omniture

Tritium, Perintis Dalam Infrastruktur Pengecasan E-Mobiliti dan EV Mengumumkan Penggabungan Perniagaan Dengan Decarbonization Plus Acquisition Corporation II; Syarikat Gabungan Akan Disenaraikan Di NASDAQ

Tritium
2021-05-28 20:35 1554

- Urus niaga ini akan memberikan perolehan kasar hingga lebih kurang sebanyak AS$403 juta (AUD$520 juta) kepada Tritium dengan mengandaikan penebusan yang minimum oleh pemegang saham awam DCRN, untuk membiayai pertumbuhan syarikat sepenuhnya sebagai peneraju pasaran teknologi dalam bidang pengecasan pantas DC untuk kenderaan elektrik.

- Tritium, sebuah syarikat berusia 20 tahun dengan pertumbuhan hasil yang tinggi sepanjang lima tahun lalu, dinilaikan sebanyak AS$1.2 bilion (AUD$1.55 bilion) sehubungan urus niaga tersebut.

- Urus niaga ini dijangka akan menyediakan modal untuk mengembangkan operasi Tritium kepada tiga kemudahan pembuatan berskala penuh global melalui pelaburan di kemudahan pengeluaran baharu di Eropah, pengembangan tapaknya di Los Angeles dan pembangunan lanjut untuk kemudahan di Brisbane.

- Tritium merupakan satu-satunya pengeluar pengecasan pantas DC dengan jualan global dan jangkauan sokongan yang memberikan perkhidmatan kepada para pelanggan di 41 buah negara di 4 benua.

BRISBANE, Australia dan NEW YORK, 28 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Tritium, sebuah syarikat pembangun dan pengeluar pengecas pantas arus terus ("DC") untuk kenderaan elektrik ("EV") dan Decarbonization Plus Acquisition Corporation II ("DCRN") (NASDAQ: DCRN, DCRNW) iaitu sebuah syarikat pemerolehan tujuan khas ("SPAC"), hari ini mengumumkan suatu perjanjian muktamad penggabungan perniagaan yang akan menjadikan Tritium sebagai sebuah syarikat tersenarai awam. Setelah memuktamadkan urus niaga tersebut, syarikat gabungan ini akan diberi nama sebagai Tritium dan dijangka akan disenaraikan di NASDAQ dan berdagang di bawah simbol penanda baharu "DCFC."

3176309-1-7 (ID-aaabc4e06b76)_Proof.html (19,1780)
3176309-1-7 (ID-aaabc4e06b76)_Proof.html (19,1780)

Diasaskan pada tahun 2001 oleh perintis e-mobiliti Dr. David Finn, James Kennedy dan Dr. Paul Sernia, Tritium mereka bentuk, membangun dan mengeluarkan perkakasan proprietari untuk pengecasan pantas DC yang canggih dan boleh dipercayai. Syarikat ini mempunyai sejarah selama dua dekad dalam bidang pengangkutan berkuasa elektronik dan elektrik yang canggih, bermula sebagai pembangun teknologi untuk kereta lumba solar dan projek-projek luar biasa yang lain seperti sistem pengurusan bateri untuk kapal selam "Deepsea Challenger" milik James Cameron

Menyedari peluang dalam sektor EV yang baru muncul, Tritium menggunakan pengalamannya dalam kuasa elektronik untuk iklim yang ekstrem bagi mencipta teknologi pengecasan pantas DC yang diuji dan dipasang dalam keadaan iklim yang amat buruk di dunia. Setelah berjaya menerajui pasaran global, Tritium berada pada kedudukan yang baik untuk mendapat manfaat daripada peningkatan dan pertumbuhan jangka panjang yang tetap bagi pasaran EV penumpang global yang diunjurkan mempunyai kadar pertumbuhan tahunan kompaun ("CAGR") hampir 20% hingga tahun 2040. Jualan perkakasan pengecasan EV global diunjurkan mempunyai purata CAGR melebihi 25% setiap tahun sepanjang tempoh ini.

