omniture

Sertai Ekspo Import Antarabangsa China untuk memanfaatkan peluang dalam pasaran China

CIIE
2021-05-26 22:27

SHANGHAI, 26 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Adakah anda masih mencari laluan yang tepat untuk memasuki pasaran China? Adakah anda ingin meningkatkan aktiviti jualan dan rangkaian anda dengan potensi rakan kongsi perdagangan di China? Adakah anda mahukan lebih banyak pendedahan media dengan harga yang amat rendah ataupun percuma? Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) mungkin merupakan saluran yang tepat untuk membantu anda mencapai matlamat ini.

Intelligent Industry and Information Technology Exhibition Area of the CIIE.
Intelligent Industry and Information Technology Exhibition Area of the CIIE.

Apakah CIIE?

CIIE ialah ekspo import terbesar di dunia dan merupakan salah satu daripada 10 pameran perniagaan yang terbaik di dunia. Ia berkembang menjadi suatu acara yang mesti dihadiri oleh syarikat multinasional pada setiap bulan November di Shanghai.

Mengapa menghadirinya? Pertama, skala dan keluasan industri. Pada tahun lepas, ia meliputi keluasan 360,000 meter persegi atau kira-kira saiz 70 buah padang bola sepak. Kedua, para peserta dan bahan pameran yang berkualiti tinggi. 10,000 pempamer telah menghadiri ketiga-tiga edisi pertama yang merangkumi banyak syarikat Fortune 500 Global dan peneraju industri. Lebih 1,300 produk dan perkhidmatan telah membuat debut China atau global mereka sepanjang tiga ekspo yang terdahulu. Ketiga, peluang untuk bertemu para pembeli, memperoleh projek baharu dan memasuki pasaran China. Kira-kira 1.3 juta orang pembeli China telah menghadiri ketiga-tiga edisi pertama ekspo ini. Sepanjang tiga expo yang terdahulu, perjanjian yang telah ditandatangani bernilai lebih $200 bilion. Susulan daripada perjanjian ini, sejumlah 319 projek daripada kedua-dua ekspo yang pertama yang disokong oleh pelaburan asing bernilai $15 bilion telah dimulakan dan berjaya dilancarkan di China. Keempat, pendedahan media secara percuma. Di CIIE, para peserta dapat mempromosikan jenama mereka dan memperoleh pendedahan media, dengan outlet media global yang hadir setiap tahun untuk melaporkan trend, produk dan inovasi terkini yang dipamerkan di ekspo tersebut. Dalam ketiga-tiga edisi pertama, lebih 10,000 orang wartawan telah membuat liputan tentang ekspo tersebut.

Ruang Pameran Teknologi Maklumat dan Industri Pintar menjadi tumpuan. Antara segmen yang berbeza di CIIE, Ruang Pameran Teknologi Maklumat Industri Pintar merupakan salah satu pentas yang paling penting bagi firma pembuatan untuk mempamerkan produk dan teknologi terkini mereka. Bagi firma pembuatan yang masih memikirkan sama ada anda perlu mengambil bahagian dalam CIIE, sila lihat sendiri senarai syarikat-syarikat yang telah mendaftar untuk CIIE yang keempat ini. Anda juga boleh membina rangkaian dengan mereka dan mendapatkan potensi kerjasama lebih awal.

Sila klik pada pautan berikut untuk mengetahui siapa mereka! 

Senarai kumpulan pertama pempamer CIIE ke-4:  https://www.ciie.org/zbh/en/news/exhibition/official/20210315/27245.html

Senarai kumpulan kedua pempamer CIIE ke-4:  https://www.ciie.org/zbh/en/news/exhibition/official/20210407/27547.html

Senarai kumpulan ketiga pempamer CIIE ke-4:  https://www.ciie.org/zbh/en/news/exhibition/official/20210512/27943.html

Bagaimana untuk menghadirinya? Sila layari https://www.ciie.org/ciie/f/book/register?locale=en untuk MENDAFTAR.

Sila hubungi: Nie Qingxin
Tel.: 0086-21-67008870/67008988

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1517808/ciie.jpg?p=medium600  
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1438223/CIIE_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: CIIE
Keywords: