omniture

Xpress Money Menerobos Myanmar

Xpress Money
2013-05-03 02:35 243

YANGON, Myanmar, 3 Mei 2013 /PRNewswire/ --

~ Menjadi Jenama Pemindahan Wang Global kedua memasuki negara itu ~

Xpress Money, jenama khidmat pemindahan wang paling diyakini di dunia, mengumumkan kemasukannya ke Myanmar dengan menjalinkan hubungan kerjasama dengan dua bank utama, Small and Medium Industrial Development Bank (SMIDB) dan Myanmar Citizens Bank (MCB). Perkhidmatan Xpress Money akan disediakan di hampir 120 lokasi di Myanmar, menyatukan rangkaian cawangan SMIDB, MDB dan bank-bank lain yang berkaitan. Jenama ini merancang untuk memperluaskan rangkaiannya kepada 150 lokasi tambahan menjelang hujung tahun 2013.

Dengan hampir 3 juta orang penghijrah Myanmar yang bekerja di luar negara, negara itu menerima kiriman wang yang banyak setiap tahun. Pelancaran Xpress Money di Myanmar memperluaskan tapak industri pengiriman wang yang baru mula bercambah di sana dan akan mempunyai impak positif kepada pertumbuhan ekonominya secara keseluruhan. Xpress Money akan menawarkan dua perkhidmatan kiriman wang masuknya yang paling popular dan mudah: Tunai kepada Tunai dan Tunai kepada Akaun, di Myanmar.

En. Sudhesh Giriyan, Naib Presiden dan Ketua Perniagaan Xpress Money, berkata, "Kami dengan sukacitanya melancarkan perkhidmatan kami di Myanmar melalui hubungan kerjasama kami dengan institusi kewangan yang terkemuka seperti SMIDB dan MCB. Para pelanggan kini mempunyai lebih banyak pilihan perkhidmatan pemindahan wang. Myanmar sememangnya adalah pasaran kiriman wang yang semakin menonjol dan kami nampak ada begitu banyak potensi untuk berkembang maju di sini."

Pengirim wang boleh melawat mana-mana daripada 170,000 lokasi ejen Xpress Money di seluruh dunia dan mengirim wang serta-merta ke Myanmar. Nombor Pengenalan Peribadi Xpress (XPIN) sebanyak 16 digit unik akan diberikan pada pengirim yang perlu dimaklumkan kepada penerima. Dengan menggunakan XPIN itu, penerima boleh memasuki mana-mana cawangan MCB atau SMIDB untuk mengambil wang kiriman itu. Sebaik saja jumlah kiriman telah dikeluarkan, pengirim akan mendapat pengesahan melalui SMS, menjadikan perkhidmatan ini begitu mudah, selamat dan diyakini.

Mengenai Xpress Money:

Xpress Money adalah jenama pemindahan wang global dengan kehadiran yang berkembang maju dalam lebih dari 150 buah negara dalam lima benua dengan 170,000 lokasi ejen di seluruh dunia. Dalam mencapai matlamat Mendekatkan Kampung Halaman pada jutaan penghijrah yang tinggal di luar negara, Xpress Money telah dikenali sebagai jenama pemindahan wang antarabangsa yang paling diyakini. Xpress Money menyediakan para pelanggan mereka cara yang mudah, pantas dan selamat untuk memindahkan wang ke mana-mana tempat seluruh dunia melalui teknologi inovatif, perkhidmatan pelanggan yang mengagumkan dan rangkaian seluruh dunianya yang luas. Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.xpressmoney.com

Sumber: Xpress Money

Source: Xpress Money
Keywords: Banking/Financial Service Corporate Expansion New products/services