Tritium telah menyediakan lebih 2.7 juta sesi pengecasan berkuasa tinggi di kesemua 41 buah negara yang memberikan tenaga sebanyak lebih 55 GWh. Harta intelek syarikat ini merangkumi satu-satunya pengecas bertaraf IP65 di dunia dengan kaedah penyejukan cecair sepenuhnya, menyediakan pelanggan dengan teknologi yang dilindungi dan dipateri daripada kemasukan unsur-unsur luar sekali gus mengurangkan jumlah kos pemilikan.

Ketua Pegawai Eksekutif Tritium, Jane Hunter berkata, "Pengelektrikan sektor pengangkutan yang dipercepat di seluruh dunia kini sedang dilaksanakan dan mempunyai implikasi luar biasa yang menjangkaui manfaat pengguna individu. Industri kami penting untuk mencapai sasaran pengurangan pelepasan global melalui peningkatan dalam penerimagunaan kenderaan elektrik serta penggunaan EV untuk teknologi penyimpanan tenaga secara besar-besaran. Sebagai 'batteries on wheels' (bateri atas roda), EV akan membantu membuka laluan kepada lebih banyak kuasa boleh diperbaharui untuk diperkenalkan ke dalam campuran tenaga negara. E-mobiliti turut memainkan peranan penting dalam meningkatkan kualiti udara yang penting untuk kesihatan awam di kawasan berpenduduk.

Perjanjian antara Tritium dan DCRN ini merupakan suatu undi percaya terhadap visi Tritium dan daya maju pasaran serta industri e-mobiliti secara keseluruhan. Kami merancang untuk berkembang kepada tiga kemudahan pembuatan global, mempercepat pembangunan produk, meningkatkan pasukan jualan dan operasi perkhidmatan global kami serta banyak lagi. Perjanjian ini membiayai rancangan pertumbuhan tersebut yang membolehkan kami memperluas operasi perniagaan, meningkatkan produk dan menyediakan lebih banyak perkhidmatan kepada para pelanggan kami."

Robert Tichio, Pengerusi DCRN yang akan menyertai Ahli Lembaga Pengarah syarikat gabungan ini apabila urus niaga ini dimuktamadkan, menambah, "Kami amat teruja dan berbesar hati untuk bekerjasama dengan Tritium kerana kami percaya rekod prestasi inovasi kuasa elektronik yang ditunjukkan oleh syarikat ini serta struktur pembuatan dan operasinya yang sudah mantap akan membolehkan Tritium mengekal dan mengembangkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran dalam bidang perkakasan pengecasan. Di bawah kepimpinan Cik Hunter, syarikat ini telah membangunkan sebuah pasukan dengan lebih 340 orang pekerja yang luar biasa di empat benua dan pangkalan pelanggan cip biru yang pelbagai sambil meletakkan Tritium sebagai peneraju dalam pengecasan pantas DC kerana penggunaan kenderaan elektrik terus dipercepat. Oleh kerana gelombang modal pelaburan yang dihalakan kepada matlamat alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat ("ESG") meneruskan pemecutannya, kami percaya Tritium yang didagangkan secara awam akan menjadi teras pegangan yang berharga kepada para pelabur ESG. Kami berharap dapat bekerjasama dengan Jane dan seluruh pasukan Tritium untuk mempercepat pengelektrikan pengangkutan global yang cekap."

Gambaran Keseluruhan Urus Niaga 

Urus niaga ini dijangka menghasilkan perolehan kasar hingga lebih kurang AS$403 juta (AUD$520 juta) tunai dengan mengandaikan penebusan yang minimum oleh pemegang saham awam DCRN. Dana ini akan digunakan untuk membiayai operasi dan pertumbuhan. Nilai perusahaan pra-wang bagi syarikat gabungan ini ialah USD$1.4 bilion (AUD$1.8 bilion) pada harga US$10 sesaham tidak termasuk wang tunai yang akan dimasukkan ke dalam kunci kira-kira.

