omniture

The Body Shop Mengumumkan Komitmen untuk menjadi Syarikat Diperakui 100% Vegan menjelang tahun 2023 dan melancarkan skim pengisian semula

The Body Shop
2021-06-02 19:27 94

Syarikat kecantikan aktivis itu bakal menjadi jenama kecantikan global pertama yang akan memperoleh perakuan bagi 100% formulasi produknya oleh The Vegan Society dalam tempoh dua tahun akan datang 

LONDON, 2 Jun 2021 /PRNewswire/ -- The Body Shop hari ini mengumumkan bahawa menjelang akhir tahun 2023, keseluruhan portfolio formulasi produknya* akan diperakui oleh The Vegan Society dan mempunyai Vegan Trademark. The Body Shop juga merupakan syarikat kosmetik pertama yang melancarkan kempen menentang pengujian terhadap haiwan dalam kosmetik pada tahun 1989, yang mempunyai kepercayaan asas bahawa haiwan tidak sepatutnya dicederakan dalam usaha mengejar kecantikan.

The new refill stations in The Body Shop, rolling out globally across 500 stores in 2021 and a further 300 stores in 2022
The new refill stations in The Body Shop, rolling out globally across 500 stores in 2021 and a further 300 stores in 2022

The Vegan Society mewakili standard emas global dalam pensijilan vegan dan mengambil pendekatan yang amat teliti bagi mendapatkan pensijilan dengan melakukan pemeriksaan terhadap setiap pembekal dan pengeluar bahan mentah. Bagi The Body Shop, usaha itu meliputi lebih 3,700 bahan mentah. Pada masa ini, 60% daripada produk The Body Shop adalah vegan.

Syarikat itu juga mengumumkan bahawa ia akan melancarkan stesen-stesen pengisian semula dengan pantas di 500 buah kedai di seluruh dunia pada tahun ini, dan seterusnya 300 buah kedai pada tahun 2022.  The Body Shop juga akan melanjutkan skim kitar semula di kedai Pulangkan, Kitar Semula dan Ulang di seluruh 800 buah kedai dalam 14 pasaran, menjelang akhir tahun 2021.

Lionel Thoreau, Pengarah Jenama Global The Body Shop berkata: "Menjadikan produk kami 100% vegan merupakan langkah semula jadi yang seterusnya bagi kami dan kecantikan vegan merupakan langkah selanjutnya yang penting dalam usaha kelestarian dan pemeliharaan alam sekitar kami. Usaha ini, bersama-sama dengan program kitar semula global dan program kitar semula di kedai menjadikan The Body Shop sebuah destinasi bagi pelanggan yang mempunyai pemikiran beretika".

Chantelle Adkins, Pengarah Pembangunan Perniagaan di The Vegan Society mengulas: "Cita-cita The Body Shop untuk mendapat pensijilan 100% Vegan Trademark bagi kesemua portfolio formulasi yang besar ini menunjukkan komitmen mereka yang tidak berbelah bagi untuk menyampaikan hasil terbaik dalam produk yang berkesan dan sangat mesra alam sekitar."

Mengulas tentang inisiatif pengisian semula, Thoreau menambah, "Kami berhasrat agar pengisian semula menjadi aktiviti arus perdana yang mudah dan boleh diakses oleh semua orang. Ini merupakan langkah pertama dalam perancangan 5 tahun kami bagi melancarkan stesen pengisian semula di seluruh dunia". 

* Menjelang Disember 2023, kami berazam untuk memastikan semua formula produk kami diperakui oleh The Vegan Society. Terdapat kemungkinan bahawa formulasi lama yang belum diperakui oleh The Vegan Society masih berada di pasaran pada masa itu kerana produk-produk tersebut sedang dijual di kedai. 

The Body Shop International 

The Vegan Society 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1523091/the_body_shop_refill_stations.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1523089/the_body_shop_vegan_society.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1523090/the_body_shop_refills.jpg?p=medium600

 

By 2023, all product formulations sold by The Body Shop will hold The Vegan Society trademark, the global gold standard in vegan certification
By 2023, all product formulations sold by The Body Shop will hold The Vegan Society trademark, the global gold standard in vegan certification

 

The Body Shop refills will begin with shower gels, shampoos, conditioners and hand washes, allowing each individual to prevent up to 32 plastic bottles going to waste each year. Collectively this adds up to 25 tonnes of plastic saved in the first year alone.
The Body Shop refills will begin with shower gels, shampoos, conditioners and hand washes, allowing each individual to prevent up to 32 plastic bottles going to waste each year. Collectively this adds up to 25 tonnes of plastic saved in the first year alone.

 

 

Source: The Body Shop
Keywords: Environmental Products & Services Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Animal Welfare Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility