omniture

Forum Kewangan Antarabangsa Keluarkan Laporan IFF China 2021

International Finance Forum (IFF)
2021-06-01 07:22 1350

BEIJING, 1 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Forum Kewangan Antarabangsa (International Finance Forum) (IFF) mengumumkan pengeluaran Laporan IFF China 2021 ("Laporan") yang merangka inisiatif dasar dan peluang kerjasama global China yang penting dalam konteks COVID-19 dan seterusnya. 30,000 salinan laporan telah diedarkan ke lebih 170 negara dan wilayah.

Laporan ini merangkumi 31 sumbangan daripada pemimpin dunia, penggubal dasar dan pembiaya terkemuka mengenai topik global di bawah lima tema: pertumbuhan ekonomi global dalam era pasca pandemik, Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI), kewangan hijau, pasaran modal dan teknologi kewangan global.

COVID-19 telah menyebabkan gangguan yang ketara terhadap ekonomi dunia. Walau bagaimanapun, implikasi ekologi pandemik adalah sepenting kesan ekonomi, kerana darurat kesihatan awam adalah gejala masalah ekonomi yang lebih mendalam yang menyebabkannya. Untuk mengatasi isu ini, peralihan tumpuan kepada 'infrastruktur hijau baharu" adalah penting, kata Han Seungsoo, Pengerusi Bersama IFF, Pengerusi Silk Road International Association (SRIA).

"Misi SRIA harus diselaraskan untuk menggerakkan pelaburan yang diperlukan untuk berhadapan dengan "norma baharu" selepas COVID-19. Menghasilkan kuasa solar dan angin pada skala yang besar merentas tanah tandus di sepanjang laluan BRI akan membantu menjana kuasa bersih untuk Timur, yang seharusnya menjadi keutamaan untuk SRIA," tulis beliau dalam Laporan ini.

Menegaskan langkah utama untuk pemulihan ekonomi global yang pesat dalam era pasca COVID-19, Jim Yong Kim, presiden ke-12 Bank Dunia, mengatakan dalam Laporan bahawa pelaburan infrastruktur seharusnya menjadi "salah satu daripada keutamaan dalam membantu negara-negara membangun pulih daripada pandemik ini dengan cepat". Marcos Toyjo, presiden Bank Pembangunan Baharu, berkata bahawa "infrastruktur baharu harus memenuhi permintaan revolusi perindustrian keempat."

Laporan ini juga menonjolkan peranan BRI dalam memupuk kelestarian dalam segi pembangunan global melalui Tanah Jalan Sutera dan usaha bersama negara-negara anggota dalam mempromosi peralihan hijau. Untuk mempercepatkan peralihan hijau, Laporan ini menggesa negara-negara BRI untuk menetapkan sasaran peneutralan karbon selari dengan matlamat kelestarian dan menguatkuasakan peraturan perlindungan alam sekitar.

Latar Belakang IFF 

Ditubuhkan dalam tahun 2003, IFF ialah organisasi forum antarabangsa tidak rasmi bukan untung dan bukan kerajaan. Beribu pejabat di Beijing, ia merupakan mekanisme pertukaran dialog dan akademik peringkat tinggi yang ditaja bersama oleh pemimpin perniagaan dan cendiakawan dalam komuniti kewangan dan kalangan akademik global.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: http://www.iff.org.cn/php/list.php?tid=403

Steel Shen
(86)10-5087-3634
steel.shen@iff.org.cn

Source: International Finance Forum (IFF)
Keywords: Alternative Energies Banking/Financial Service Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Utilities Survey, Polls & Research Trade show news Financial Technology