NINGBO, China, 1 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Pesta Barangan Pengguna Antarabangsa China Ke-12 (CICGF) akan diadakan di bandar pelabuhan terkenal Ningbo, Wilayah Zhejiang, di tenggara China dari 8 hingga 11 Jun 2013. Acara ini, yang dianjurkan bersama Kementerian Perdagangan PRC dan Kerajaan Rakyat Luar Bandar Zhejiang, adalah salah satu daripada empat pesta import-eksport terbesar di China dan dijangka bakal menjana banyak peluang perniagaan bagi para pempamer dan pelawat dari China dan dari luar negara.
Antara barangan yang bakal dipamerkan adalah barangan kelengkapan rumah, barangan elektronik, tekstil kediaman, baju-baju, produk-produk sukan, produk-produk aktiviti luar rumah dan rekreasi, barangan hiasan rumah dan hadiah serta perniagaan perkhidmatan. Ekspo Barangan Import Zhejiang China 2013 juga bakal diadakan secara serentak, dan kedua-dua acara ini bakal menarik kehadiran ramai pempamer dan pembeli.
Kerajaan Perbandaran Ningbo dan jabatan-jabatan lain yang turut terlibat telah berusaha sedaya-upaya untuk menarik penyertaan pempamer dengan menggunakan sumber industri perkhidmatan bandar itu. Minat terhadap CICGF telah meningkat hasil daripada reputasi utuh pesta itu dan liputan media yang meluas, serta perkhidmatan cemerlang yang disediakan oleh jabatan kerajaan yang bertanggungjawab untuk membawa masuk pempamer. Setakat hujung bulan Mac, hampir kesemua petak pameran di Ekspo Barangan Import Zhejiang telah ditempah.
CICGF Ke-11 tahun lepas telah menyediakan 5,000 petak pameran, termasuk lebih 2,500 firma eksport dari 22 daerah dan perbandaran China dan lebih 150 pempamer luar negara, mempamerkan lebih daripada 100,000 produk. Pesta itu menarik kehadiran lebih 15,000 pembeli individu dan 20 syarikat multinasional dari 100 buah negara dan rantau.
Ningbo terletak di Delta Sungai Yangtze dengan hubungan pengangkutan yang mudah. Bas ulang-alik percuma akan disediakan untuk para pelawat luar negara antara Shanghai dan Ningbo, sebelum dan semasa pesta itu diadakan. Tambahan pula, perkhidmatan penterjemah Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun dan Bahasa Jerman akan disediakan secara percuma oleh para sukarelawan. Firma-firma pempamer dari Delta Sungai Yangtze terletak sejauh beberapa minit hinggalah kepada beberapa jam perjalanan dari tapak pesta itu dan ini memudahkan para pembeli untuk melawat kilang-kilang dan bilik-bilik pameran.
Mengenai CICGF
Pesta Barangan Pengguna Antarabangsa China Ke-12 (CICGF), yang dianjurkan bersama Kementerian Perdagangan PRC dan Kerajaan Rakyat Luar Bandar Zhejiang, adalah salah satu daripada empat pesta import-eksport terbesar di China dan diadakan di bandar pelabuhan terkenal Ningbo dalam bulan Jun setiap tahun. Pesta itu telah menarik kehadiran lebih daripada 120,000 pembeli dari 110 negara dan rantau.
Hubungi:
Cik Chi
86-574-87178074
trade@cicgf.com