omniture

Viatris Menandatangani Memorandum Persefahaman dengan The Defeat NCD Partnership di Institut Latihan dan Penyelidikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNITAR)

Viatris Inc.
2021-05-29 09:46

Mendedahkan penemuan awal laporan tajaan Viatris pada perbincangan panel peringkat tinggi

GENEVA dan DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 29 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Viatris Inc. (NASDAQ: VTRS) dan The Defeat-NCD Partnership (DNCD) hari ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertempat di Institut Latihan dan Penyelidikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNITAR), yang memberi tumpuan kepada kerjasama berterusan dan saling menggunakan dan memanfaatkan sumber dan kemudahan sedia ada mereka bagi program dan inisiatif yang bertujuan untuk menangani penyakit tidak berjangkit (NCD) dan kesan terhadap pesakit NCD akibat COVID. Kerjasama ini memberi tumpuan kepada peningkatan dasar penjagaan bagi pencegahan dan rawatan, terutamanya dalam membantu negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana untuk memenuhi matlamat Pembangunan Lestari PBB (SDG 3.4), iaitu untuk mengurangkan kematian NCD sebanyak satu pertiga menjelang tahun 2030.

"Kerjasama dengan syarikat penjagaan kesihatan sektor swasta yang ternama membentuk sebahagian daripada penyelesaian tersebut untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh pesakit NCD, terutamanya dalam persekitaran dengan sumber yang rendah. Kami mengalu-alukan Viatris menyertai usaha Partnership dan menyokong misi kami di seluruh dunia," kata Mukul Bhola, Ketua Pegawai Eksekutif The Defeat-NCD Partnership di UNITAR.

Kerjasama ini diumumkan sebagai sebahagian daripada perbincangan panel peringkat tinggi yang dianjurkan oleh The Defeat-NCD Partnership pada "Perkhidmatan Kesihatan Tidak Terganggu bagi pesakit NCD semasa Krisis COVID-19" semasa Perhimpunan Kesihatan Dunia ke-74, yang menyeru pihak kerajaan untuk mengambil tindakan bagi memastikan penjagaan NCD yang tidak terganggu pada masa-masa yang mencabar di mana komitmen politik lebih diperlukan.

Laporan penyelidikan terkini yang diterajui oleh The Economist Intelligence Unit (EIU) dan ditulis bersama oleh DNCD tentang implikasi dasar penjagaan NCD terhadap pengurusan penyakit COVID-19 telah mengumpulkan data global yang menunjukkan perkaitan positif antara kadar kematian NCD dan kematian akibat COVID-19. Ini merupakan satu kajian yang Viatris berbesar hati untuk menyokong dan pada masa yang sama memberikan autonomi kepada penulis.

Menassie Taddese, Presiden Pasaran Baru Muncul di Viatris yang menyertai acara tersebut berkongsi beberapa pendapat tentang penyelidikan tersebut dan kepentingannya kepada Viatris, "Dengan 85 peratus kematian NCD yang telah berlaku di 125 buah negara di dalam rantau Pasaran Baru Muncul, para saintis, ahli profesional perubatan dan pakar kawal selia kami sentiasa berusaha untuk membantu komuniti yang mudah terjejas supaya mereka mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan yang penting. Viatris merupakan antara syarikat penjagaan kesihatan terkemuka di mana orang ramai mencari rawatan untuk NCD dan kami akan terus melabur dan mendorong dasar terhadap penjagaan NCD dan COVID."

Maklumat lain daripada laporan itu termasuk:

  • Walaupun trend global menunjukkan pengalihan sumber daripada penjagaan NCD untuk mengurangkan kes COVID-19, kematian akibat NCD merupakan penyebab kepada kematian kes COVID-19. Kes-kes NCD dianggarkan telah menyumbang kepada kematian COVID-19 sebanyak 60 hingga 90 peratus
  • COVID-19 telah memburukkan lagi penularan NCD yang sedia ada pada mangsa yang selamat, bahkan telah menyebabkan kes NCD yang baharu dan kompleks pada pesakit COVID-19 yang sihat sebelumnya di seluruh dunia
  • Analisis terhadap peningkatan beban bagi sistem kesihatan yang telah pun terbeban merangkumi negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana mendapati bahawa bagi setiap kematian NCD yang baharu, terdapat peningkatan sebanyak 10.4 peratus dalam kematian COVID-19 bagi setiap 1,000 orang
  • Kekurangan ubat-ubatan, diagnostik dan teknologi adalah antara sebab utama bagi kelewatan, pengurangan atau pembatalan rawatan NCD semasa pandemik ini.

