omniture

Suit Perisian Pemasaran Tarikan Unggul Agnitio Pilihan Allergan

Agnitio
2013-04-28 13:01 189

COPENHAGEN, Denmark, 28 April 2013 /PRNewswire/ --

  • Pengenalan perisian dan perkhidmatan Agnitio bersama Allergan

Agnitio, peneraju pemasaran tarikan untuk industri farmaseutikal, menyaksikan peningkatan dalam pengenalan suit perisian pemasaran gelung tertutup dan perkhidmatan kepada syarikat-syarikat penjagaan kesihatan besar global.

     (Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20120924/562917-a )

     (Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130320/601933 )

Baru-baru ini Agnitio telah mengatur kedudukan suit perisiannya di Allergan, dengan perancangan untuk menyepadukannya dengan penyelesaian CRM syarikat itu yang sedia ada. Dengan melakukan itu, Agnitio telah memberi wakil-wakil Allergan penyelesaian mudah alih yang lancar dengan kemampuan pemasaran tarikan, menyediakan alat tunggal bagi membolehkan penglibatan penuh interaksi dengan para pelanggan dan tinjauan pemasaran yang bernilai.

 "Agnitio menawarkan sebuah penyelesaian melalui sebuah sistem yang fleksibel supaya Allergan boleh menguruskan pengaturan kedudukan kandungan digital, mengumpul data tentang penggunaan bahan bagi menyokong pemacuan kecemerlangan pemasaran dan bersepadu dengan sistem CRM kami. Teknologi boleh skala ini membenarkan Allergan mencapai matlamat asal kami di kebanyakan negara dalam tempoh yang singkat," kata Gary Duncan, Ketua Pemasaran Digital EMEA di Allergan.

"Suit perisian dan produk kami sangat sesuai dengan keperluan syarikat-syarikat farmaseutikal besar dan multinasional yang mahu melayan pelanggan mereka sebagai individu, membekalkan mereka dengan maklumat dan perkhidmatan yang mereka cari," kata Eyal Steinitz, Ketua Pegawai Operasi Agnitio. "Produk yang kami tawarkan adalah fleksibel dan kemampuannya untuk bersepadu dengan sistem CRM yang sedia ada ini bermakna wakil-wakil kami boleh menggunakan alatan pentadbiran yang sama untuk berinteraksi dengan sistem yang biasa mereka gunakan."

Seiring dengan kebolehan syarikat-syarikat farmaseutikal mengatur kedudukan produk yang ditawarkan Agnitio, banyak syarikat perundingan kreatif, pemasaran dan pengiklanan mereka akan biasa dengannya, berikutan peningkatan sebanyak 50% dalam bilangan lesen-lesen agensi yang dikeluarkan di seluruh dunia dalam bulan-bulan kebelakangan ini. Terkenal dengan kepantasan, fleksibiliti dan kemudahan penggunaannya, perisian ini adalah berdasarkan HTML5, menjadikannya pilihan sempurna untuk menentukan tempat bahan sementara menghapuskan keperluan dan keinginan untuk menghasilkan terlalu banyak aplikasi-aplikasi tunggal, yang boleh membawa kepada kandungan yang tidak berkaitan, mahal dan sukar dikawal.

Dengan hab-hab daerah di Amerika Syarikat, Amerika Latin dan China, Agnitio bekerja dengan firma-firma farmaseutikal besar untuk membantu menjana perhubungan yang berkesan dengan ahli profesional penjagaan kesihatan melalui platformnya. Dengan memahami keperluan dan kepentingan tersendiri para doktor, maklumat dan perkhidmatan yang sangat relevan dan menepati sasaran boleh diberikan dengan pantas dan mudah.

Mengenai Agnitio

Agnitio membantu syarikat-syarikat farmaseutikal dan peranti perubatan menjalinkan perhubungan yang berkesan dengan ahli profesional perubatan melalui perisian dan perkhidmatan pemasaran tarikannya yang unggul. Digunakan di lebih daripada 45 buah negara dan dalam 25 bahasa, ia digunakan oleh syarikat-syarikat farmaseutikal dan perkakas perubatan besar termasuklah: Allergan, GSK, MSD, Novartis, Roche, Bayer dan Takeda.

http://www.agnitio.com

Source: Agnitio
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals