omniture

Program Sosial Kanak-kanak Antarabangsa Gazprom iaitu Bola Sepak untuk Persahabatan menyatukan para peserta dari lebih 200 buah negara dan memperoleh gelaran GUINNESS WORLD RECORDS™ kali ketiga

Gazprom International Children’s Social Programme Football for Friendship
2021-06-02 21:33 99

MOSCOW, 2 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Musim Kesembilan Program Sosial Kanak-kanak Antarabangsa Gazprom, Bola Sepak untuk Persahabatan telah tamat. Nilai-nilai utama program ini ialah persahabatan, kesamaan, keadilan, kesihatan, keamanan, kesetiaan, kemenangan, tradisi dan penghormatan. Kanak-kanak perempuan dan lelaki berusia 12-14 tahun dari lebih 200 buah negara telah mengambil bahagian dalam program musim ini.

 

Over 200 countries took part in the Ninth Season of Football for Friendship
Over 200 countries took part in the Ninth Season of Football for Friendship

 

Salah satu ciri khas musim ini ialah Kejuaraan eWorld Bola Sepak untuk Persahabatan 2021 yang dimainkan pada simulator bola sepak berbilang pengguna Bola Sepak untuk Persahabatan Sedunia. Aplikasi tersebut telah dilancarkan pada bulan Disember 2020 dan boleh didapati secara percuma dalam 27 bahasa pada pelbagai platform. Kejuaraan eWorld F4F telah ditandingi oleh gabungan pasukan antarabangsa berlandaskan prinsip Bola Sepak untuk Persahabatan. Pasukan Argali yang diwakili oleh pemain dari Aruba, Belize, Guatemala, Costa Rica dan Mexico merupakan pemenang dalam pertandingan akhir kejuaraan tersebut.

Sebagai menghargai usaha mereka dalam Pusat Akhbar Kanak-kanak Antarabangsa, Wartawan Muda dari Bangladesh, Bolivia, Hungary dan Amerika Syarikat telah dinobatkan sebagai "Wartawan terbaik". Jurulatih dan Pemain Muda dari lebih 350 buah akademi bola sepak dan sekolah sukan menyertai aktiviti sukan program ini serta projek alam sekitar dan pendidikan. Anugerah Bola Sepak untuk Persahabatan Antarabangsa telah dimenangi oleh akademi bola sepak Afghanistan, India, Sri Lanka dan Togo kerana projek-projek sosial mereka.

Dalam acara akhir musim kesembilan ini, para peserta telah memperoleh gelaran GUINNESS WORLD RECORDS™ F4F kali ketiga untuk pengguna paling banyak mengunjungi stadium maya. Program ini telah pun memperoleh dua gelaran GUINNESS WORLD RECORDS™.  

Viktor Zubkov, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Gazprom: "Saya gembira kerana Bola Sepak untuk Persahabatan memperoleh lebih ramai rakan dan penyokong di seluruh dunia - bukan sahaja dalam kalangan kanak-kanak malah ibu bapa, kelab bola sepak dan akademi mereka juga. Gazprom melaksanakan inisiatif sosial dalam pelbagai bidang termasuk sukan. Menurut pandangan saya, Bola Sepak untuk Persahabatan merupakan salah satu projek sosial antarabangsa yang paling diperlukan dan penting, terutamanya pada hari ini."

Tentang Bola Sepak untuk Persahabatan 

Program Sosial Kanak-kanak Antarabangsa, Bola Sepak untuk Persahabatan telah wujud sejak tahun 2013. Ia dianjurkan oleh Gazprom. Sepanjang sembilan musim sebelum ini, lebih 16,000 orang kanak-kanak dan remaja dari 211 buah negara dan wilayah telah mengambil bahagian dalam program ini. Lebih 6,000,000 orang menyokong projek ini.

Foto- https://mma.prnasia.com/media2/1522829/gazprom.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1502205/F4F_Gazprom_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Gazprom International Children’s Social Programme Football for Friendship
Keywords: Entertainment Publishing/Information Service Sporting Events Sports Awards Children-related news