omniture

Cambridge Quantum Membangunkan Algoritma untuk Mempercepat Integrasi Monte Carlo pada Komputer Kuantum

Cambridge Quantum Computing
2021-05-27 21:44 1745

Penemuan saintifik dan teknikal ini menyediakan pelan hala tuju yang boleh membuktikan kelebihan kuantum

CAMBRIDGE, United Kingdom, 27 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Cambridge Quantum Computing (CQC) hari ini mengumumkan penemuan algoritma baharu yang mempercepat integrasi kuantum Monte Carlo - memendekkan masa untuk mencapai kelebihan kuantum dan mengesahkan kepentingan pengkomputeran kuantum yang kritikal khususnya dalam industri kewangan.

Integrasi Monte Carlo – proses secara numerik yang menganggarkan purata taburan kebarangkalian melalui pemurataan sampel – digunakan dalam analisis risiko kewangan, pembangunan ubat-ubatan, logistik rantaian bekalan dan di seluruh penggunaan perniagaan dan saintifik yang lain, namun sering memerlukan pengiraan berterusan yang memakan masa berjam-jam untuk disiapkan oleh sistem yang ada pada hari ini. Ia merupakan aspek penting jentera pengkomputeran yang menyokong dunia moden.

CQC telah menyelesaikan masalah ini dengan algoritma yang diperincikan dalam kertas pembentangan pracetak yang dikeluarkan oleh Saintis Penyelidik Kanan, Steven Herbert yang menunjukkan cara cabaran bersejarah ini dihapuskan dan kelebihan kuantum kuadratik yang lengkap diperoleh.

Kertas yang diterbitkan pada repositori arXiv pracetak ini boleh didapati di sini.

"Algoritma baharu ini merupakan suatu kemajuan bersejarah yang mengembangkan integrasi kuantum Monte Carlo dan akan mempunyai kegunaan semasa dan selepas era NISQ," kata Herbert. "Kami kini berupaya mencapai peningkatan kelajuan kuantum yang sebelum ini hanya merupakan teori sahaja. Ia adalah sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh mana-mana algoritma kuantum integrasi Monte Carlo (QMCI) sedia ada tanpa menggunakan overhed yang besar yang menyebabkan kaedah semasa ini tidak boleh digunakan."

Ilyas Khan, Ketua Pegawai Eksekutif Cambridge Quantum Computing, "Ini merupakan kejayaan mengagumkan para saintis CQC yang akan menjadi nilai yang hebat kepada sektor kewangan serta banyak industri lain dan merupakan yang terkini dalam peningkatan inovasi yang mengesahkan kedudukan kami sebagai peneraju pengkomputeran kuantum di seluruh dunia."

Tentang Cambridge Quantum Computing 

Ditubuhkan pada tahun 2014 dan disokong oleh beberapa syarikat pengkomputeran kuantum terkemuka di dunia, CQC merupakan peneraju global dalam perisian kuantum dan algoritma kuantum yang membolehkan pelanggan mendapatkan sebanyak-banyak manfaat daripada perkakasan pengkomputeran kuantum yang sedang berkembang pesat. CQC mempunyai pejabat di UK, USA dan Jepun. Untuk maklumat lanjut, sila lawati CQC di http://www.cambridgequantum.com dan pada LinkedIn. Akses ke modul Python tket pada GitHub.

Source: Cambridge Quantum Computing
Keywords: Biotechnology Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital