Grimbergen Abbey Brewery yang canggih menghimpunkan tradisi pembuatan bir dengan teknik pembuatan bir dunia baharu terbaik yang berusia hampir 900 tahun
GRIMBERGEN, Belgium, 27 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Hari ini, Grimbergen yang terkenal dengan bir gaya Belgium yang lazat dan menyegarkan, mengungkap masa depan bir Belgium apabila ia melancarkan kilang bir baharunya yang inovatif di Grimbergen Abbey yang termasyhur berhampiran Brussels, Belgium.
Grimbergen Abbey Brewery yang canggih ini akan membawakan pembiran kembali ke tempat asalnya ketika gereja tersebut ditubuhkan kira-kira 900 tahun yang lalu. Ini juga merupakan kali pertama dalam 200 tahun, bir dihasilkan di dalam sebuah gereja apabila berlakunya penghentian pembuatan bir selepas bangunan tersebut dimusnahkan semasa Revolusi Perancis.
Abbey Brewery akan berfungsi sebagai hab inovasi yang menggabungkan tradisi pembuatan bir yang dihasilkan daripada buku-buku purba yang terdapat di perpustakaan gereja tersebut dengan teknik baharu dan inovatif untuk menghasilkan bir premium yang luar biasa dalam kumpulan edisi terhad yang unik.
Untuk meraikannya, Grimbergen telah mengeluarkan tiga bir baharu yang menarik – Grimbergen Magnum Opus Brut Beer, Grimbergen Ignis Quadruple dan Grimbergen Astrum Pale Ale.
Berucap ketika pelancaran Abbey Brewery, Cees 't Hart, Ketua Pegawai Eksekutif Carlsberg yang juga merupakan pemegang lesen global Grimbergen berkata: "Adalah amat baik untuk berada di sini pada permulaan fasa Grimbergen seterusnya dan merasai pengalaman yang kami percaya bakal memperkayakan masa depan bir Belgium.
"Grimbergen sangat penting dalam portfolio bir khas dan istimewa kami yang semakin berkembang dan ia menyumbang kepada pertumbuhan dua digit yang kukuh yang kami lihat dalam kategori tersebut. Abbey Brewery baharu ini merupakan langkah penting bagi kami untuk terus membangunkan bir istimewa kami bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat di seluruh dunia. Kami percaya bahawa Abbey Brewery yang indah ini akan membawa kami dan peminum bir di seluruh dunia melalui pengalaman meneroka perisa yang luar biasa."
Abbey Brewery telah dibina melalui kerjasama yang erat antara Grimbergen Abbey dan Carlsberg Group. Paderi Karel Stautemas, Provisor di Gereja, memainkan peranan penting dalam membina kemudahan baharu dan telah menyertai pasukan pembiran sebagai Pembuat Bir Gereja. Jika Covid membenarkan, beliau akan melengkapkan kelayakannya dalam bidang pembuatan bir yang membolehkan beliau dan rakan-rakan paderi meneruskan legasi Paderi sebelum beliau.
Paderi Karel berkata: "Pembiran mikro baharu ini merupakan tempat untuk menghidupkan semula tradisi lama sebagaimana simbol Pheonix kami yang membuatkan kami sentiasa mempunyai kekuatan untuk bangkit semula serta turut menambah pemikiran yang segar. Kami ingin menggabungkan pengalaman kami selama hampir sembilan abad dengan inovasi dalam menghasilkan bir baharu yang paling lazat dan unik. Saya percaya bahawa pembiran mikro membolehkan kami berbuat demikian untuk meneroka dan menjalankan eksperimen dengan gaya dan bahan-bahan menggunakan kaedah yang benar-benar menarik."
Paderi Karel menggabungkan kehidupan sehariannya sebagai biarawan dengan perniagaan Abbey Brewery untuk menyokong Pakar Pembuat Bir, Marc-Antoine Sochon yang banyak terlibat dalam merealisasikan pembiran baharu.
Marc-Antoine, seorang pembuat bir berusia 28 tahun dari Perancis yang memulakan pembuatan bir di garaj ibu bapanya dan kemudian mengkaji kedua-dua sektor pembuatan wain dan bir menambah: "Kami kini membuat semula bir dalam gereja untuk kali pertama dalam tempoh 200 tahun, suatu kejayaan yang hebat bagi Paderi, komuniti Grimbergen dan semua orang yang menggemari bir Grimbergen.
"Kami sedang menetapkan penanda bir Belgium di seluruh dunia. Pembuatan bir yang baharu ini membolehkan kami membuat kumpulan bir yang lazat yang diilhamkan oleh teknik pembiran lama dan baharu untuk mencipta pengalaman deria yang baharu. Bir baharu ini akan memberikan peminat Grimbergen dan lain-lain dengan peluang untuk mengalami citarasa baharu yang luar biasa yang hanya boleh dinikmati dalam persekitaran unik Grimbergen Abbey."
Grimbergen Abbey Brewery juga menampilkan bar dan restoran di lokasi yang memberi peluang kepada pengunjung untuk menikmati rasa bir yang kaya dan menggabungkannya dengan sajian dari restoran Fenikshof. Pada lewat tahun ini, Grimbergen akan turut membuka Pusat Pengalaman Pembiran yang akan memberi peluang kepada pelawat untuk mendalami warisan Grimbergen yang kaya dan keajaiban di sebalik inovasinya.
Untuk maklumat lanjut tentang Grimbergen Abbey Brewery dan bir Grimbergen, sila layari grimbergen.com.
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1518925/grimbergen.jpg?p=medium600