omniture

Antaisolar Umum Perjanjian Rak Solar 2GW dengan One Stop Warehouse dan Kerjasama Strategik dengan Paramount Group

Syarikat rai ulangtahun ke-15nya dengan dua perjanjian yang ditandatangani dalam sehari.
Antaisolar
2021-05-29 01:05 511

XIAMEN, China, 29 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Pada 26 Mei, Antaisolar, pembekal terkemuka bagi rantaian seluruh industri dalam sistem pemasangan PV, meraikan ulangtahun ke-15nya dengan mengumumkan penandatanganan perjanjian rak solar 2GW dengan One Stop Warehouse (OSW), pengedar terbesar di Australia, dan kerjasama strategik dengan Paramount Group (Paramount) di Bangladesh.

Antaisolar online signing ceremony
Antaisolar online signing ceremony

Kerjasama rak solar 2GW dengan OSW

Menurut perjanjian tersebut, Antaisolar akan membekalkan rak solar 2GW dari 2021 hingga 2024.

"Kami berbangga dapat mencapai kejayaan ini dengan perjanjian kerjasama 2GW dengan OSW pada ulangtahun ke15 kami. OSW telah lama terlibat di Australia selama bertahun-tahun dan telah dianuegerahkan sebagai salah sebuah daripada 500 syarikat swasta Utama yang paling pesat berkembang di Australia dalam tahun 2019. Kami gembira dapat menyertai OSW kerana ini merupakan peluang yang penting untuk memacu pertumbuhan yang lebih besar dan mempercepatkan peralihan tenaga tempatan," kata Jasmine Huang, presiden Antaisolar.

"Antaisolar telah menjadi rakan kongsi berharga kami dan dikenali dengan meluas kerana produk dan perkhidmatan menyeluruh yang berkualiti tinggi. Perkongsian strategik ini akan meningkatkan kelebihan yang dimiliki oleh kedua-dua pihak dalam industri kuasa solar, membolehkan usaha lengkap untuk menyemarakkan peralihan kepada ekonomi karbon rendah," kata Anson Zhang, Ketua Pegawai Eksekutif OSW.

Kerjasama strategik dengan Paramount Group 

Antaisolar telah bekerjasama dengan Paramount pada projek solar utiliti 40MW awal tahun ini. Bangladesh ialah pilihan terbaik untuk menjalin kerjasama tatkala ia menjadi kawasan khas untuk industri tenaga solar. Perjanjian ini menggesa kerjasama seterusnya dalam portfolio rak solar untuk sektor utiliti yang berkembang maju. Melalui kolaborasi ini, Paramount dan Antaisolar akan berganding bahu untuk mempromosi peralihan tenaga di Bangladesh.

Ulangtahun ke-15 Antaisolar telah disuntik dengan dorongan segar oleh dua perjanjian kerjasama strategik. Dengan visi "Tulang Belakang untuk Dunia Solar", Antaisolar akan bekerjasama dengan rakan kongsi global untuk mencapai peneutralan karbon dan menuju ke 15 tahun akan datang.

Latar Belakang Antaisolar: 

Antaisolar, ditubuhkan dalam tahun 2006, memiliki kepakaran meluas dalam Pemasangan Solar & Sistem Penjejak dengan lebih 800 pekerja yang termasuk pasukan R&D yang terdiri daripada 80 pakar. Antaisolar telah mengoptimumkan perkhidmatan global secara berterusan dengan menubuhkan lebih 20 cawangan dan pejabat di peringkat global.

Sehingga kini, jumlah penghantaran rak solarnya telah mencapai 15GW dan berada di kedudukan No.1 jumlah eksport ke Jepun untuk tujuh tahun berturut-turut dan menduduki tempat teratas di pasaran pengedaran Australia dan Vietnam.

Hubungi: 
www.antaisolar.com 

 

Source: Antaisolar
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Licensing/marketing agreements