omniture

Locus memperoleh dana sebanyak $50 juta dalam pembiayaan Siri C yang diketuai oleh GIC dengan penyertaan daripada Qualcomm Ventures dan para pelabur sedia ada

Locus
2021-06-02 19:30 100

- Locus menggunakan dana untuk memfokuskan inovasi, pengembangan geografi, dan penskalaan pasukan

SAN FRANCISCO, 2 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Locus, sebuah platform yang tersedia untuk masa depan yang mengautomasikan keputusan rantaian bekalan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengumpulkan dana dalam pembiayaan Siri C bernilai $50 juta yang diterajui oleh GIC, dana kekayaan berdaulat Singapura, dengan penyertaan daripada Qualcomm Ventures LLC dan pelabur sedia ada, Tiger Global and Falcon Edge. Para pelabur terkenal, Amrish Rau, Ketua Pegawai Eksekutif Pine Labs, Kunal Shah, Ketua Pegawai Eksekutif Cred, Raju Reddy, Pengasas Sierra Atlantic dan Deb Deep Sengupta, mantan Presiden & MD, SAP South Asia, turut mengambil bahagian dalam pusingan ini.

Locus akan memanfaatkan dana ini untuk meningkatkan jangkauan geografi dan membangunkan pasukan penyelidikan dan pembangunan untuk mengembangkan barisan produk.

"Modal serta pelabur yang berkualiti membolehkan kami memberi tumpuan kepada R&D yang berjaya, membantu kami menyampaikan nilai jangka panjang yang luar biasa kepada pelanggan kami, melalui peningkatan penambahbaikan. Kami akan merekrut lebih ramai golongan PhD dalam pasukan sains data kami dan berusaha untuk menggandakan paten kami menjelang 2022," kata Nishith Rastogi, Ketua Pegawai Eksekutif Locus.

Locus menggunakan pembelajaran mesin yang mendalam dan algoritma proprietari untuk menawarkan penyelesaian rantaian bekalan pintar kepada pelanggan. Penyelesaian berskala syarikat telah menghasilkan penjimatan sebanyak $150 juta+ dalam kos logistik, pengurangan jarak sebanyak 70 juta+ kilometer dalam perjalanan, dan pengurangan pelepasan GHG sebanyak 17 juta+ kilogram untuk pelanggan di pelbagai sektor seperti e-dagang, runcit, e-runcit, CPG/FMCG, perkhidmatan di rumah, penghantaran ke rumah, 3PL, pengangkutan dan pengedaran B2B.

Locus bekerjasama dengan pelanggan terkemuka di seluruh Amerika Utara, Asia Tenggara, Eropah dan benua India. Ia mempunyai pejabat di Amerika Syarikat, UK, India, Singapura, Indonesia, Vietnam dan Jerman.

Locus telah berkembang maju di benua Amerika dan meningkatkan kepemimpinan dengan veteran industri seperti Walter Heil, Naib Presiden Kanan, Business (Americas) dan Michael D. Parmett, Naib Presiden, Customer Success. Heil pernah bekerja di Project44 dan BluJay, manakala Parmett merupakan sebahagian daripada 3GTMS dan Manhattan Associates. 

"Pada ketika ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kerana mempercayai kami dan menjadi rakan kongsi dalam inovasi. Kami amat berbesar hati untuk mengetahui bahawa kami telah menambah nilai kepada rantaian bekalan dan operasi logistik anda. Kami kini sedang berusaha untuk menyokong pelanggan kami dengan jejak global. Selain daripada kawasan geografi yang kami telah ceburi, kami juga melabur dengan banyak di Amerika Latin dan secara agresif membina kehadiran kami di sana," tambah Rastogi. "Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan Locus atas usaha yang mereka sumbangkan setiap hari. Saya berharap kita boleh menunjukkan penghargaan kita dengan mewujudkan kekayaan yang besar untuk semua usaha mereka."

"Suite produk pintar Locus mengoptimumkan kecekapan rantaian bekalan dengan menggunakan pembelajaran mesin untuk memberikan penjejakan dan pemahaman masa nyata tentang pemenuhan keperluan terakhir," kata Varsha Tagare, Sr. Pengarah, Qualcomm Technologies, Inc., dan Pengarah Urusan Qualcomm Ventures. "Kami teruja untuk melabur dalam Locus bagi membolehkan logistik sebagai perkhidmatan dan menyokong perjalanan mereka untuk menjadi peneraju automasi keperluan terakhir di peringkat global."

Syarikat tersebut sebelum ini telah berjaya mengumpulkan dana sebanyak $30 juta dalam beberapa pusingan.

Tentang Locus:

Locus ialah platform teknologi yang menggunakan pembelajaran mesin dan algoritma proprietari untuk mengautomasikan keputusan rantaian bekalan yang kompleks. Penyelesaian rantaian bekalan pintarnya menyediakan kebolehlihatan yang menyeluruh dan membolehkan pihak perusahaan meningkatkan kecekapan operasi mereka dengan mengurangkan kos, memperkemaskan pengalaman pelanggan dan mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.

Penyelesaian berskala Locus termasuk pengoptimuman laluan, pengesanan dan analisis masa nyata, pengoptimuman rentak jualan, perancangan wilayah, peruntukan kenderaan dan reka bentuk rangkaian. Platform kami yang tersedia untuk masa hadapan telah menghasilkan penjimatan sebanyak $150 juta dalam kos logistik, pengurangan jarak perjalanan sebanyak 70 juta+ kilometer dan 17 juta kilogram pengurangan pelepasan GHG pada pelanggan seperti Nestle, Mondelez, Unilever, BigBasket, Bluedart, Bukalapak, kumpulan Tata dan banyak lagi.

Syarikat ini membolehkan penghantaran ke seluruh Amerika Utara, Eropah, Asia Tenggara, Timur Tengah, ANZ dan benua India. Sila layari www.locus.sh untuk mengetahui lebih lanjut atau ikuti kami di LinkedIn!

Tentang GIC: 

GIC ialah sebuah firma pelaburan global terkemuka yang ditubuhkan pada 1981 untuk menguruskan rizab asing di Singapura dan menjamin masa depan kewangan Singapura. Pelabur nilai jangka panjang yang berdisiplin, GIC berada pada kedudukan yang unik untuk pelaburan dalam pelbagai kelas aset, termasuk hartanah, ekuiti swasta, ekuiti dan pendapatan tetap. GIC mempunyai pelaburan di lebih 40 buah negara dan telah melabur dalam pasaran baru muncul selama lebih dari dua dekad. Beribu pejabat di Singapura, GIC menggaji lebih daripada 1,700 orang pekerja di 10 buah pejabat di bandar-bandar kewangan utama di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut tentang GIC, sila layari www.gic.com.sg atau ikuti kami di LinkedIn.

Tentang Qualcomm Ventures:

Qualcomm Ventures yang bertindak melalui Qualcomm Ventures LLC atau entiti gabungannya telah membuat pelaburan strategik dalam syarikat teknologi yang berpotensi untuk mengubah dunia kita secara dramatik sejak 2000. Sebagai seorang pelabur global, kami ingin membantu usahawan membina perniagaan revolusi yang membentuk semula dunia di sekeliling kita. Untuk maklumat lanjut, sila layariwww.qualcommventures.com.

Hubungan Media:

Julie Solomon
610.764.1534
jsolomon@nextpr.com

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1197609/Locus_Logo.jpg?p=medium600

Source: Locus
Keywords: Computer/Electronics Transportation Financing agreements Venture Capital