Mantan eksekutif Boeing, Jane Hunter akan terus kekal sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Tritium bersama-sama pengasas bersama iaitu James Kennedy (Ketua Pegawai Teknologi) dan Dr. David Finn (Ketua Pegawai Pertumbuhan) serta eksekutif iaitu David Toomey (Ketua Pegawai Hasil) dan Michael Hipwood (Ketua Pegawai Kewangan).

Selain daripada Robert Tichio, Jane Hunter, Dr. David Finn, Trevor St. Baker AO (Pengasas merangkap Pengerusi St. Baker Energy Innovation Fund), Brian Flannery (Pengarah Urusan White Energy Company Limited) dan Kara Frederick (Pengarah Urusan Tiger Financial Group) dijangka akan menyertai Ahli Lembaga Pengarah syarikat gabungan ini apabila urus niaga ini dimuktamadkan.

"Hari ini merupakan hari yang amat membanggakan bagi para pengasas Tritium, David, James dan Paul serta sektor teknologi dan e-mobiliti Australia," Encik St. Baker berkata. "Kami berbangga dapat menyokong kisah kejayaan Tritium daripada sebuah syarikat permulaan di Brisbane hinggalah menjadi pengeksport dan pengeluar global bagi teknologi pengecasan yang canggih dengan bahagian pasaran global yang terkemuka." Encik St. Baker bersama-sama dengan Jeff Phillips (Ketua Pegawai Eksekutif Varley Group) dan Brian Flannery telah memainkan peranan yang penting dalam membawa syarikat ini ke tahapnya sekarang.

Lembaga Pengarah Tritium dan juga DCRN telah meluluskan urus niaga yang dicadangkan ini tertakluk kepada, antara lainnya, persetujuan oleh para pemegang saham DCRN dan pemuasan atau penepian syarat-syarat lain yang dinyatakan dalam dokumentasi muktamad tersebut termasuk penepian atau penamatan tempoh hak pemegang saham Tritium untuk memperoleh Tritium di bawah surat ikatan pemegang saham yang berkaitan dengan Tritium.

Maklumat tambahan tentang urus niaga yang dicadangkan ini termasuk salinan perjanjian penggabungan dan pembentangan pelabur akan disediakan dalam Laporan Semasa pada Borang 8-K yang akan difailkan oleh DCRN dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa serta tersedia di www.sec.gov.

Penasihat 

Latham & Watkins LLP (US), Corrs Chambers Westgarth (Australia) dan Australian Partnership of Ernst & Young menasihati Tritium sewaktu urus niaga ini manakala DCRN dinasihatkan oleh Vinson & Elkins L.L.P. (US) dan Clifford Chance LLP (Australia). Credit Suisse bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif kepada konsortium pemegang saham yang memiliki kepentingan majoriti dan kawalan yang besar dalam Tritium manakala JPMorgan dan Citigroup bertindak sebagai penasihat kewangan kepada DCRN.

Maklumat Panggilan Persidangan Pelabur 

Tritium dan DCRN akan menganjurkan panggilan persidangan pelabur secara bersama untuk membincangkan urus niaga yang dicadangkan ini pada hari ini iaitu Rabu, 26 Mei 2021 pada jam 8:00 pagi waktu ET.

Untuk mendengar ucapan yang disediakan melalui telefon, sila dail 1-877-407-3982 jika membuat panggilan dari AS atau 1-201-493-6780 jika membuat panggilan dari luar AS dan seorang operator akan membantu anda. Siaran ulangan telefon akan tersedia di 1-844-512-2921 jika membuat panggilan dari AS atau 1-412-317-6671 jika membuat panggilan dari luar AS dan akan menggunakan kod laluan: 13720122. Siaran ulangan ini akan tersedia hingga 9 Jun 2021 pada jam 11:59 malam waktu ET.

