omniture

Penyelidikan Universiti Maastricht mendapati bahawa protein ulat roti mempunyai manfaat yang menyamai protein susu

Ÿnsect
2021-06-01 15:30 1317

Protein serangga menawarkan yang terbaik di dunia dalam kedua-dua ciri: protein yang sangat lestari dan berkualiti tinggi 

PARIS, 1 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Penyelidikan oleh Universiti Maastricht buat julung-julung kalinya membuktikan bahawa protein serangga mempunyai manfaat yang menyamai protein susu 'berpiawai emas'; kedua-duanya mempunyai prestasi yang sama dari segi penghadaman, penyerapan dan kemampuan untuk merangsang penghasilan otot. Dapatan ini diterbitkan pada 21 Mei dalam "The American Journal of Clinical Nutrition"[1](Jurnal Pemakanan Klinikal Amerika) yang mengesahkan protein daripada ulat roti sebagai bahan premium. Protifarm, syarikat Teknologi Pertanian Belanda terkemuka yang juga merupakan sebahagian daripada kumpulan pelopor protein serangga semula jadi di dunia iaitu Ÿnsect, menyediakan ulat roti Buffalo untuk penyelidikan saintifik yang unik ini.

Protein susu (80% kasein, 20% whey) sering dilihat sebagai protein berpiawai emas. Penyelidikan ini menunjukkan bahawa ulat roti juga mengandungi kesemua sembilan asid amino yang penting dan dihadam dengan berkesan dalam badan manusia. Ia berbeza daripada protein berasaskan tumbuhan yang sering menunjukkan profil asid amino yang tidak lengkap dengan tahap asid amino penting yang rendah.

"Kami menggunakan pendekatan pelabelan isotop yang unik untuk membuktikan penghadaman pantas dan rangsangan otot sintesis protein yang berkesan susulan pengambilan ulat roti Buffalo. Tindak balas yang diperhatikan tidak berbeza daripada jumlah protein susu yang sama yang diambil," jelas Prof. Dr.Luc van Loon, Ketua Penyelidik.

Protein ulat roti ialah satu-satunya bahan yang tersedia di pasaran yang mampu menggabungkan prestasi dengan kesihatan, malah ia juga semula jadi dan lestari.

"Serangga akan benar-benar menjadi sumber protein lestari seterusnya yang menyamai kualiti bahan tenusu dan kelestarian kebanyakan alternatif yang berasaskan tumbuhan,"ulas Tom Mohrmann, Ketua Pegawai Eksekutif Protifarm.

"Kajian ini sekali lagi menunjukkan kualiti ulat roti yang luar biasa. Setelah menunjukkan kesan protein dalam pengurangan kolesterol, kami kini dapat membuktikan kesannya terhadap prestasi dengan membandingkan protein serangga kami dengan protein susu," tambah Antoine Hubert, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Ÿnsect.

Berdasarkan penemuan positif daripada kajian Universiti Maastricht ini, matlamat Ÿnsect Group ialah untuk terus meneroka cara protein serangga dihasilkan dan membantu pertumbuhan industri dalam memenuhi cabaran penting masa hadapan.

Tentang Ÿnsect & Protifarm 

Ÿnsect ialah peneraju dunia dalam pengeluaran protein serangga dan baja semula jadi. Ditubuhkan pada tahun 2011 di Paris, Ÿnsect mengubah serangga kepada bahan-bahan premium untuk haiwan peliharaan, ikan, tumbuhan dan manusia. Beroperasi dari ladangnya yang canggih, Ÿnsect menggunakan teknologi proprietari perintis yang dilindungi oleh hampir 300 paten di seluruh dunia untuk menghasilkan ulat rotiMolitor dan Buffalo di ladang-ladang vertikal. www.ynsect.com 

Ditubuhkan pada tahun 2015, Protifarm merupakan cawangan makanan Ÿnsect, Belanda. Protifarm membangunkan AdalbaPro iaitu bahan makanan berfungsi pertama di dunia yang diperoleh daripada serangga. www.protifarm.com 

[1] "Insects are a viable protein source for human consumption: from insect protein digestion to postprandial muscle protein synthesis in vivo in humans: a double-blind randomized trial"; Wesley J H Hermans, Joan M Senden, Tyler A Churchward-Venne, Kevin J M Paulussen, Cas J Fuchs, Joey S J Smeets, Joop J A van Loon, Lex B Verdijk, Luc J C van Loon. The American Journal of Clinical Nutrition, nqab115, https://doi.org/10.1093/ajcn/nqab115

 

 

Source: Ÿnsect
Related Links:
Keywords: Agriculture Computer/Electronics Food/Beverages Conservation/Recycling New products/services Survey, Polls & Research STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)