Menassie mengulas lanjut: "Perjanjian Memorandum Persefahaman dengan UNITAR untuk The Defeat-NCD Partnership merupakan satu perjanjian yang memastikan komitmen kami untuk mencapai Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam mengurangkan kematian NCD sebanyak satu pertiga menjelang tahun 2030 yang membolehkan semua negara berpendapatan rendah meningkatkan tindakan mereka untuk menangani NCD."

Tentang Viatris
Viatris Inc. (NASDAQ: VTRS) adalah sebuah syarikat penjagaan kesihatan baharu yang memperkasakan orang ramai di seluruh dunia untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat pada semua peringkat kehidupan. Kami menyediakan akses kepada ubat-ubatan, operasi lestari yang canggih, membangunkan penyelesaian inovatif dan memanfaatkan kepakaran kolektif kami untuk menghubungkan lebih ramai orang kepada lebih banyak produk dan perkhidmatan melalui satu-satunya Healthcare Gateway® Global kami. Ditubuhkan pada November 2020, Viatris menyatukan kepakaran saintifik, pembuatan dan pengedaran dengan keupayaan kawal selia, perubatan dan komersial yang terbukti dalam menyampaikan ubat-ubatan berkualiti tinggi kepada pesakit di lebih 165 buah negara dan wilayah. Portfolio Viatris terdiri daripada lebih 1,400 molekul yang diluluskan di seluruh lapangan terapeutik yang merangkumi kedua-dua penyakit tidak berjangkit dan berjangkit, termasuk jenama yang diiktiraf di seluruh dunia, ubat-ubatan generik dan berjenama yang kompleks, portfolio produk perubatan hampir serupa serta pelbagai produk pengguna belian kaunter yang semakin meningkat. Dengan tenaga kerja global sejumlah kira-kira 45,000 orang, Viatris beribu pejabat di A.S. dengan pusat-pusat globalnya yang terletak di Pittsburgh, Shanghai dan Hyderabad di India. Ketahui lebih lanjut di viatris.com dan investor.viatris.com serta berhubung dengan kami di Twitter di @ViatrisInc, LinkedIn dan YouTube

Tentang The Defeat-NCD Partnership:
The Defeat-NCD Partnership merupakan tindak balas praktikal bagi tindakan yang meluas terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD). Dilancarkan secara rasmi semasa Perhimpunan Agung PBB pada tahun 2018, kami adalah perkongsian bagi 'orang awam-swasta-rakyat' yang diasaskan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tetapi telah melangkah jauh untuk melibatkan pihak kerajaan, agensi multilateral, masyarakat awam, ahli akademik, dermawan dan sektor swasta.

Visi kami adalah jelas — perlindungan kesihatan sejagat untuk NCD. Untuk mencapai matlamat ini, misi teras kami memberi tumpuan kepada membantu kira-kira 90 buah negara berpendapatan rendah melalui tindakan yang komprehensif melibatkan empat teras perkhidmatan yang saling berkait rapat: pembinaan kapasiti NCD kebangsaan, peningkatan perkhidmatan NCD komuniti, kemampuan dan kebolehcapaian bagi bekalan NCD yang penting dan pembiayaan NCD yang lestari. Ketahui lebih lanjut di Defeat-NCD.org dan berhubung dengan kami di Twitter di @DefeatNCD, LinkedIn dan Facebook

Logo - http://mma.prnewswire.com/media/1499164/logo_Logo.jpg

Source: Viatris Inc.
Related Stocks:
NASDAQ:VTRS
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Contracts Survey, Polls & Research