Tentang Tritium 

Diasaskan pada tahun 2001 oleh perintis e-mobiliti, Tritium mereka bentuk dan mengeluarkan perkakasan dan perisian proprietari untuk mencipta pengecas pantas DC yang canggih dan boleh dipercayai bagi kenderaan elektrik. Kami membuat reka bentuk yang padat dan tegap yang kelihatan hebat di Jalan Utama dan berkembang maju dalam keadaan iklim yang amat buruk di dunia. Teknologi Tritium adalah mudah dipasang, dimiliki dan digunakan. Kami tidak pernah berhenti berinovasi untuk menyokong pelanggan kami di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tritiumcharging.com

Tentang Decarbonization Plus Acquisition Corporation II 

Decarbonization Plus Acquisition Corporation II ialah sebuah syarikat pemerolehan tujuan khas yang ditubuhkan untuk tujuan melaksanakan penggabungan, bursa saham modal, pengambilalihan aset, pembelian saham, penyusunan semula atau gabungan perniagaan yang serupa dengan sasaran yang usaha utamanya ialah membangun dan memajukan platform yang menyahkarbonkan sektor yang paling intensif dengan pelepasan karbon. Ini merangkumi sektor tenaga dan pertanian, perindustrian, pengangkutan serta komersial dan kediaman. DCRN ditaja oleh sekutu Riverstone Holdings LLC dan merupakan pengembangan lanjut bagi francais Riverstone yang berusia 15 tahun dalam pelaburan rendah karbon dan telah menubuhkan syarikat berskala yang terkemuka dalam industri dengan pelaburan ekuiti bernilai lebih AS$5 bilion dalam tenaga boleh diperbaharui.

Tentang St. Baker Energy Innovation Fund 

Trevor St. Baker AO ialah seorang tokoh terkemuka dalam sektor elektrik dan tenaga di Australia serta di peringkat global malah merupakan pelabur utama dalam teknologi baharu yang mengubah sektor elektrik dan pengangkutan.

Dana peribadinya, St. Baker Energy Innovation Fund merupakan pelabur awal dalam Tritium dan kini menjadi pemegang saham terbesar dengan kira-kira sebanyak 26 peratus pegangan ekuiti syarikat.

Maklumat Penting dan Tempat untuk Mendapatkannya 

Sehubungan dengan gabungan perniagaan yang dicadangkan ini, DCRN dan Tritium DCFC Limited ("NewCo") yang akan terus menjadi syarikat awam, berhasrat untuk memfailkan penyata pendaftaran pada Borang F-4 ("Penyata Pendaftaran") dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S. ("SEC") yang akan merangkumi pernyataan proksi/prospektus dan lain-lain dokumen yang berkaitan untuk digunakan pada mesyuarat pemegang saham bagi meluluskan gabungan perniagaan yang dicadangkan ini. PARA PELABUR DAN PEMEGANG SEKURITI DCRN DIGESA UNTUK MEMBACA PERNYATAAN PROKSI/PROSPEKTUS, SEBARANG PINDAAN DAN LAIN-LAIN DOKUMEN BERKAITAN YANG AKAN DIFAILKAN DENGAN SEC DENGAN TELITI SERTA KESELURUHAN DOKUMEN APABILA IA TERSEDIA KERANA IA AKAN MENGANDUNGI MAKLUMAT PENTING TENTANG TRITIUM, DCRN, NEWCO DAN GABUNGAN PERNIAGAAN INI. Pernyataan proksi/prospektus ini akan dihantar kepada para pemegang saham DCRN pada tarikh rekod yang akan ditetapkan untuk mengundi cadangan gabungan perniagaan ini. Para pelabur dan pemegang sekuriti juga akan dapat memperoleh salinan Penyata Pendaftaran dan lain-lain dokumen yang mengandungi maklumat penting tentang setiap syarikat sebaik sahaja dokumen tersebut difailkan dengan SEC, tanpa caj, di laman web SEC di www.sec.gov.

Peserta dalam Pengumpanan 

DCRN dan para pengarah serta pegawai eksekutifnya mungkin dianggap sebagai peserta dalam pengumpanan proksi daripada para pemegang saham DCRN berkenaan dengan gabungan perniagaan yang dicadangkan ini. Senarai nama-nama pengarah dan pegawai eksekutif tersebut serta keterangan tentang kepentingan mereka dalam DCRN terkandung dalam pemfailan oleh DCRN kepada SEC, termasuk Laporan Tahunan DCRN pada Borang 10-K untuk tahun fiskal yang berakhir pada 31 Disember 2020 yang difailkan dengan SEC pada 31 Mac 2021 dan tersedia secara percuma di laman web SEC di www.sec.gov. Maklumat tambahan tentang kepentingan peserta tersebut akan dinyatakan dalam Penyata Pendaftaran gabungan perniagaan yang dicadangkan ini apabila ia tersedia. NewCo dan Tritium serta para pengarah dan pegawai eksekutif masing-masing juga boleh dianggap sebagai peserta dalam pengumpanan proksi daripada para pemegang saham DCRN berkaitan dengan gabungan perniagaan yang dicadangkan ini. Senarai nama pengarah dan pegawai eksekutif tersebut serta maklumat tentang kepentingan mereka dalam gabungan perniagaan ini akan terkandung dalam Penyata Pendaftaran gabungan perniagaan yang dicadangkan ini apabila ia tersedia.

Tiada Tawaran atau Pengumpanan 

Dokumen ini tidak membentuk suatu pengumpanan proksi, persetujuan atau kebenaran berkenaan dengan mana-mana sekuriti atau merujuk kepada urus niaga yang dicadangkan ini. Dokumen ini juga tidak membentuk suatu tawaran untuk menjual atau menukar, atau pengumpanan tawaran untuk membeli atau menukar, apa-apa sekuriti, dan tidak akan ada jualan sekuriti di mana-mana negeri atau bidang kuasa di mana tawaran, pengumpanan, atau penjualan atau pertukaran tersebut akan menjadi tidak sah sebelum pendaftaran atau kelayakan mengikut undang-undang sekuriti mana-mana bidang kuasa tersebut. Tiada tawaran sekuriti akan dibuat kecuali melalui prospektus yang memenuhi syarat-syarat seksyen 10 Akta Sekuriti 1933, seperti yang dipinda atau dikecualikan daripadanya.

