omniture

Merck Mempercepat Peningkatan Pengeluaran Lipid untuk Memenuhi Permintaan Covid-19

Merck
2021-05-26 20:00

- Memperkenalkan produk kolesterol sintetik baharu sembilan bulan lebih awal daripada jadual

- Menawarkan ketulenan yang tinggi, kebolehskalaan dan kualiti yang konsisten

- Salah sebuah daripada sebilangan kecil syarikat yang menghasilkan lipid dalam kuantiti yang diperlukan untuk memenuhi permintaan bagi terapeutik mRNA termasuk Vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech  

DARMSTADT, Jerman, 26 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Bagi memenuhi permintaan tinggi terhadap lipid yang merupakan suatu komponen utama dalam terapeutik dan vaksin berasaskan mRNA, Merck iaitu sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka telah melancarkan produk kolesterol sintetik berketulenan tinggi yang baharu, sembilan bulan lebih awal daripada jadual.

Filling of Merck's new synthetic cholesterol product at the company's Darmstadt, Germany facility. This new product is more than 99 percent pure, offers high batch-to-batch consistency and is scalable under commercial GMP.
Filling of Merck's new synthetic cholesterol product at the company's Darmstadt, Germany facility. This new product is more than 99 percent pure, offers high batch-to-batch consistency and is scalable under commercial GMP.

"Dengan memanfaatkan pengalaman selama dua dekad dalam pembangunan dan pengeluaran lipid berkualiti tinggi, kami mencipta proses proprietari untuk membawa produk kolesterol sintetik SAFC® kami yang baharu ke pasaran hampir setahun lebih awal," kata Andrew Bulpin, Ketua Penyelesaian Proses, Sains Hayat Merck. "Melalui pengenalan produk kolesterol sintetik SAFC® kami yang baharu, kami telah meningkatkan kapasiti kami sebanyak 50 kali ganda yang membantu syarikat biopembuatan menyampaikan terapi yang menyelamatkan nyawa kepada pesakit dengan lebih pantas."

Merck mengeluarkan lipid di Schaffhausen, Switzerland; Darmstadt, Jerman; dan St. Louis, Missouri, Amerika Syarikat. Walaupun terdapat versi kolesterol sintetik dan yang dihasilkan daripada haiwan tersedia di pasaran, produk kolesterol sintetik Merck menawarkan ketulenan tinggi, kebolehskalaan dan kualiti yang konsisten.

Lipid neutral ini yang digunakan dalam produk yang dipasarkan secara komersial adalah lebih 99 peratus tulen; menawarkan konsistensi kelompok ke kelompok yang tinggi dan boleh diskala mengikut Amalan Perkilangan Baik (GMP) komersial. Merck merupakan salah sebuah daripada sebilangan kecil syarikat di dunia yang berupaya menghasilkan kuantiti yang diperlukan bagi pembuatan nanopartikel lipid dan memenuhi keperluan kualiti untuk terapeutik mRNA.

Pelancaran produk baharu ini meyusul setelah syarikat itu mengambil alih AmpTec, sebuah organisasi pembuatan dan pembangunan kontrak mRNA yang berpangkalan di Hamburg, Jerman. Melalui penggabungan teknologi mRNA berasaskan PCR AmpTec dengan kepakaran Merck yang luas dalam pembuatan lipid, Merck dapat memberikan penawaran yang benar-benar bersepadu di seluruh rantaian nilai mRNA. Merck mempunyai pengalaman selama lebih 20 tahun dalam pembanguan dan pembuatan lipid berkualiti tinggi mengikut proses GMP. Syarikat ini menyediakan sokongan kawal selia pada setiap fasa pembangunan dan pengkomersialan klinikal serta kepakaran analitik yang mendalam.

Merck bekerjasama dengan lebih 50 buah syarikat untuk menyokong usaha mereka dalam pembangunan dan pengeluaran vaksin dan rawatan Covid-19 dengan menyediakan lipid tersuai serta bahan mentah penting yang lain, peralatan pemprosesan dan perkhidmatan yang digunakan dalam pembuatan ubat-ubatan dan vaksin mRNA. Pada awal bulan Februari 2021, syarikat ini telah mengumumkan lanjutan kerjasama strategiknya dengan BioNTech untuk mempercepat bekalan lipid yang amat diperlukan secara signifikan dan meningkatkan kuantiti yang akan dihantar menjelang akhir tahun 2021. Lipid ini akan digunakan untuk pengeluaran vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech.

Syarikat ini baru-baru ini telah mengumumkan penambahan unit pengeluaran pemasangan sekali guna di Pusat Sains Hayatnya di Molsheim, Perancis. Syarikat ini juga baru-baru ini turut mengumumkan pengembangan projek di Darmstadt, Jerman; Cork, Ireland; Buchs, Switzerland; Carlsbad, California; Madison, Wisconsin; Jaffrey, New Hampshire; dan Danvers, Massachusetts. Di tapak yang terkini, Merck sedang berusaha untuk menggandakan kapasiti pengeluaran sekali guna tempatan menjelang akhir tahun 2021. Pengembangan ini merupakan sebahagian daripada program besar-besaran berbilang tahun untuk meningkatkan kapasiti dan keupayaan Merck bagi menyokong permintaan global yang semakin meningkat terhadap ubat-ubatan yang menyelamatkan nyawa serta memberi sumbangan yang signifikan terhadap kesihatan awam.

Semua siaran akhbar Merck diedarkan melalui e-mel pada masa yang sama ia diterbitkan pada laman web Merck. Sila layari www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar dalam talian, menukar pilihan anda atau menamatkan perkhidmatan ini.

Tentang Merck
Merck ialah syarikat sains dan teknologi terkemuka yang beroperasi dalam seluruh bidang penjagaan kesihatan, sains hayat dan elektronik. Mempunyai kira-kira 58,000 orang pekerja yang bekerja untuk mengubah kehidupan berjuta-juta orang lain setiap hari dengan mencipta cara hidup yang lebih ceria dan lestari. Daripada kemajuan dalam teknologi penyuntingan gen dan penemuan cara unik untuk merawat penyakit paling mencabar hingga kepada mendayakan kecerdasan peranti - syarikat ini sentiasa terlibat dalam semua bidang. Pada tahun 2020, Merck telah menjana jualan sebanyak € 17.5 bilion di 66 buah negara. Penerokaan saintifik dan keusahawanan yang bertanggungjawab menjadi kunci kemajuan teknologi dan saintifik Merck. Beginilah cara Merck berkembang sejak penubuhannya pada tahun 1668. Keluarga pengasas kekal sebagai pemilik majoriti syarikat tersenarai awam ini. Merck memegang hak global atas nama dan jenama Merck. Satu-satunya pengecualian ialah di Amerika Syarikat dan Kanada iaitu sektor perniagaan Merck beroperasi sebagai EMD Serono dalam penjagaan kesihatan, MilliporeSigma dalam sains hayat dan EMD Electronics.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1517981/optimized_synthetic_cholesterol.jpg?p=medium600  

Source: Merck
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals