omniture

SKYWORTH berganding bahu dengan AFF Suzuki Cup 2020 untuk perkongsian yang mengujakan

SKYWORTH
2021-06-02 19:34 150

HANOI, Vietnam, 2 Jun 2021 /PRNewswire/ -- SKYWORTH ialah salah satu daripada penaja rasmi AFF Suzuki Cup 2020, dengan hasrat membawakan detik bola sepak yang menggegarkan kepada peminat, dari padang ke skrin besar.

Seperti kebanyakan fanatik sukan di seluruh dunia, SKYWORTH percaya bahawa bola sepak bukan hanya menginspirasi malah menyatukan orang dari pelbagai tempat di dunia. Bekerjasama dengan AFF Suzuki Cup akan membantu mendekatkan SKYWORTH dengan peminat bola sepak di seluruh dunia, sambil menonjolkan aspirasi untuk pertandingan dalam perkongsian yang bermakna. SKYWORTH berharap dapat memanfaatkan inspirasi ini untuk mengatasi keterbatasan teknologi untuk mencipta produk terbaik dan memberikan pengalaman pengguna yang terbaik.

SKYWORTH Teams up with AFF for an explosive Partnership
SKYWORTH Teams up with AFF for an explosive Partnership

Inilah sebabnya pasukan jurutera dan pereka SKYWORTH sentiasa menyelidik dan mencipta cara yang lebih baharu untuk menghasilkan produk yang berkualiti tinggi - sama seperti kerja keras yang diberikan oleh para pemain untuk mencipta detik-detik hebat di padang bola sepak. Sebagai salah satu jenama TV terkemuka di Asia, dan dengan bertahun-tahun pengalaman dalam pembangunan TV, SKYWORTH berbangga dapat melancarkan penawaran terbaharunya: TV SUC7500.

Menerapkan reka bentuk standard dengan banyak ciri moden, SUC7500 menyasarkan generasi muda di Asia Tenggara, yang ghairah dengan teknologi dan sangat meminati bola sepak. Pelancaran baru-baru ini juga berikutan setahun pertumbuhan yang mengagumkan dalam keseluruhan jualan syarikat SKYWORTH.

Berkembang daripada syarikat tempatan di Shenzhen menjadi sebuah syarikat antarabangsa, SKYWORTH kini ialah jenama teknologi yang terkenal di peringkat antarabangsa, yang menyaksikan kejayaan yang besar dalam rantau Asia Tenggara.

Di peringkat antarabangsa, SKYWORTH menyaksikan 33% peningkatan jualan daripada Festival TV Global 408, sementara produk OLED utamanya menyaksikan 67% lonjakan berbanding tahun sebelumnya. Selain itu, harga purata keseluruhan juga meningkat dengan besar sebanyak 13%.

Menerusi bekerjasama dengan AFF Suzuki Cup 2020, SKYWORTH berhasrat dapat membawakan detik-detik bola sepak yang terbaik kepada peminat bola sepak. Sebagai salah satu daripada kejohanan yang paling berprestij, yang mana pemain dan pasukan terus berusaha untuk memperbaiki diri, SKYWORTH mahu menerapkan semangat yang sama tatkala membangunkan produk untuk membawa pengalaman terbaik kepada pengguna.

FB SKYWORTH: https://www.facebook.com/skyworthglobal 
Laman web SKYWORTH: https://www.skyworth.net/SKYWORTH.html 
SKYWORTH – TV Pintar Rasmi AFF Suzuki Cup 2020

Source: SKYWORTH
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Sporting Events Sports Licensing/marketing agreements