omniture

Steiner Leisure Menetapkan Standard Emas dengan Bahagian Perundingan Spa Baharu

Steiner Spa Consulting
2013-05-02 10:54 139

HONG KONG, 2 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Steiner Leisure Ltd., syarikat spa terbesar di dunia, telah mengumumkan pembentukan bahagian perundingan spa. Steiner Spa Consulting (SSC), yang akan diketuai bersama oleh Jeff Matthews dan Bruce Pine, akan mempunyai sebuah pasukan global yang terdiri daripada 40 orang pakar sepenuh masa dalam operasi perniagaan, pendidikan dan spa yang mendapat faedah daripada pengalamannya dalam membangunkan dan menguruskan lebih 200 buah spa pemenang anugerah yang berjaya.

(Photo: http://www.prnasia.com/sa/2013/04/26/20130426203020649676.html )

"Kami adalah satu-satunya khidmat rundingan spa hari ini yang menawarkan keseluruhan kepakaran dan sumber terperinci yang diperlukan untuk melaksanakan impian spa hotel," kata presiden bersama SSC, Jeff Matthews. Pada masa di mana spa-spa makin didesak untuk menghasilkan pulangan atas pelaburan (ROI), reputasi Steiner dalam membangunkan spa yang menjana keuntungan dan berprestasi tinggi meletakkannya di tahap yang berbeza. SSC telah mengumpulkan satu sumber untuk amalan perniagaan yang rapi, sistem operasi yang dijamin berjaya, program latihan dan kajian kes. Skop perkhidmatannya termasuklah Konsep & Rekaan, Bantuan & Nasihat Pembinaan, Pengambilan Pekerja & Latihan, Perancangan & Bantuan Pra-pembukaan sehinggalah ke Sokongan Selepas Pembukaan & Pengurusan Operasi Berterusan.

Bagi mengukuhkan kelengkapan perniagaannya, SSC sedang membangunkan Indeks Steiner, sebuah alat peramal bagi menilai daya maju projek-projek spa, yang bakal disediakan sebagai sumber untuk seluruh industri dalam bulan Jun 2013.

Tambahan lagi, portfolio Steiner Leisure yang mengandungi jenama-jenama spa dan produk yang mengagumkan dan terkemuka seluruh dunia, termasuklah Mandara, Elemis, Bliss dan Chavana menarik minat pengendali hotel, pembangun dan pelabur yang mahu menggunakan kelebihan yang didapati daripada tarikan, ekuiti dan potensi runcit jenama-jenama itu. Namun begitu, SSC tidak akan terhad pada penggunaan jenama-jenama ini sahaja. "Kami mengalu-alukan jenama-jenama lain bagi memastikan kami memberi penyelesaian terbaik untuk apa-apa senario spa, serta mencipta sebuah konsep spa daripada mula jika itu yang dipertanggungjawabkan kepada kami." kata presiden bersama SSC Bruce Pine.

SSC juga bakal menggunakan sumber latihan daripada Kumpulan Pendidikan Steiner (SEG), peneraju industri untuk pendidikan terapi urutan dan penjagaan kulit. Rangkaian SEG menyeluruh yang meliputi pusat-pusat pendidikan seluruh dunia telah melatih pakar penjagaan kesihatan profesional selama lebih 30 tahun dan seramai 5,000 pakar urutan dan penjagaan kulit tamat belajar dari sana setiap tahun.

"Steiner adalah sebuah penjana idea spa global dengan reputasi hebat dalam industri dengan jenama spa mereka yang kukuh, rangkaian produk yang mengutamakan hasil, operasi spa yang menguntungkan, dan kepimpinan mereka dalam latihan dan pendidikan spa. Dengan meletakkan kepakaran mereka yang pelbagai dalam perkhidmatan rundingan, mereka menjadi sumber yang bernilai untuk sesiapa yang memerlukan sokongan spa daripada pembangunan ke rekaan hinggalah ke operasi," kata Jeremy McCarthy, Pengarah, Global Spa Development and Operations Starwood.

Mengenai Steiner Leisure

Steiner Leisure Limited adalah sebuah penyedia global untuk perkhidmatan spa, perkhidmatan medi-spa, pengeluar dan pengedar produk penjagaan kulit, badan dan rambut yang premium dan sebuah pendidik berakreditasi yang mengajar para pelajar kemahiran yang diperlukan untuk menjadi seorang pekerja profesional spa, termasuk urutan, penjagaan kulit dan pengurusan spa. Bahagian Spa Maritim dan Resort kami beroperasi di lebih 200 tempat di darat dan lautan.

Jenama produk Steiner termasuk produk penjagaann kulit, kesihatan dan rambut Bliss, Elemis, Jou, La Therapie, Mandara dan Steiner. Semua produk ini diedarkan melalui spa siang, resort, dan spa di laut yang dikendalikan oleh Steiner. Elemis juga diedarkan ke lebih 1200 spa pihak ketiga dan kedua-dua Bliss serta Elemis diedarkan melalui cawangan-cawangan runcit seluruh dunia.

Kumpulan Pendidikan Steiner mengendalikan sekolah-sekolah di 17 buah kampus yang terletak di Arizona, Colorado, Connecticut, Florida, Maryland, Nevada, Pennsylvania, Utah dan Virginia. Di samping menawarkan kursus-kursus terapi urutan dan, dalam sesetengah kes, penjagaan kulit, sekolah-sekolah ini melatih dan memberi kelulusan pada pekerja profesional spa untuk jawatan-jawatan kesihatan dan kecantikan dalam keluarga syarikat Steiner atau entiti industri lain.

Ideal Image adalah ahli kumpulan spa Steiner yang terbaharu. Dengan lebih 70 buah kemudahan di AS, Ideal Image adalah spa terbesar bagi pembuangan bulu roma dengan laser, dan ini membuatkan prosedur pembuanganan bulu roma dengan laser lebih mudah didapati oleh lebih ramai lelaki dan wanita.

Hubungan Media:  
CatchOn Marketing Communications
Connie Fan
E: Connie.Fan@CatchOnCo.com
T: +852-2807-0037

Source: Steiner Spa Consulting
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services