omniture

Vestwell Jalin Kerjasama dengan Penyedia API Wealthtech Bambu Perluas Nasihat Pelaburan dalam Perjalanan Persaraan

Bambu
2021-06-02 07:25 198

SINGAPURA, 2 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Vestwell, platform penyimpanan rekod digital, dan Bambu, penyedia teknologi penasihat-robo global, bekerjasama untuk menyediakan pelanggan dengan pengalaman pelan persaraan yang jauh lebih mantap. Dengan memanfaatkan API pengurusan kekayaan Bambu, Vestwell dan rakan-rakan kongsinya akan berupaya untuk menawarkan strategi-strategi pelaburan diperibadikan bagi membantu pelanggan mereka bersedia dengan lebih baik untuk bersara berdasarkan matlamat persaraan yang boleh diambil tindakan.

Hubungan baharu ini memainkan peranan dalam penawaran akaun terurus penasihat yang dilancarkan baru-baru ini oleh Vestwell bersama Franklin Templeton. Kedua-duanya bersama-sama memperkenalkan penawaran inovatif yang berasaskan matlamat menggunakan Enjin Pengoptimuman Matlamat Franklin Templeton.

"Tatkala harapan pelabur tempat kerja berkembang, penting untuk menyediakan peserta dengan jenis penyelesaian diperibadikan yang merupakan kebiasaan mereka dalam segenap aspek lain dalam kehidupan mereka," kata Ben Thomason, Naib Presiden Eksekutif Pendapatan di Vestwell. "Jalinan kerjasama dengan Bambu dan Franklin Templeton memungkinkannya untuk mewujudkan pengalaman akaun terurus disepadukan data, dengan konflik yang rendah, ditempah khas yang lancar pada harga yang berpatutan."

Bambu membangunkan API Wealthtech yang terbukti dapat menyediakan maklumat yang diperlukan oleh pelabur untuk memaksimumkan kejayaan bagi mencapai matlamat simpanan persaraan mereka. API persaraan mempunyai ciri-ciri untuk menampung keperluan pesara AS yang mengambil kira Faedah Keselamatan Sosial (SSB), cukai dan matlamat persaraan. Platform pelaburan ini bermula dengan status semasa pengguna dari segi jumlah simpanan dan keperluan gaya hidup. Seterusnya, enjin proprietari ini memberi gambaran keseluruhan kepada pelabur mengenai pelbagai pilihan termasuk strategi-strategi pelaburan yang mungkin sesuai berdasarkan jawapan mereka dalam soal selidik toleransi risiko bersasar.

"Dengan landskap perancangan persaraan yang berubah dengan pesat di Amerika, penting untuk institusi-institusi kewangan menyediakan pengalaman lancar yang dapat membantu individu membuat simpanan dan merancang masa depan mereka," kata Ned Phillips, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Bambu. "Berupaya untuk menawarkan API sebagai pilihan bersama perusahaan dan penyelesaian berlabel putih adalah sangat bermanfaat. Ia membolehkan pelanggan, yang sudahpun mempunyai sumber teknikal, untuk membina platform pengurusan kekayaan dengan lebih pantas menggunakan API kami untuk titik akhir seperti kalkulator matlamat persaraan dan unjuran portfolio."

Bambu mempunyai himpunan lebih 70 API Wealthtech yang direka bentuk untuk menjadikan pengurusan kekayaan mudah buat syarikat-syarikat yang ingin mewujudkan platform penasihat-robo mereka. Ini boleh dikategorikan mengikut perancangan kewangan, data negara dan dana, pembelajaran mesin, peruntukan transaksi dan pemantauan prestasi. Bambu menyediakan API pengurusan kekayaan berasaskan matlamat yang sudahpun tersedia; tiada persediaan diperlukan.

Latar Belakang Vestwell 

Vestwell ialah platform penyimpanan rekod digital yang membawa industri 401(k) dan 403(b) menuju era Teknologi Kewangan (Fintech) moden. Kami telah merangka semula penawaran persaraan tempat kerja dari peringkat asas dan membina enjin untuk memperkasa industri $30T ini. Platform kami yang boleh disesuaikan, seni bina terbuka dan berlabel putih menjadi lanjutan semula jadi bagi perkhidmatan kewangan dan rakan kongsi senarai gaji sekali gus menghapuskan konflik tradisional yang mengganggu penyimpanan rekod legasi. Hasilnya ialah pengalaman lebih baik yang lebih mudah, lebih cekap dan menyeluruh buat semua, disampaikan dengan kos yang kecil. Ketahui lebih lanjut di Vestwell.com dan di Twitter @Vestwell.

Latar Belakang Bambu 

Bambu ialah penyedia teknologi kekayaan digital global yang terkemuka untuk institusi-institusi kewangan. Kami membolehkan syarikat-syarikat untuk membuat simpanan dan melabur dengan mudah dan pintar buat pelanggan mereka. Platform berasaskan awan ini dikuasakan oleh algoritma proprietari dan alat pembelajaran mesin kami. Syarikat ini menawarkan perkhidmatan kepada kira-kira 300,000 pengguna akhir di platform ini dalam 10 negara. PEAK6 Investments dan Franklin Templeton membiayai Bambu. Ditubuhkan pada tahun 2016, Bambu beribu pejabat di Singapura dengan subsidiarinya di United Kingdom serta Amerika Syarikat dan wakil-wakil EMEA. Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://bambu.co/ atau ikuti kami di LinkedIn dan Twitter.

Source: Bambu
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Workforce Management/Human Resources Licensing/marketing agreements