omniture

Pandemik Menunjukkan Minat yang Meningkat dalam Harta Tanah Hijau dan Beretika di Dominica

CS Global Partners
2021-05-29 23:49 1672

LONDON, 29 Mei 2021 /PRNewswire/ -- Menurut laporan terkini, pelabur memilih untuk memberi tumpuan dalam mencari destinasi terpencil yang dapat menangani penyebaran koronavirus secara efektif. Laporan Prime Global Forecast 2021 oleh Knight Frank menekankan bahawa pasaran harta tanah yang terjejas teruk akibat pandemik ini dijangka akan kembali semula dengan trend yang baharu. Ini akan merangkumi penekanan terhadap pelaburan hijau dan beretika.

Komanwel Dominica merupakan satu destinasi yang semakin menarik minat sebilangan para pelabur dari Timur Tengah, Asia dan Afrika. Pasaran harta tanahnya telah menyaksikan pertumbuhan dalam beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan oleh jumlah syarikat perhotelan terkenal di dunia yang berpusu-pusu ke pulau itu. Dari Marriott hingga ke Hilton hinggalah ke Kempinski, Dominica menjadi pasaran bagi harta tanah mewah yang masih lagi mengutamakan alam sekitar, iaitu komponen penting bagi sektor eko-pelancongan di pulau itu yang sedang berkembang.

Pulau ini juga merupakan salah satu daripada beberapa negara yang berjaya menangani penyebaran komuniti COVID-19 dan telah merekodkan sifar kematian sejak bermulanya pandemik ini. Tindak balasnya terhadap virus tersebut diberi pujian oleh Pengarah Pembangunan United Kingdom di Caribbean yang mengatakan pulau ini telah melakukan "kerja yang hebat" dalam menangani COVID-19.

Dominica juga menawarkan peluang unik untuk memperoleh kewarganegaraan dengan pembelian pilihan harta tanah yang terpilih. Di bawah Program Kewarganegaraan Melalui Pelaburan, pelabur dan keluarga mereka boleh menjadi warganegara pulau tersebut sebaik sahaja melabur sekurang-kurangnya $200,000 melalui cabang harta tanahnya. Pilihan ini membantu pemohon mempelbagaikan aset mereka, membolehkan mereka membina portfolio kekayaan mereka dan juga menyediakan rumah kedua untuk mereka dan keluarga mereka. Setelah memegang harta itu selama tiga atau lima tahun, pelabur boleh menjual dan memperoleh pulangan ke atas pelaburan mereka.

"Kini terdapat lapan projek yang telah diluluskan di bawah cabang harta tanah bagi Program Kewarganegaraan melalui Pelaburan Dominica dan kesemuanya merupakan projek perkembangan pelancongan. Disebabkan pelaburan dalam harta tanah seperti ini, Dominica menjadi destinasi untuk pelancongan mewah, dengan beberapa jenama hotel utama yang kini menetap di Dominica. Pemohon juga mempunyai pilihan untuk melabur ke dalam vila-vila mewah yang merupakan sebahagian daripada resort-resort yang lebih besar seperti The Residences di Secret Bay, sebuah pembangunan yang memenangi anugerah yang dirancang dan dibina dengan kerja keras warganegara dan penduduk tempatan," ujar Duta Emmanuel Nanthan, Ketua Unit Kewarganegaraan Melalui Pelaburan Dominica.

Setelah memperoleh penerimaan kewarganegaraan, para pelabur mendapat akses kemasukan tanpa visa atau visa semasa ketibaan ke lebih 140 buah negara dan wilayah, hak untuk tinggal, bekerja dan belajar di Dominica serta kemampuan yang tidak ternilai untuk mewariskan kewarganegaraan melalui keturunan.

HUBUNGI: +447867942505, pr@csglobalpartners.com, www.csglobalpartners.com

 

Source: CS Global Partners
Keywords: Banking/Financial Service Overseas Real Estate (non-US) Publishing/Information Service Real Estate Travel