omniture

Hospira Mendedahkan Strategi Peranti Global

Hospira, Inc.
2013-05-03 10:26 278

-- Mengambil langkah-langkah yang tertumpu kepada pelanggan bagi memperkemas dan memodenkan tapak terpasang sambil meningkatkan keteguhan portfolio peranti –

LAKE FOREST, Illinois, 3 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Hospira, Inc. (NYSE: HSP), penyedia unggul dunia untuk ubat-ubatan boleh suntik dan teknologi penyeduhan, hari ini mendedahkan butiran tentang strategi peranti globalnya. Inisiatif ini menetapkan sebuah portfolio peranti yang kemas dan moden bagi memenuhi keperluan pelanggan dan meletakkan syarikat itu pada kedudukan yang sesuai untuk inovasi dan pertumbuhan masa hadapan, sambil menyokong kemajuan berterusan untuk pemulihan peranti, termasuk usaha peningkatan kualiti peranti.

"Melihat pada tumpuan yang semakin berkembang dalam bidang penjagaan kesihatan untuk memperbaik keselamatan pesakit dan hasil klinikal, kami melihat perniagaan peranti kami sebagai pemacu pertumbuhan strategik yang besar untuk Hospira dan komited dalam mengekalkan posisi kepimpinan kami melalui pelaburan semasa dan masa depan," kata Richard Davies, ketua pegawai komersil Hospira. "Dengan portfolio yang kemas dan moden, kita akan mengurangkan kerumitan, meningkatkan prestasi dan berada pada kedudukan yang lebih baik untuk memenuhi jangkaan pelanggan dan agensi-agensi kawal selia hari ini, sambil membangunkan teknologi generasi seterusnya untuk masa hadapan."

 Strategi peranti Hospira baharu ini dibangunkan daripada ulasan peranti menyeluruh syarikat itu yang dilengkapkan baru-baru ini mengenai tapak pemasangan sedunia untuk lebih daripada 575,000 pam penyeduh. Syarikat itu menyampaikan strategi baharu ini pada Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) AS dan lain-lain agensi kawal selia global, dan sedang bekerjasama dengan agensi-agensi ini untuk mencapai kesejajaran.

Antara tindakan yang bakal dilakukan termasuklah pelaburan dalam program persaraan dan penggantian, pelancaran produk-produk di masa hadapan dan sistem-sistem kualiti:

 

  • Program persaraan dan penggantian: Menumpukan usaha syarikat dengan membawa keluar teknologi pam yang kurang kukuh dan/atau sudah lama daripada pasaran dan memulakan program penggantian untuk pelanggan. Kebanyakan aktiviti ini akan berlaku sepanjang dua atau tiga tahun akan datang dan ini termasuklah:
    • Membawa keluar peranti penyeduh Symbiq™ dan pam-pam Plum™ yang sudah lama, menggantikan peralatan ini dengan pam Plum A+ dan inovasi masa hadapan untuk platform Plum kini berada pada tahap akhir pembangunan;
    • Membawa keluar pam bergerak GemStar™, menggantikan peranti ini dengan pam Sapphire™ dalam pasaran yang menjual peranti tersebut—seperti di Kanada dan di sesetengah negara Eropah – dan di Amerikat Syarikat dan pasaran-pasaran lain apabila mendapat pelepasan kawal selia; (1) dan
    • Membawa keluar pam-pam legasi PCA lama, menggantikan peranti ini dengan pam-pam LifeCare PCA™ atau Sapphire.

 

Hospira akan terus memberi sokongan kepada pam-pam yang terlibat sewaktu tempoh persaraan dan penggantian ini.

 

  • Teknologi masa hadapan: Menumpukan kepada pelaburan dan pembangunan teknologi pam generasi seterusnya sambil memajukan kedudukan syarikat sebagai penyedia unggul teknologi penyepaduan klinikal I.V., yang menyepadukan sistem-sistem penyeduhan dengan rekod kesihatan elektronik (EHR).
  • Sistem-sistem kualiti: Melabur dalam tindakan bagi mengukuhkan sistem kualiti peranti global Hospira dan menggalakkan kemajuan berterusan bagi memenuhi piawaian kawal selia yang sentiasa berubah dengan lebih baik.

 

Tambah En. Davies lagi, "Hospira sangat menyedari dengan kepentingan peranti kami di seluruh dunia untuk para pesakit, dan kami akan bekerja rapat dengan para pelanggan kami untuk memastikan peralihan yang lancar di sepanjang proses ini."

Maklumat tambahan tentang strategi peranti global ini, termasuk jangkaan caj pelaksanaan dimasukkan dalam pemfailan Borang 8-K, 1 Mei 2013 Hospira.

Mengenai Hospira

Hospira, Inc. adalah penyedia ubat-ubatan boleh suntik dan teknologi penyeduhan yang unggul di dunia. Melalui portfolionya yang luas dan bersepadu, Hospira mempunyai kedudukan unik kepada Advance Wellness™ dengan meningkatkan keselamatan pesakit dan pengasuh kesihatan sambil mengurangkan kos penjagaan kesihatan. Ibu pejabat syarikat ini terletak di Lake Forest, Illinois, dan mempunyai kira-kira 16,000 orang kakitangan. Ketahui lebih lanjut di www.hospira.com.

Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995 –
Peringatan Mengenai Kenyataan-kenyataan Ramalan

Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan ramalan yang terkandung dalam maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995, termasuk kenyataan mengenai matlamat, pelan dan strategi Hospira yang berkaitan dengan peranti global Hospira. Hospira memberi amaran bahawa kenyataan ramalan seperti ini tertakluk pada risiko dan ketidakpastian, termasuk kemajuan yang cukup dan mampan untuk inisiatif kualiti dan strategi peranti syarikat itu yang mungkin akan menyebabkan hasil sebenar berbeza secara material daripada yang dinyatakan dalam kenyataan ramalan. Aktiviti-aktiviti ekonomi, persaingan, pentadbiran, kawal selia, perundangan, teknologi, pengilangan bekalan, kualiti, pemodenan dan pengemasan, serta faktor-faktor lain yang mungkin memberi kesan pada operasi Hospira dan mungkin akan menyebabkan hasil sebenar berbeza secara material daripada jangkaan termasuklah risiko, ketidakpastian dan faktor-faktor yang dibincangkan di bawah tajuk "Faktor Risiko" dan "Perbincangan dan Analisis Pihak Pengurusan Mengenai Keadaan Kewangan dan Hasil Operasi" dalam Laporan Tahunan terbaharu Hospira di Borang 10-K dan seterusnya Borang-borang 10-Q, yang diisi dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, yang digabungkan melalui rujukan. Hospira tidak bertanggungjawab untuk mendedahkan pada umum sebarang semakan pada kenyataan ramalan ini akibat kejadian-kejadian dan kemajuan selepas ini.

(1) Hospira memasarkan dan mengedarkan pam Sapphire melalui persetujuan pengedaran dengan Q Core Medical, Ltd.

Source: Hospira, Inc.
Related Stocks:
NYSE:HSP
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals