omniture

Kepelbagaian jantina dalam perniagaan menampakkan kemajuan, namun cabaran yang signifikan tetap ada, menurut Tinjauan YPO Baharu

YPO
2021-05-28 04:56

NEW YORK, 28 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Etika kerja, keupayaan untuk membina hubungan dan minat merupakan pendorong utama untuk menjadi ketua perniagaan menurut penyelidikan baharu terhadap Kesamaan Jantina Ketua Eksekutif Global oleh YPO, Financial Times dan HeForShe Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dikeluarkan hari ini di Sidang Kemuncak HeForShe dan dilaksanakan untuk mendedahkan pemahaman penting tentang perjalanan bagi mendapatkan jawatan pengurusan tertinggi

Dijalankan pada 10-22 Mac 2021 dengan 2,079 ketua eksekutif ahli YPO dari 106 buah negara yang memberikan maklum balas, tinjauan ini menyediakan penyelidikan yang diperlukan tentang sekatan khusus jantina yang dihadapi oleh ketua perniagaan dalam perjalanan mereka untuk menjadi ketua eksekutif dan pemahaman yang dapat dilaksanakan untuk menghapuskannya bagi generasi akan datang. 

Pembelajaran utama merangkumi:

  • Pada keseluruhannya, 57% daripada responden ketua perniagaan global melaporkan bahawa syarikat mereka adalah agak atau secara ketara, lebih kepelbagaian jantina berbanding lima tahun yang lalu.
  • Perjalanan kepemimpinan golongan wanita secara puratanya mengambil masa selama dua tahun lebih panjang.
  • Perniagaan yang diterajui oleh wanita melaporkan lebih banyak kepelbagaian golongan wanita dalam barisan ahli lembaga pengarah, pengurusan kanan dan organisasi mereka. Ketua eksekutif wanita melaporkan bahawa 43% daripada pengurusan kanan mereka adalah wanita berbanding 26% dalam perniagaan yang dikendalikan oleh kaum lelaki. Di peringkat organisasi, 48% daripada tenaga kerja adalah wanita di syarikat yang diketuai oleh wanita; 37% daripada tenaga kerja adalah wanita di syarikat yang dikendalikan oleh lelaki.
  • Ketua eksekutif wanita lebih cenderung untuk menghadapi "mengimbangi rasa hormat dengan disukai" (30%) dan "mengatasi pratanggapan orang lain tentang saya" (20%) berbanding rakan sejawatan dari golongan lelaki." Sebaliknya, hanya 9% daripada ketua eksekutif lelaki terpaksa mengatasi pratanggapan.
  • Apabila ditanya tentang "jangkaan budaya yang berkaitan dengan jantina," 2% responden lelaki melaporkan menghadapinya berbanding 47% responden wanita.
  • Tujuh puluh tiga peratus responden wanita berbanding 42% responden lelaki telah mengambil cuti atau mengorbankan kemajuan kerjaya kerana keperluan keluarga.

Responden ahli YPO memberikan beberapa pemahaman utama tentang caranya semua ketua perniagaan boleh mewujudkan laluan yang lebih saksama pada masa hadapan termasuk:

  • Menjalankan latihan tentang berat sebelah
  • Menjadikan pengambilan pekerja wanita sebagai suatu keutamaan
  • Menyokong pilihan kerja yang fleksibel

Hasil tinjauan yang lengkap tersedia di YPO.org.  

Metodologi Tinjauan Kesamaan Jantina Ketua Eksekutif Global YPO: 

Tinjauan Kesamaan Jantina Ketua Eksekutif Global telah dijalankan kepada ahli YPO sejak 10-22 Mac 2021 melalui soal selidik dalam talian. Seramai 2,079 ahli YPO yang berusia antara 24 hingga 92 tahun telah memberi maklum balas kepada tinjauan ini. Ahli-ahli dalam sampel ini, 23% daripada mereka ialah wanita yang mewakili populasi YPO yang lebih besar dan berasal daripada 106 buah negara yang berbeza. Margin ralat persampelan ialah sebanyak lebih kurang 2.09 mata peratusan pada tahap keyakinan sebanyak 95 peratus.

Tentang YPO:
YPO ialah komuniti kepemimpinan global yang terdiri daripada lebih 30,000 orang ketua eksekutif di 142 buah negara yang dihubungkan dengan kepercayaan bersama bahawa dunia ini memerlukan pemimpin yang lebih baik. Setiap ahli kami telah mencapai kejayaan dalam kepemimpinan yang signifikan pada usia muda. Apabila digabungkan, mereka memimpin perniagaan dan organisasi yang menyumbang kepada pendapatan tahunan sebanyak USD9 trilion. Ahli-ahli YPO memberi inspirasi dan menyokong antara satu sama lain melalui pembelajaran rakan sejawatan dalam sebuah komuniti yang inklusif dengan perkongsian terbuka dan kepercayaan. Sila layari ypo.org untuk maklumat lanjut. 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1065220/YPO_Logo.jpg?p=medium600

 

Source: YPO
Keywords: Workforce Management/Human Resources Survey, Polls & Research Women-related news