omniture

Ultimaker menambah PETG ke dalam Platform untuk percetakan 3D berskala industri

Ultimaker
2021-05-27 09:00 36

PETG keluaran Ultimaker mempunya spesifikasi atau ciri yang serba boleh bagi proses yang seragam bagi percetakan 3D pada peringkat industri.

UTRECHT, Belanda, 27 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Ultimaker, peneraju bertaraf global dalam bidang percetakan 3D profesional, kini menawarkan PETG Ultimaker kepada para pengguna dimana ianya mempunyai bahan yang "Standard" dan berkualiti tinggi yang sangat sesuai untuk kegunaan industri.

New Ultimaker PETG sets the standard for industrial use
New Ultimaker PETG sets the standard for industrial use

Ultimaker telah mencipta dan menguji profil bahan secara terperinci bagi memastikan produk ini mempunyai kualiti yang tinggi dan boleh dipercayai apabila digunakan pada pencetak 3D. , Menurut Indeks Sentimen Percetakan 3D Ultimaker 2021, PETG merupakan Glycol Polietilena Tereftalat (PET) yang telah diubah suai dan juga merupakan salah satu daripada tiga bahan terbaik yang digunakan untuk percetakan 3D. 

Oleh kerana semakin banyak syarikat menggunakan percetakan 3D, Ultimaker telah mencipta produk yang bersesuaian. PETG Ultimaker adalah bahan tahan pakai, tahan suhu dan mempunyai bahan kimia yang sangat sesuai untuk kegunaan industri.

Melalui NFC untuk mengenal pasti dan menetapkan standard penggunaan industri, bahan tersebut sangat sesuai dengan ekosistem syarikat. Ketersediaan bahan, ciri penyesuaian dan skalabilitas menjadikannya mudah digunakan di seluruh organisasi, yang bermaksud bahawa sambil meningkatkan kecekapan, ia mengurangkan keperluan untuk menukar bahan.

Bahan ini sesuai dengan sokongan PVA dan Breakaway, dan dapat menyokong pelbagai jenis model. Para penggunanya juga akan mendapat keuntungan dari akses ke pakej maklumat teknikal, keselamatan dan maklumat pematuhan yang lengkap.

Pembuatan berubah kepada alatan bantuan pembuatan

Pandemik telah memberi inspirasi kepada para jurutera di seluruh dunia untuk mengubah dan membangunkan model interaksi permainan yang berubah-ubah dengan percetakan 3D. Penggunaan PETG Ultimaker yang serba guna ini akan membolehkan inovasi di seluruh industri.

Miguel Calvo, Ketua Pegawai Teknologi Ultimaker berkata: "Menambahkan PETG Ultimaker kepada set bahan kami yang standard merupakan langkah semula jadi selanjutnya sejak pelancaran platform kami. Ia meningkatkan portfolio bahan kami kerana model interaksi dalam industri untuk percetakan 3D terus meningkat. Ciri-ciri serba gunanya yang cemerlang merupakan penambahan yang menguatkan platform kami dan sesuai untuk kegunaan dan persekitaran industri yang biasa. PETG Ultimaker akan terus mendayakan kreativiti dan inovasi ketika pengguna bekerja keras untuk memastikan kesinambungan pengeluaran dan kelangsungan hidup walaupun kita berdepan dengan cabaran luar."

Untuk maklumat lanjut, sila layari ultimaker.com atau baca blog kami. 

Ultimaker  

Ditubuhkan pada tahun 2011, Ultimaker dalam misi untuk mempercepat transformasi dunia ke arah penyelesaian yang fleksibel, kuat dan lestari. Seramai 380 pekerja bekerjasama di seluruh dunia untuk menyediakan platform yang membolehkan pelanggan memanfaatkan sepenuhnya Ekosistem Ultimaker unik yang menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan percetakan 3D terbesar dalam industri. Ultimaker menyediakan integrasi perkakasan, perisian dan bahan yang lancar dan berfungsi.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1512687/ultimaker_petg.jpg?p=medium600  
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1488711/Ultimaker_Logo.jpg?p=medium600 
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1512687/ultimaker_petg.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1488711/Ultimaker_Logo.jpg?p=medium600

Source: Ultimaker
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Electronic Components Paper/Forest Products/Containers Retail New products/services