omniture

Greeley and Hansen Bakal Menyertai Misi Perdagangan Jabatan Perdagangan ke Amerika Latin

Greeley and Hansen
2013-05-04 02:03 152

-- Ketua Pegawai Operasi yang berpangkalan di Chicago, John C. Robak, akan bantu membina hubungan ekonomi tempatan serantau dalam misi pada 12-18 Mei.

CHICAGO, 4 Mei 2013 /PRNewswire/ -- John C. Robak, naib presiden eksekutif dan ketua pegawai operasi firma kejuruteraan dan senibina awam dan persekitaran yang berpangkalan di Chicago, Greeley and Hansen, bakal mengiringi Naib Setiausaha Perdagangan AS Dr. Rebecca Blank ke sebuah misi perdagangan pembangunan prasarana perniagaan ke Brazil, Colombia dan Panama dari 12-18 Mei 2013.

(Logo:  http://photos.prnewswire.com/prnh/20130502/CG06683LOGO)

"Ekonomi Amerika Latin yang semakin berkembang ini menyediakan peluang keemasan kepada Greeley and Hansen," kata Robak. "Saya berbesar hati dapat mewakili Greeley and Hansen dan komuniti perniagaan tempatan dalam siri perbincangan yang penting ini dan saya yakin perbincangan ini bakal mencetuskan hubungan berpanjangan dengan pembuat keputusan utama prasarana."

"Setiap pentadbiran negara-negara ini telah menggariskan projek-projek pembangunan prasarana yang hebat untuk tahun-tahun akan datang, termasuk pelan pembinaan jalan, jambatan dan fasiliti rawatan air. "Misi perdagangan ini akan membantu memudahkan peluang perniagaan prasarana bagi syarikat-syarikat AS yang mahu berkembang di Brazil, Colombia dan Panama," kata Blank. "Setiap negara ini sedang membuat pelaburan yang signifikan dalam pembangunan prasarana, dan kerja yang kami lakukan dalam misi perdagangan ini akan membantu syarikat-syarikat seperti Greeley and Hansen memperluaskan peluang mereka di Brazil, Colombia dan Panama, mempromosi barangan eksport Amerika, dan membantu mewujudkan peluang pekerjaan di dalam negara."

Delegasi perdagangan yang bakal mengikutinya nanti termasuklah pemimpin-pemimpin perniagaan daripada 19 syarikat-syarikat AS lain. Ini juga merupakan kali ketiga dalam tahun lepas di mana Robak mengiringi Jabatan Perdagangan mempromosikan barangan eksport AS ke luar negara. Sebelum ini Robak telah menjayakan  perbincangan yang diadakan dengan para pegawai kerajaan berpangkat tinggi dan pemimpin perniagaan di Afrika Selatan, Zambia dan Mesir, tiga lagi pasaran meningkat yang berpotensi bagi barangan dan perkhidmatan AS dan juga Greeley and Hansen.

"Misi perdagangan ini sangat mengujakan buat kami, kerana Greeley and Hansen ingin menetapkan semula kedudukannya dalam pasaran Amerika Latin," kata Robak. "Greeley and Hansen mempunyai pengalaman luas dalam rantau ini, kerana sebelum ini kami pernah melaksanakan projek-projek prasarana air setiap satu daripada negara-negara ini sepanjang sejarah syarikat kami yang hampir berusia 100 tahun."

Ditubuhkan di Chicago pada tahun 1914, Greeley and Hansen adalah peneraju antarabangsa dalam membangunkan penyelesaian kejuruteraan inovatif bagi pelbagai cabaran-cabaran prasarana air, air sisa dan yang berkaitan dengan tujuan untuk meningkatkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan awam. Greeley and Hansen menyediakan perkhidmatan untuk semua fasa-fasa projek dan menawarkan perkhidmatan perundingan senibina dan pengurusan kemudahan awam. 

Source: Greeley and Hansen
Keywords: Construction/Building