SINGAPURA, 1 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Formlabs, sebuah syarikat pencetakan 3D yang terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa pencetak 3D pensinteran laser selektif (SLS) industri meja atas yang pertama di dunia, Fuse 1, akan mula dihantar ke wilayah-wilayah terpilih di seluruh APAC pada bulan ini. Fuse 1 akan membolehkan jurutera, pereka dan pengeluar pada semua peringkat untuk memikirkan semula pembangunan produk, pembuatan hibrid dan pengeluaran penggunaan akhir. Di samping itu, syarikat ini melancarkan Fuse Sift, sistem pasca-pemprosesan untuk Fuse 1 berserta Nylon 12 dan juga serbuk Nylon 11 yang diumumkan baru-baru ini.
Gelombang baharu pembuatan dan pemprototaipan bebas bermula sekarang dengan Fuse 1. Membawakan pencetakan 3D nilon sedia-pengeluaran ke atas meja atas anda dengan platform pensinteran laser selektif (SLS) yang mampu milik dan kompak.
Gelombang baharu pembuatan dan pemprototaipan bebas bermula sekarang dengan Fuse 1. Membawakan pencetakan 3D nilon sedia-pengeluaran ke atas meja atas anda dengan platform pensinteran laser selektif (SLS) yang mampu milik dan kompak.
Sementara Nylon 12 Powder Formlabs ialah bahan serba guna yang memberi ketepatan butiran dan dimensi yang tinggi, Nylon 11 Powder amat sesuai apabila ketahanan dan prestasi memainkan peranan yang penting. Kemuluran, kekuatan dan kefleksibelan Nylon 11 Powder sesuai dengan bahagian penggunaan akhir yang harus berupaya untuk menanggung impak dan mengendalikan masalah haus dan lusuh dari masa ke masa. Serbuk Nylon 11 dan Nylon 12 merupakan dua daripada banyak bahan yang dirancang untuk dilancarkan oleh Formlabs untuk Fuse 1, mengesahkan lagi kedudukan syarikat sebagai penyelesaian lengkap untuk pencetakan 3D penggunaan akhir dengan memperluas keserbabolehan bahan berasaskan serbuk.
Teknologi SLS telah lama dipercayai oleh jurutera dan pengeluar besar atas keupayaannya mencetak prototaip fungsian yang kuat dan bahagian penggunaan akhir, namun kosnya yang tinggi dan aliran kerja yang rumit menyebabkan dahulunya ia mempunyai akses terhad untuk syarikat-syarikat besar. Fuse 1 dan Fuse Sift meningkatkan kelebihan unik yang ditawarkan oleh SLS sekali gus menjadikannya boleh dicapai oleh syarikat-syarikat daripada semua saiz dan jenis melalui ciri kemampuan dan kemudahan penggunaannya yang belum pernah terjadi sebelum ini.
"Form 1 menakrifkan semula pencetakan stereolitografi (SLA) untuk industri pembuatan aditif 10 tahun yang lalu dan kini, Fuse 1 membawa standard keandalan dan kebolehcapaian sama yang diharapkan oleh pelanggan Formlabs daripada pencetakan 3D industri," kata Max Lobovsky, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Formlabs. "Pencetakan 3D SLS tidak seharusnya semata-mata untuk mereka yang mempunyai belanjawan yang besar, ia harus boleh diakses agar semua syarikat, bermula daripada syarikat pemula hingga pengeluar besar, dapat memperoleh manfaat daripada kebebasan reka bentuk dan produktiviti tinggi yang disediakan oleh pencetakan 3D SLS."
Fuse 1 akan membolehkan Formlabs mengembangkan saiz pasaran pencetakan 3D industri dengan ketara, membuka peluang pencetakan 3D yang benar-benar bersedia untuk pengeluaran untuk kumpulan pelanggan yang sama sekali baharu. Aliran kerja pencetakan SLS hujung-ke-hujung Formlabs yang lengkap menghapuskan tekaan dan cabaran dalam mencipta bahagian berfungsi yang mantap sambil meminimumkan kos, lalu membebaskan banyak organisasi daripada bergantung pada penyelesaian luar yang mahal dan perlahan.
"Dahulunya kami menggunakan aliran kerja pengacuan-suntikan bersumber luar untuk menghasilkan jari prostetik kepada pesakit muda dan berusia bagi membantu mereka memperbaiki pergerakan dan meningkatkan fungsi; namun proses ini berjalan dengan amat perlahan dan tidak membenarkan ciri pemperibadian yang diperlukan untuk setiap pesakit," kata Matthew Mikosz, pengasas Partial Hand Solutions dan pengguna beta Fuse 1. "Fuse 1 memberi kebebasan reka bentuk yang kami perlukan untuk benar-benar menyesuaikan prostetik kami dan produktiviti serta daya pemprosesan tinggi yang diperlukan untuk menyiapkan penyelesaian ini dengan pantas untuk pesakit kami."
Selepas tujuh tahun menjalani kerja-kerja pembangunan, Formlabs menunaikan janjinya untuk membawa teknologi yang hebat ini ke pasaran pada titik harga yang berpatutan tanpa menjejaskan kualiti. Jurutera, pereka produk dan pengeluar memilih pencetak SLS bagi tujuan kebebasan reka bentuk mereka, produktiviti dan daya pemprosesan tinggi serta kos yang rendah bagi setiap bahagian. Fuse 1 membolehkan pengguna mengawal seluruh proses pembangunan produk mereka, bermula dengan lelaran pada reka bentuk konsep pertamanya hinggalah mengeluarkan produk yang sedia digunakan dalam nilon yang bersedia untuk pengeluaran.
Ciri-ciri Fuse 1 termasuk:
Fuse 1 sedia untuk dipesan hari ini di China, Jepun, Korea, Singapura, Thailand dan Australia daripada jaringan penjual kami yang dibenarkan. Emel apac.sales@formlabs.com sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai ketersediaan serantau.
Klik di sini untuk aset media dan di sini untuk video produk