omniture

GenapSys Mengumumkan Pembiayaan Ekuiti Siri D Bernilai $70 Juta dan Pengembangan ahli Lembaga Pengarahnya

GenapSys
2021-05-28 05:01 5

Modal tersebut akan mendayakan kemajuan berterusan untuk platform penjujukan generasi seterusnya yang berasaskan elektronik milik GenapSys

REDWOOD CITY, California, 28 Mei 2021 /PRNewswire/ -- GenapSys, Inc. (GenapSys), sebuah syarikat yang membangunkan platform penjujukan elektronik yang sangat tepat dan boleh diskala, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengumpul dana bernilai $70 juta dalam pembiayaan ekuiti Siri D. Pelabur dalam pusingan ini termasuk Farallon Capital Management, L.L.C., Soleus Capital yang merupakan ahli gabungan PBM Capital dan pelabur baharu tambahan. Hasil daripada pembiayaan ini akan digunakan untuk terus memajukan platform penjujukan berasaskan semikonduktor generasi seterusnya (NGS).

"Kami gembira dapat bekerjasama dengan kumpulan pelabur bertaraf dunia yang berkongsi visi strategik kami yang luas untuk menghasilkan ekosistem penjujukan genomik yang boleh diskala dan berpatutan yang memperkasakan kedua-dua bidang penyelidikan akademik dan klinikal," kata Jason Myers, Ph.D., Ketua Pegawai Eksekutif GenapSys. "Kami berharap dapat memanfaatkan wawasan strategik ahli Lembaga Pengarah untuk mempercepatkan pembangunan produk baharu, terutamanya dalam bidang onkologi."

Pengasas dan Pengerusi GenapSys, Dr. Hesaam Esfandyarpoor menambah, "Pusingan pembiayaan terkini ini merupakan bukti kekuatan dan momentum teknologi GenapSys. Dunia baru sahaja mula mengungkap potensi penjujukan genomik yang hebat dan modal ini akan membantu mendayakan pertumbuhan GenapSys ke peringkat seterusnya. Kami berbesar hati mengalu-alukan kedatangan para pelabur bertaraf dunia ini dan mengembangkan ahli Lembaga Pengarah GenapSys."

Selain itu, Bob Zollars dan wakil Farallon Capital telah dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah GenapSys.

Bob Zollars menambah, "Pembangunan GenapSys untuk ekosistem penjujukan genomik yang sangat berpatutan dan boleh diskala berpotensi mengubah keadaan manusia. Dengan teknologi penjujukan Syarikat, para penyelidik dan klinisian yang sebelum ini mengalami kekurangan akses kepada pilihan penjujukan, akan berupaya memahami dan merawat penyakit dengan lebih baik. Saya teruja untuk berkhidmat sebagai Ketua Pengarah bebas Syarikat."

Bob Zollars membawa pengalaman kepemimpinan selama lebih 35 tahun dalam teknologi dan perkhidmatan penjagaan kesihatan dengan rekod prestasi yang terbukti dalam pertumbuhan dan penciptaan nilai. Encik Zollars ialah Penasihat Kanan Frazier Healthcare Partners dalam perniagaan pertumbuhan ekuiti mereka. Sebelum ini, Encik Zollars merupakan Presiden Kumpulan Cardinal Health dan bertanggungjawab ke atas lima anak syarikatnya serta turut mengetuai empat bahagian operasi yang berbeza di Baxter Healthcare. Beliau merupakan Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Vocera Communications, Inc. dan sebelum ini merupakan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Neoforma, beliau telah memimpin kedua-dua syarikat ini melalui IPO yang berjaya. Beliau juga berkhidmat sebagai ahli Lembaga Pengarah Change Healthcare, Five 9, Kate Farms dan Parata Systems. Encik Zollars memperoleh M.B.A. dalam bidang Kewangan dari John F. Kennedy University dan menamatkan pengajian magna cum laude dengan B.S. dalam bidang Pemasaran dari Arizona State University yang kini menjadikan beliau sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah.    

Tentang GenapSys, Inc.
GenapSys ialah sebuah syarikat yang memberi tumpuan kepada kemajuan akses sejagat terhadap maklumat genomik dengan menyampaikan ekosistem penjujukan genomik yang menjimatkan, boleh diskala dan tepat sekali gus memperkasakan penggunaan penyelidikan akademik dan klinikal. Sistem ini memanfaatkan cip penjujukan berbendalir mikro elektrik proprietari dengan sejumlah pengesan yang boleh diskala yang membolehkan pelbagai kegunaan. GenapSys beribu pejabat di Redwood City, California.

Produk GenapSys disediakan untuk Kegunaan Penyelidikan sahaja. Bukan untuk kegunaan dalam prosedur diagnostik.

Untuk Pertanyaan Media:
Surekha Karudapuram, Naib Presiden, Pengurusan Produk dan Pemasaran
surekha.karudapuram@genapsys.com

Untuk Pertanyaan Pelabur:
David Deuchler, Pengarah Urusan CFA
|Gilmartin Group
david@gilmartinir.com 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1519611/GenapSys_company_Logo.jpg?p=medium600

Source: GenapSys
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Venture Capital Data Analytics