--Alliance Menetapkan Piawaian bagi Memudahkan Komunikasi Data
NEW YORK, 2 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Beberapa buah firma besar ekuiti persendirian telah membentuk sebuah gabungan industri global yang dikenali sebagai AltExchange Alliance. AltExchange Alliance berbesar hati mengumumkan ketersediaan piawaian lengkap format data yang pertama bagi industri ekuiti persendirian. Format selaras yang ditetapkan oleh piawaian baharu ini akan mengubah cara rakan kongsi awam, rakan kongsi terhad, pentadbir dana kepada dana dan pentadbir dana berkongsi, mengagregat dan menganalisa data.
"Masalah yang dihadapi oleh industri ini bertahun-tahun lamanya adalah kebolehan untuk memproses volum data yang semakin meningkat dengan berkesan," komen Johnny Randel, Ketua Pegawai Kewangan (CFO) StepStone dan Ahli Pengasas AltExchange. "Firma-firma telah menghabiskan banyak masa dan sumber untuk memasukkan dan menyeragamkan semula maklumat dan mempunyai kurang masa untuk menganalisa data. Dengan pelaksanaan pemindahan data automatik dan persetujuan mengenai piawaian data yang ditetapkan oleh industri akan dapat menangani ketidakcekapan yang signifikan ini."
Organisasi-organisasi dari seluruh dunia merupakan ahli AltExchange. Ahli Alliance telah berkolaborasi untuk membuat takrifan terperinci format data, membolehkan pelabur untuk menstrimkan aliran kerja mereka dan menganalisa data dengan lebih mudah disamping mengurangkan beban tugas pengurus dana untuk memenuhi permintaan individu bagi laporan yang disusun khas.
"Kami sering diminta untuk menyediakan pelbagai peringkat maklumat kepada para pelabur kami," kata Ed Brandman, Ketua Pegawai Maklumat KKR dan Ahli Pengasas AltExchange. "Dengan menggunakan piawaian industri, kami boleh menggunakan satu format tunggal untuk semua pihak-pihak yang berkepentingan, membolehkan kami menyediakan perkhidmatan yang lebih cekap dan tepat kepada para pelabur kami. Kami menggalakkan para pelabur kami menyertai Alliance."
Piawaian data ini menggunakan taksonomi XML yang direka khas, sebuah piawaian terbuka, dan menggabungkan banyak elemen yang berkaitan termasuk portfolio syarikat kewangan, organisasi dan perhubungan pelabur, maklumat dana, aliran tunai, akaun modal dan banyak lagi.
Satu aspek unik piawaian data AltExchange ialah kewujudan platform pengesahan yang berkaitan. Firma-firma yang menggunakan piawaian AltExchange boleh menghantar fail data kepada enjin pengesahan bagi mendapatkan pensijilan sebelum data tersebut diedarkan atau digunakan. Ia dapat memastikan apabila sesuatu fail diterima, ia boleh digunakan oleh penerima dengan penuh keyakinan.
George Georgiou, Ketua Pegawai Operasi (COO) Capital Dynamics, Pengurus Aset Persendirian Global dan Ahli Pengasas AltExchange memberi komen: "Kami rasa gembira dapat menyertai AltExchange dan menjadi barisan hadapan usaha antarabangsa ini dalam menakrifkan piawaian industri, membantu mengautomasikan aliran data dan meningkatkan ketelusan maklumat dalam ekuiti persendirian – dan AltExchange komited dalam memberikan hasil operasi yang nyata."
Mengenai AltExchange
AltExchange adalah sebuah gabungan industri yang bukan berasaskan keuntungan bagi firma-firma dalam pasaran ekuiti persendirian. Diasaskan pada April 2013 dengan berbilang ahli organisasi dari seluruh dunia, gabungan ini menakrif, mengekal dan mempromosi satu piawaian data yang selaras bagi perpindahan data di antara peserta-peserta pasaran. Untuk maklumat lanjut mengenai AltExchange Alliance, piawaian data, ahli semasa dan bagaimana menjadi ahli, sila lawati www.altexchange.com.
Pertanyaan Akhbar
info@altexchange.com
+1-212-549-9909