omniture

RMI Menghimpun Enam Buah Bank Global untuk Menyahkarbonkan Keluli

Rocky Mountain Institute
2021-05-28 19:02

Citi, Goldman Sachs, ING, Societe Generale, Standard Chartered dan UniCredit sedang bekerjasama untuk membangunkan perjanjian kewangan penjajaran iklim untuk menyokong penyahkarbonan sektor keluli .

NEW YORK, May 28, 2021 /PRNewswire/ -- Beberapa pemberi pinjaman terkemuka kepada sektor keluli—Citi, Goldman Sachs, ING, Societe Generale, Standard Chartered, dan UniCredit—telah bekerjasama untuk menentukan standard tindakan bersama untuk penyahkarbonan keluli melalui perjanjian kewangan penjajaran iklim secara bersama-sama. Bank-bank ini telah membentuk kumpulan kerja Kewangan Penjajaran Iklim Keluli yang dimudahkan oleh Pusat Kewangan Penjajaran Iklim RMI dengan matlamat untuk menghasilkan perjanjian yang disokong oleh industri sebelum Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada bulan November 2021 (COP26). Perjanjian itu akan mewujudkan persaingan yang sama rata bagi mengukur kemajuan terhadap sasaran iklim sektor keluli serta sebagai wadah untuk menyokong penyahkarbonan sektor tersebut.

Teknologi rendah karbon wujud dalam kebanyakan industri. Walau bagaimanapun, untuk sektor keluli yang mengeluarkan kira-kira 7% pelepasan tenaga global dan amat bergantung kepada arang batu, alternatif yang berdaya maju secara komersial masih berada pada peringkat awal. Intensiti karbon sektor ini meningkatkan jangkaan dan daripada institusi kewangan bagi menyokong penyahkarbonan sektor ini.

Kumpulan Kerja ini yang diketuai oleh ING dan diketuai bersama oleh Societe Generale terdiri daripada perwakilan kanan daripada pasukan logam dan perlombongan setiap bank. Kumpulan Kerja ini akan membentuk skop, laluan pelepasan, metodologi dan struktur tadbir urus bagi perjanjian kewangan penjajaran iklim secara bersama-sama dengan kerjasama inisiatif sedia ada.

Perjanjian ini akan dimodelkan mengikut Prinsip Poseidon iaitu perjanjian kewangan penjajaran iklim khusus sektor yang pertama untuk perkapalan laut. Dibangunkan melalui kerjasama pelbagai pihak berkepentingan antara pemberi pinjaman perkapalan utama, perbadanan dan pakar perindustrian, Prinsip ini menetapkan tahap untuk rangka kerja yang sama dalam sektor-sektor lain.

Usaha ini merupakan sebahagian daripada Mission Possible Partnership (MPP), sebuah gabungan organisasi bukan berkeuntungan terkemuka dengan lebih 400 buah perniagaan yang berusaha untuk mempercepat penyahkarbonan perindustrian di seluruh tujuh sektor termasuk keluli. Dalam MPP, Kumpulan Kerja ini merupakan sebahagian daripada Inisiatif Keluli Sifar Bersih (Net-Zero Steel Initiative, NZSI) yang terdiri daripada beberapa pengeluar dan pembekal keluli terbesar di dunia. Pusat Kewangan Penjajaran Iklim RMI ini akan memudahkan penglibatan antara Kumpulan Kerja dan NZSI untuk memastikan objektif pembuat keluli dan pemberi pinjaman adalah sejajar.

"Pembentukan kumpulan kerja kewangan keluli ini merupakan langkah pertama dalam perjalanan ke arah sektor keluli penjajaran iklim," kata James Mitchell, Pengarah Pusat tersebut.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Alex Chin, rakan - hubungan media, T: +1 973-262-0002, E: achin@rmi.org

Tentang RMI
Maklumat lanjut tentang RMI boleh didapati di www.rmi.org.

Source: Rocky Mountain Institute
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Environmental Products & Services Mining/Metals Oil/Energy Precious Metals Utilities Contracts