omniture

Songtradr Mengambil Alih Agensi Muzik Kreatif Global MassiveMusic

Songtradr
2021-06-02 23:00 93

Urus niaga ini menyatukan teknologi pelesenan muzik canggih dengan penciptaan muzik dan strategi khas yang terbaik untuk jenama dan agensi

LOS ANGELES, 2 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Songtradr, pasaran pelesenan muzik B2B terbesar di dunia, hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengambil alih MassiveMusic, sebuah agensi muzik kreatif global terkemuka yang membantu jenama paling terkenal di dunia menjadi lebih strategik dan berkesan dengan kuasa emosi muzik dan bunyi-bunyian.

Pengambilalihan MassiveMusic berlaku pada masa yang penting dalam industri dengan peningkatan teknologi dan saluran kandungan yang bermaksud bahawa bilangan lokasi dengan pengalaman bunyi-bunyian jenama telah meningkat secara dramatik. Peningkatan mendadak dalam penciptaan kandungan meliputi pelbagai format media menyaksikan saiz industri muzik dijangka mencecah $131 bilion menjelang tahun 2030. Para pemasar amat perlu untuk bergerak pantas dan mewujudkan kesan maksimum yang mendorong kesegeraan untuk mengoptimumkan kuasa muzik. Penggabungan muzik yang tiada tandingan untuk jejak jenama MassiveMusic dengan teknologi dan produk muzik B2B bermaklumat data Songtradr mencipta satu-satunya penyelesaian muzik didayakan teknologi yang lengkap untuk jenama dalam era digital ini. 

"MassiveMusic telah membina reputasi yang menonjol dalam penyelesaian muzik yang berani, hebat dan kreatif untuk jenama selama lebih 20 tahun yang lalu," kata Paul Wiltshire, Ketua Pegawai Eksekutif Songtradr. "Kerumitan industri muzik B2B telah menjadikannya mencabar untuk mengguna pakai dan memanfaatkan teknologi sepenuhnya yang mengehadkannya daripada mengalami pertumbuhan yang sama dengan industri muzik pengguna. Menggabungkan syarikat dan kecekapan kami bersama-sama mewujudkan skala dan kepercayaan untuk membolehkan transformasi sebenar industri muzik B2B dan membuka potensi pertumbuhan yang signifikan."

Agensi muzik kreatif terkemuka di dunia, MassiveMusic mempunyai kira-kira 85 orang pekerja dengan pejabat di Amsterdam, Berlin, London, New York, Los Angeles dan Tokyo. Syarikat ini mencipta dan menyusun muzik bertaraf dunia, penyelesaian penjenamaan sonik strategik dan pengurusan muzik untuk jenama global seperti Nike, Heineken, Apple dan UEFA. Pada tahun ini, MassiveMusic melancarkan alat penjenamaan sonik dipacu data yang pertama di dunia: MassiveBASS iaitu sebuah platform revolusi yang menggabungkan seni dan sains serta meramalkan kejayaan dalam ingatan, keunikan dan hubungan dengan keperibadian jenama. MassiveMusic juga telah memenangi pelbagai anugerah industri seperti Cannes Gold Lion, D&AD, CLIO, Transform dan banyak lagi. MassiveMusic telah menyaksikan pertumbuhan yang mengagumkan sepanjang tahun lalu dengan pertumbuhan pendapatan sebanyak dua digit pada tahun 2020 berbanding tahun 2019 walaupun dibayangi dengan pandemik COVID-19.

"Kami di MassiveMusic berasa amat teruja dapat bergabung tenaga dengan Songtradr. Perkhidmatan kami saling melengkapi antara satu sama lain yang membolehkan kami mempertingkatkan lagi perkhidmatan yang kami sediakan kepada para pelanggan kami. Semua jenama global dan agensi kreatif berbakat yang bekerjasama dengan kami dapat memperoleh keuntungan daripada cadangan unik yang terhasil melalui penggabungan syarikat teknologi pelesenan muzik B2B terbesar di dunia dengan agensi muzik kreatif global terkemuka ini," kata Hans Brouwer, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MassiveMusic. "Perkara yang paling menggembirakan saya ialah tentang cara visi, cita-cita dan budaya kami diselaraskan. Bermula daripada pertemuan pertama dan seterusnya, perkongsian kami terasa seolah-olah kami sudah lama berada di dalam sebuah kumpulan. Kami berharap dapat membantu pelanggan global kami berkembang: Lebih Gigih, Lebih Baik, Lebih Cepat, Lebih Kuat, izinkan saya memetik lirik lagu revolusioner, Daft Punk."

Dengan lebih 300,000 runut muzik yang dilesenkan melalui ekosistem mereka dan lebih daripada 1.5 juta runut muzik pada platform mereka, Songtradr telah menjadi platform pelesenan muzik terbesar dalam masa kurang dari lima tahun. Pada 2019 ia telah mengambil alih Big Sync Music dan sejak itu terus mengambil alih Cuesongs, Song Zu, Pretzel, Tunefind dan membuat pelaburan dalam syarikat data muzik yang disenaraikan di ASX iaitu Jaxsta.

MassiveMusic akan mengetuai Bahagian Perkhidmatan Muzik B2B Songtradr Group yang membolehkan jenama dan agensi meningkatkan impak pemasaran mereka secara dramatik dan menyelesaikan semua keperluan muzik mereka pada satu tempat. Daripada artis, pelesenan muzik, komposisi muzik yang digubah khas dan penjenamaan sonik hinggalah kepada pemahaman teknologi, data dan masa nyata, pemasar boleh menjadi lebih cekap dan memberi impak.

TENTANG SONGTRADR:
Songtradr  ialah pasaran pelesenan muzik B2B terbesar di dunia yang menyediakan pencipta muzik dan pemilik hak cipta dengan penyelesaian lengkap yang didayakan teknologi untuk menguruskan hak cipta dan pengewangan di samping menyediakan pengguna muzik B2B seperti jenama, pengiklan, pembuat filem, rangkaian langganan video atas permintaan (SVOD) dan syarikat penyiaran, permainan, penstriman dan platform media sosial dengan akses muzik yang dipandu AI serta berkecekapan tinggi.

TENTANG MASSIVEMUSIC:
MassiveMusic  ialah agensi rakaman untuk beberapa jenama yang paling terkenal di dunia. Sebagai rakan kongsi yang dipercayai, MassiveMusic menyediakan segala yang diperlukan oleh jenama dalam bidang muzik, suara dan bunyi-bunyian. Strategi yang memberi impak, identiti jenama sonik dan komposisi terbaik – agensi ini menciptanya dan banyak lagi hasil daripada minat yang mendalam terhadap muzik yang digabungkan dengan kesenian dan penyelidikan saintifik. Matlamat utama? Untuk menjadikan dunia bunyi-bunyian yang lebih baik, sambil membantu jenama dan agensi menjadi lebih berkesan melalui kuasa emosi bunyi-bunyian. Pencipta dan pemikir strategik terbaik di sebalik MassiveMusic berada di pejabat dan studio di seluruh dunia. Khabar angin menyatakan mereka juga menganjurkan parti secara besar-besaran dari semasa ke semasa.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1085219/Songtradr_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: Songtradr
Keywords: Entertainment Music Acquisitions, mergers, takeovers