omniture

Arria NLG bekerjasama dengan Peneraju Analisis Sukan, Boost Sport AI untuk Memperkasakan dan Menghidupkan Media, Pertaruhan Sukan dan e-dagang dengan Kandungan Bahasa Semula Jadi AI dan Dipacu Data

Arria NLG
2021-05-26 19:59 1439

Platform tanpa kod membolehkan pencipta kandungan membina dan menggunakan pengalaman sukan yang sangat peribadi dengan skala yang tidak terbatas; usaha sama ini menggabungkan kepakaran penceritaan data penyedia bahasa semula jadi terkemuka dengan pemahaman sukan yang mendalam melalui bekas eksekutif Nike, pengarah analisis NBA dan juga seorang atlet profesional. 

MORRISTOWN, N.J. dan SEATTLE, 26 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Arria NLG, penyedia teknologi Penjanaan Bahasa Semula Jadi (NLG) terkemuka, hari ini mengumumkan pakatan strategik dengan Boost Sport AI untuk memperkasakan penceritaan digital meliputi seluruh media sukan, pertaruhan sukan dan e-dagang.

No-code platform lets content creators build and deploy highly personalized, authentic sports experiences with limitless scale; Arria x Boost partnership combines the data storytelling expertise of leading natural language provider with deep understanding of sport of former Nike executive, NBA analytics director and professional athlete.
No-code platform lets content creators build and deploy highly personalized, authentic sports experiences with limitless scale; Arria x Boost partnership combines the data storytelling expertise of leading natural language provider with deep understanding of sport of former Nike executive, NBA analytics director and professional athlete.

Kedua-dua syarikat ini melancarkan platform AI tanpa kod yang membolehkan pencipta kandungan membina dan menggunakan cerita sukan yang tulen dengan bersifat sangat peribadi dan skala yang tidak terbatas.

"Apabila bercakap tentang penglibatan peminat dalam sukan, terdapat trend yang tersasar jauh daripada ketulenan yang sekadar melihat peminat sebagai seorang pengguna," kata Mustafa Abdul-Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif Boost. "Tetapi orang ramai ingin merasakan emosi sukan yang sebenar. Sama ada seseorang sedang menonton permainan, membeli kasut sukan, atau mencari pasukan bola keranjang kolej semasa membuat pertaruhan, kami mahu memberikan para peminat suatu pengalaman seakan-akan mempunyai jurulatih atau atlet kegemaran di sisi mereka. Inilah cara kami membezakan kedudukan kami dalam pasaran yang mencipta keperibadian."

AI memperoleh dan menulis maklumat sukan dan kisah berasaskan data yang relevan dan diperibadikan kepada pengguna akhir. Pasukan pemasaran boleh mengedit dan mengawal suara serta vernakular AI secara berterusan bagi memastikan kesejajaran jenama merentasi saluran yang berbeza semasa pengeluaran. Tonton video demo pendek di sini.

"Melalui capaian digital yang julung kali berlaku, para peminat menjadi semakin bijak – dan mendesak - dalam hal-hal yang berkaitan dengan pengalaman sukan mereka," kata Tim Mitchell, VP-GTM kerjasama baharu ini, dan bekas eksekutif NIKE. "Platform baharu ini akan membolehkan jenama di seluruh ekosistem sukan memacu prestasi pasaran mereka melalui personalisasi hubungan secara peribadi menerusi suara unik setiap peminat."

Pasukan pemasaran korporat boleh memilih sukan, personalisasi ciri pengguna akhir, dan jenis naratif untuk NCAA March Madness, pertaruhan Liga Perdana, atau maklumat lain yang diinginkan oleh pelanggan mereka."

Melalui kerjasama dengan Boost, Arria NLG mengukuhkan lagi kedudukannya dalam ekosistem media dan pertaruhan sukan serta terus mengembangkan lagi kewujudan mereka dalam e-dagang. Reputasi Arria sebagai peneraju NLG global yang patut dibanggakan mencerminkan tumpuan syarikat yang berterusan terhadap penukaran segera aliran pelbagai data kepada visual dan analisis naratif yang ditulis dengan mahir, termasuk penyelesaian luar biasa.

Jorge Costa, pengarah analisis Boost, sebelum ini pernah mengetuai pasukan R&D Detroit Pistons dan bekerja untuk pasukan data NBA. Seperti yang beliau terangkan, "Kami memberikan keutamaan dalam menjelaskan data yang kompleks. Kepada para jurulatih, kami menyampaikan pemahaman melalui video, dan kami menggunakan bahasa demi membantu para peminat melihat permainan yang mereka gemari menerusi cara baharu. Kami berusaha sedaya upaya dalam merapatkan jurang antara ahli statistik PhD, pencari bakat berpengalaman serta para peminat tegar."

"Hari ini, sukan merupakan bahasa sejagat di seluruh dunia, dan akan terus mencabar, memberi inspirasi dan menyatukan kami dalam cara tersendiri," kata Sharon Daniels, Ketua Pegawai Eksekutif Arria. "Membawa bahasa manusia dalam sukan digital kepada pencipta kandungan melalui platform baharu ini akan menjadikan pengalaman sedemikian lebih dinamik."

Tentang Arria NLG 

Arria NLG (www.arria.com) ialah peneraju global dalam bidang Penjanaan Bahasa Semula Jadi (NLG), suatu bentuk kecerdasan buatan yang mengkhususkan dalam memperoleh pemahaman daripada sumber data yang kompleks dan menghubungkan maklumat tersebut dalam bahasa semula jadi (seolah-olah ditulis atau dituturkan oleh manusia). Platform Arria NLG digunakan dalam pelbagai industri dan penggunaan.

Tentang Boost Sport AI 

Boost Sport AI (https://boostsport.ai/) ialah platform teknologi proprietari sukan yang memperkasakan pemahaman dan penceritaan data. Boost menggunakan visi komputer, analisis data dan penjanaan bahasa semula jadi untuk membina aplikasi sukan yang diperibadikan dan boleh dipertingkat. Platform ini digunakan oleh jurulatih dan pencari bakat serta media dan taruhan sukan.

Hubungan media Arria: Lyndsee Manna (lyndsee.manna@arria.com)
Hubungan media Boost: Mustafa Abdul-Hamid (mustafa@boostsport.ai)

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1518127/arria_nlg_boost.jpg?p=medium600  
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1518126/Arria_NLG_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: Arria NLG
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Sports Contracts