omniture

Adyen memperluas penawaran pemerolehannya kepada Emiriah Arab Bersatu

Adyen
2021-06-02 19:26 3

- Adyen melancarkan penyelesaian pemerolehannya di UAE bagi membantu perniagaan mencapai kadar kelulusan yang lebih tinggi, pengalaman pelanggan yang lebih baik dan perdagangan yang disatukan sepenuhnya demi menyokong ekonomi digital yang berkembang maju di rantau ini.

- Platform terkemuka ini memperkasakan banyak jenama terbesar di dunia seperti Microsoft, Facebook, L'Oréal, Spotify dan Uber serta semakin berkembang di rantau ini dengan portfolio jenama terkenal yang kukuh – termasuk Foodics, Fabergé dan HMSHost International.

DUBAI, UAE, 2 Jun 2021 /PRNewswire/ -- ADYEN (AMS:ADYEN), platform pembayaran pilihan bagi kebanyakan syarikat terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan perluasan perkhidmatan pemerolehan tempatan yang merangkumi Emiriah Arab Bersatu (UAE), menggambarkan komitmennya terhadap rantau Timur Tengah. Dengan keupayaan pemerolehan di UAE, Adyen menyediakan kedua-dua perniagaan domestik dan antarabangsa dengan penyelesaian pembayaran yang lebih baik, yang membolehkan kadar kelulusan yang lebih tinggi dan aliran pembeli yang lebih baik serta lancar. Antara pedagang pertama yang meraih manfaat daripada tawaran pemerolehan Adyen ialah Foodics, Fabergé dan HMSHost International.

Di UAE, Adyen menyokong perniagaan dengan rangkaian produk dan ciri yang sama seperti di rantau lain, termasuk penyelesaian anti-penipuan bersepadu sepenuhnya dan set alat pengoptimuman pendapatan. Meliputi keseluruhan aliran pembayaran melalui platform tunggal untuk transaksi dalam talian, di kedai dan dalam aplikasi, pemerolehan tempatan Adyen membantu para pedagang membina pengalaman pembayaran yang lancar kepada para pembeli.

"Pelancaran penyelesaian pemerolehan UAE ini membolehkan kami menawarkan penyelesaian tempatan yang selama ini dicari oleh para pedagang. Kami bersedia mengurangkan masalah yang sedang dihadapi oleh para pedagang dalam pasaran UAE," ujar Sander Maertens, Ketua Adyen di Timur Tengah. "Kami berharap dapat memberikan akses penyelesaian pemerolehan yang unggul kepada para pedagang yang berupaya menyediakan perkhidmatan pembayaran yang kekal kental pada masa depan dan mendorong hasil yang lebih tinggi apabila kita memberi mereka akses kepada keupayaan penuh platform Ayden."

"Cita-cita kami adalah untuk mewujudkan pengalaman yang positif kepada orang ramai di mana-mana sahaja, tanpa mengira tempat," kata Dennis Hoogreef, Naib Presiden IT dan Prasarana HMSHost International. "Adyen mempunyai keupayaan untuk berinovasi secara pantas dari segi teknologi, memberi kami peluang untuk menawarkan pengalaman pelanggan yang lancar meliputi seluruh pasaran operasi kami. Ini amat penting kepada syarikat kami yang mempunyai operasi global di seluruh pasaran tempatan dan antarabangsa. Kami teruja menjadi salah satu syarikat pertama yang menggunakan khidmat Adyen di UAE."

Di UAE, Adyen ialah penyedia pembayaran pertama dan satu-satunya yang menawarkan penyelesaian perdagangan bersepadu melalui platform tunggal. Dengan sambungan proses pembayaran menggunakan kad secara langsung kepada Visa dan Mastercard, transaksi akan diproses secara setempat di UAE melalui platform Adyen. Kaedah pembayaran lain yang disokong termasuk American Express, UnionPay International, Diners, Discover, JCB, WeChat dan AliPay.

Kemasukan Adyen ke UAE disokong menerusi kerjasama dengan Network International, pendaya perdagangan digital yang terkemuka di seluruh rantau Timur Tengah dan Afrika (MEA). Network International akan menyokong Adyen dengan perkhidmatan penajaan skim bagi pembelian melalui Visa dan Mastercard.

Tentang Adyen
Adyen (AMS: ADYEN) ialah platform pembayaran pilihan bagi kebanyakan syarikat terkemuka di dunia yang menyediakan infrastruktur serba lengkap lagi moden dan dihubungkan terus kepada Visa, Mastercard serta kaedah pembayaran pilihan pengguna secara global. Adyen menyediakan pembayaran tanpa geseran di seluruh saluran dalam talian, mudah alih dan di kedai. Dengan pejabat yang terletak di seluruh dunia, Adyen memberikan perkhidmatan kepada pelbagai pelanggan termasuk Facebook, Uber, Spotify, Casper, Bonobos dan L'Oréal. Pelancaran pemerolehan Adyen di Emiriah Arab Bersatu dan kerjasama dengan Foodics, Fabergé dan HMSHost International seperti yang dijelaskan dalam berita ini menggariskan perkembangan dan pertumbuhan berterusan Adyen yang seiring dengan para pedagang semasa dan baharu sebagai sebahagian daripada hala tuju urusan perniagaan yang lazim. Ibu pejabat Timur Tengah Adyen terletak di Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai (DIFC).

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1490851/Logo__Adyen_green_RGB_Logo.jpg?p=medium600

Source: Adyen
Related Stocks:
EuronextAmsterdam:ADYEN OTC:ADYEY
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Corporate Expansion