omniture

Bola Sepak untuk Persahabatan: 32 Pasukan Persahabatan Antarabangsa Bertanding untuk Perlawanan Peringkat Kumpulan

Gazprom International Children’s Social Programme Football for Friendship
2021-05-27 19:47 95

MOSCOW, 27 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Pada 24 dan 25 Mei, para peserta Kejuaraan eWorld Bola Sepak untuk Persahabatan 2021 dari lebih 200 buah negara bertanding dalam perlawanan dengan 32 pasukan yang disusun menjadi lapan kumpulan. Perlawanan separuh akhir dan akhir akan berlangsung pada 29 Mei. Kejuaraan ini merupakan salah satu acara kemuncak Musim Kesembilan bagi Program Sosial Kanak-kanak Antarabangsa Gazprom iaitu Bola Sepak untuk Persahabatan (F4F) pada tahun ini.

Football for Friendship: 32 international Teams of Friendship contest group-stage matches
Football for Friendship: 32 international Teams of Friendship contest group-stage matches

Pasukan "Argali", "Bearded Vulture", "Crested Ibis" dan "Stoat" dengan Pemain Muda dari 19 buah negara yang berbeza telah layak untuk ke separuh akhir. Sepertimana pada tahun 2020, Kejuaraan eWorld Bola Sepak untuk Persahabatan 2021 telah dipertandingkan dalam format digital pada simulator berbilang pemain "Bola Sepak untuk Persahabatan Dunia (F4F World) yang dibangunkan khas untuk F4F dan tersedia secara percuma dalam 27 bahasa pada MS Windows, Apple MacOS, Android dan iOS.

Undian Terbuka untuk lapan kumpulan yang terdiri daripada 32 buah Pasukan Persahabatan Antarabangsa ini telah pun berlangsung pada akhir bulan April. Kanak-kanak lelaki dan perempuan dari lebih 200 buah negara boleh memohon untuk mengambil bahagian atau dicadangkan oleh akademi bola sepak kebangsaan mereka.

Pasukan Persahabatan Antarabangsa menggunakan nama-nama spesies haiwan yang hampir pupus seperti "Chinese Alligator", "Red-legged Crow" dan "Dusky Shark". Amalan ini mula diperkenalkan pada tahun 2018 untuk menarik perhatian tentang idea perlindungan alam sekitar dan biodiversiti.

Dalam Kem Persahabatan Antarabangsa yang bertema "Menyatukan rakan-rakan – menyatukan dunia", kanak-kanak ini telah bersedia dengan bersungguh-sungguh untuk Kejuaraan eWorld Bola Sepak untuk Persahabatan 2021 di bawah bimbingan para Pendidik dan Jurulatih Muda.

Di Kem tersebut yang diadakan pada 15 hingga 23 Mei, kanak-kanak bertukar-tukar idea dan pengalaman melalui bengkel dan format dalam talian yang lain tentang pelbagai topik termasuklah Sembilan Nilai F4F: persahabatan, kesamaan, keadilan, kesihatan, keamanan, kesetiaan, kemenangan, tradisi dan penghormatan.

Tentang Bola Sepak untuk Persahabatan 

F4F telah wujud sejak tahun 2013. Ia dianjurkan oleh Gazprom dan disokong oleh FIFA, UEFA dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Sepanjang lapan musim sebelum ini, lebih 15,000 orang kanak-kanak dan remaja dari 211 buah negara dan wilayah telah mengambil bahagian dalam program ini. Pada tahun 2020, Bola Sepak untuk Persahabatan telah dilangsungkan buat julung-julung kalinya menggunakan format dalam talian pada platform digital yang dibangunkan khas.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1519516/bild3.jpg?p=medium600  
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1502205/F4F_Gazprom_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Gazprom International Children’s Social Programme Football for Friendship
Keywords: Electronics Gaming Entertainment Sporting Events Sports Future Events