - BSE and NSE – dan bursa komoditi utama dalam negara, termasuk MCX, NCDEX, dan NMCE. Bank IndusInd juga menawarkan kemudahan DP (Peserta Depository) bagi segmen saham dan komoditi.

PEMERINGKATAN:

ICRA AA untuk program hutang subordinat Peringkat Bawah II oleh ICRA. ICRA AA- untuk program bon Peringkat Atas II. CRISIL A1+ untuk sijil program deposit oleh CRISIL.

Lawati kami di http://www.indusind.com

SUMBER  IndusInd Bank; Calypso Technology

Source: IndusInd Bank; Calypso Technology
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Contracts