'S-HERTOGENBOSCH, Netherlands, 25 April 2013 /PRNewswire/ --
Quintiq, peneraju dunia dalam perancangan dan pengoptimuman rangkaian pembekalan (SCP&O), hari ini mengumumkan bahawa Tribotecc GmbH telah memilih platform Quintiq untuk perancangan permintaan dan pemerolehan serta penjadualan pengeluaran.
Sebuah subsidiari Rockwood Holdings, Tribotecc adalah pembekal utama dunia untuk penstabil geseran berasaskan besi sulfida. Penyelesaian Quintiq ini akan memberikan Tribotecc lebih keterlihatan operasi dan fungsi berbanding sistem yang sedia ada, untuk menyokong struktur data utama artikel baharunya di Vienna dan Arnoldstein, Austria.
Penyelesaian Quintiq bakal membawa keterlihatan dalam masa sebenar kepada keseluruhan rangkaian jualan, pembelian dan pengeluaran Tribotec, dan juga keanjalan dan fungsi untuk beroperasi mengikut set KPI khusus. Quintiq akan membolehkan pengeluar besi sulfida untuk:
"Struktur data utama artikel baharu kami tidak boleh dimodelkan dalam perisian yang kami gunakan sekarang," kata pihak pengurusan Tribotecc. "Quintiq menambat hati kami dengan menunjukkan kemampuannya untuk menyepadukan sistem, ketelusan dan juga keanjalan yang membolehkan perisian ini diubahsuai khusus bagi memproses banyak keperluan spesifik untuk kedua-dua industri kimia dan Tribotecc – seperti produk sampingan, input bahan mentah alternatif, kerugian, pengoptimuman lot dan penjujukan – merentasi pelbagai ufuk perancangan."
"Quintiq teruja dapat memberikan ketelusan dan fungsian yang tiada tandingannya yang dicari oleh Tribotecc melalui penyelesaian SCP&O tunggal yang 100 peratus sesuai dengannya," kata Jos Braam, Pengarah Pengeluaran di Quintiq. "Perniagaan kimia dan farmaseutikal khusus di Austria, Jerman dan Switzerland menawarkan bidang baharu yang mencabar bagi Quintiq untuk kami terus berkembang pesat."
Mengenai Tribotecc GmbH
Sebuah subsidiari Rockwood Holdings, Tribotecc GmbH adalah pengeluar bagi aplikasi tribologi dengan reka bentuk tinggi berdasarkan penyelesaian sintetik berinovasi dan merupakan pengeluar unggul dunia untuk penstabil geseran berasaskan besi sulfida. http://www.tribotecc.at
Mengenai Quintiq
Platform perancangan dan pengoptimuman rangkaian pembekal (SCP&O) canggih milik Quintiq membolehkan perusahaan meningkatkan kecekapan di setiap tahap dalam rangkaian pembekalan. Ia memberi kuasa pada perancangan hujung ke hujung dan pengoptimuman kakitangan, sumber, dan proses dalam satu persekitaran perancangan tunggal, merentasi seluruh ufuk perancangan. Banyak daripada perusahaan terbesar dan paling berjaya di dunia bergantung kepada Quintiq untuk mencapai matlamat perniagaan mereka, mengukuhkan kelebihan persaingan mereka dan mencipta aliran pendapatan baharu.
Ditubuhkan pada tahun 1997 dan berkembang dengan pesat, Quintiq mempunyai kehadiran sedunia dengan dua ibu pejabat di Netherlands dan Amerika Syarikat, sebuah pusat pembangunan global di Malaysia, dan pejabat-pejabat di seluruh dunia. Perisian Quintiq digunakan di lebih 500 lokasi dalam 78 buah negara di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.quintiq.com atau ikuti Quintiq di Twitter, Facebook, LinkedIn dan YouTube.
Hubungan Media:
Pertanyaan Amerika Utara
Jon Temerlies
Racepoint Group
Tel: +1-202-349-0859
Quintiq@Racepointgroup.com
Pertanyaan EMEA
Charlotte Poh
Pengurus Komunikasi Pemasaran Dunia
Tel: +31(0)736910739
pressrelease@quintiq.com
Sumber: Quintiq