Pernyataan Berpandangan Ke Hadapan 

Pernyataan tertentu yang dibuat dalam dokumen ini ialah "pernyataan berpandangan ke hadapan" berkenaan dengan gabungan perniagaan yang dicadangkan ini dan termasuk pernyataan tentang manfaat urus niaga, jangkaan jangka masa urus niaga, perkhidmatan yang ditawarkan oleh Tritium dan pasaran tempat ia beroperasi serta hasil masa depan NewCo yang diunjurkan. Pernyataan berpandangan ke hadapan ini secara umumnya dikenal pasti melalui perkataan "anggaran," "unjuran," "dijangka," "menjangka," "ramalan," "rancangan," "hasrat," "percaya," "mencari," "sasaran", "boleh," "akan," "seharusnya," "akan," "akan menjadi," "akan terus," "kemungkinan akan menghasilkan," "masa depan," "mencadangkan," "strategi," "peluang" dan variasi kata-kata ini atau ungkapan yang serupa (atau versi negatif perkataan atau ungkapan tersebut) yang meramalkan atau menunjukkan peristiwa atau trend masa depan atau bukan pernyataan tentang perkara-perkara masa lalu bertujuan untuk mengenal pasti pernyataan berpandangan ke hadapan. Pernyataan berpandangan ke hadapan ini disediakan untuk tujuan penerangan sahaja dan tidak bertujuan untuk berfungsi sebagai, dan tidak boleh dibuat pergantungan oleh mana-mana pelabur sebagai, jaminan, keyakinan, ramalan atau pernyataan muktamad tentang fakta atau kebarangkalian tentang prestasi, keadaan atau hasil masa depan, dan melibatkan beberapa risiko yang diketahui dan tidak diketahui, ketidakpastian, andaian serta lain-lain faktor penting yang kebanyakannya berada di luar kawalan NewCo, Tritium atau DCRN, yang boleh menyebabkan hasil atau dapatan sebenar berbeza secara material daripada yang dibincangkan dalam pernyataan berpandangan ke hadapan ini. Faktor penting, antara lain, yang boleh mempengaruhi keputusan atau hasil sebenar termasuk ketidakupayaan untuk menyelesaikan gabungan perniagaan ini tepat pada masanya atau gagal sama sekali (termasuk disebabkan kegagalan untuk memperoleh persetujuan pemegang saham yang diperlukan, atau kegagalan syarat penyelesaian yang lain seperti pemuasan jumlah minimum akaun amanah susulan penebusan oleh para pemegang saham awam DCRN, penepian atau penamatan tempoh hak pemegang saham Tritium untuk memperoleh Tritium di bawah surat ikatan pemegang saham yang berkaitan dengan Tritium dan penerimaan kelulusan kerajaan serta peraturan tertentu) yang mungkin menjejaskan harga sekuriti DCRN dengan teruk; ketidakupayaan gabungan perniagaan ini untuk diselesaikan pada tarikh akhir gabungan perniagaan DCRN dan potensi kegagalan untuk mendapatkan lanjutan tarikh akhir gabungan perniagaan ini jika diminta oleh DCRN; berlakunya apa-apa kejadian, perubahan atau keadaan lain yang boleh menyebabkan penamatan urus niaga; ketidakupayaan untuk mengenal pasti manfaat yang diharapkan daripada gabungan perniagaan yang dicadangkan ini;ketidakupayaan untuk mendapatkan atau mengekalkan penyenaraian saham NewCo pada bursa negara berikutan gabungan perniagaan yang dicadangkan ini; kos yang berkaitan dengan gabungan perniagaan yang dicadangkan ini; risiko gabungan perniagaan yang dicadangkan ini mengganggu rancangan dan operasi semasa, hubungan perniagaan atau perniagaan secara am berikutan pengumuman dan penyempurnaan gabungan perniagaan yang dicadangkan ini; keupayaan NewCo untuk menguruskan pertumbuhan; keupayaan NewCo untuk melaksanakan rancangan perniagaannya dan memenuhi unjuran; potensi gangguan dalam pengekalan pekerja NewCo disebabkan oleh urus niaga ini; potensi terhadap litigasi, prosiding kerajaan atau kawal selia, siasatan atau pertanyaan yang melibatkan NewCo, Tritium atau DCRN, termasuk yang berkaitan dengan urus niaga ini; perubahan dalam undang-undang atau peraturan yang berkaitan dan keadaan ekonomi dan pasaran am yang memberi kesan kepada permintaan bagi produk dan perkhidmatan Tritium; dan lain-lain risiko dan ketidakpastian yang ditunjukkan dari semasa ke semasa dalam pernyataan proksi/prospektus yang berkaitan dengan gabungan perniagaan yang dicadangkan ini, termasuk yang berada di bawah "Faktor Risiko" di dalamnya, dan dalam pemfailan lain oleh DCRN kepada SEC. Pernyataan berpandangan ke hadapan hanya benar pada tarikh ia dibuat. Pembaca dinasihatkan untuk tidak meletakkan pergantungan yang tidak wajar pada pernyataan berpandangan ke hadapan, dan NewCo serta DCRN tidak bertanggungjawab dan tidak mengambil apa-apa tanggungjawab untuk mengemas kini atau menyemak semula apa-apa pernyataan berpandangan ke hadapan, sama ada hasil daripada maklumat baharu, peristiwa masa depan atau sebaliknya, kecuali seperti yang dikehendaki oleh undang-undang. NewCo dan juga DCRN tidak memberi apa-apa jaminan bahawa NewCo atau DCRN akan mencapai jangkaannya.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1518777/tritium.jpg?p=medium600  

 

 

Source: Tritium
Related Stocks:
NASDAQ:DCRN
Keywords: Alternative Energies Auto Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Utilities Acquisitions, mergers, takeovers