omniture

Seni Halus Penjanaan Isyarat - Penjana Isyarat Vektor Atasan Baharu daripada Rohde & Shwarz

Rohde & Schwarz
2013-04-29 17:00 269

MUNICH, 29 April 2013 /PRNewswire/ --

Penjana isyarat vektor atasan SMW200A R&S baharu dari Rohde & Shwarz menggabungkan fleksibiliti maksimum, prestasi luar biasa dan operasi berintuisi bagi mengatasi prestasi semua penyelesaian setara lain yang berada dalam pasaran. Ia adalah alat yang sempurna untuk menjana isyarat kompleks dan dimodulasi digital yang berkualiti tinggi. Dengan pilihan konfigurasi yang versatil, rangkaian aplikasinya terdiri daripada penjana isyarat vektor laluan tunggal hinggalah kepada penguji penerima MIMO multi saluran.

Penjana isyarat vektor atasan SMW200A R&S baharu dari Rohde & Shwarz menggabungkan sebuah penjana jalur asas, penjana RF dan simulator pemudaran MIMO dalam satu alat. Penjana isyarat vektor meliputi julat frekuensi daripada 100 kHz hingga 3 GHz atau 6 GHz dan mempunyai kelebaran jalur termodulasi I/Q sebanyak 160 MHz dengan jalur asas dalaman. Ciri-ciri modulasi dan RF yang mengagumkan ini membuatkannya ideal untuk membangunkan komponen, modul dan produk lengkap atasan untuk sistem komunikasi jalur lebar seperti LTE-Lanjutan dan WLAN IEEE 802.11ac.Penjana ini berfungsi dengan hebat terutamanya bila ia perlu mengesahkan stesen-stesen asas 3G dan 4G serta aplikasi aeroangkasa dan pertahanan.

Wolfgang Kernchen, Pengarah Subdivisyen Penjana Isyarat, Penganalisis Audio dan Meter Kuasa di Rohde & Schwarz berkata, "Kami mahu produk utama baharu kami ini memberi para pelanggan alat yang memudahkan kerja mereka, dengan prestasinya yang luar biasa dan ciri-ciri bantuan operasi yang pintar. Pada masa yang sama, penyelesaian kami yang unik dan padat boleh diskalakan dengan berkesan dan sedia untuk penggunaan masa hadapan.Ini memberi para pembangun kerangka yang ideal untuk memastikan produk mereka menurut standard komunikasi canggih hari ini dan di masa hadapan, agar produk mereka boleh disediakan untuk pasaran sepantas yang mungkin."

Siaran akhbar ini boleh didapati di Internet di http://www.press.rohde-schwarz.com. Foto media untuk dimuat turun juga boleh didapati di sini. Tonton video untuk maklumat lanjut: http://www.rohde-schwarz.com/campaigns/en/smw/video.html

Hubungan akhbar:

Christian Mokry
Telefon: +49-89-4129-13052
E-mel: press@rohde-schwarz.com

Source: Rohde & Schwarz
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services