omniture

Jenama SINGER® Berusia 170 Tahun Terus Menginovasikan Seni Jahitan

SINGER
2021-06-04 16:42

Koleksi Elit SINGER® 

LA VERGNE, Tennessee, 4 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Jenama SINGER® terus membawa bidang jahitan ke fasa seterusnya dengan Koleksi Elit Singer baharunya. Mesin-mesin jahit baharu ini direka bentuk untuk prestasi terunggul dengan menggunakan bahan premium dan mempamerkan kemasan yang paling moden. Set tiga buah mesin jahit ini merupakan fasa baharu untuk jenama yang berusia 170 tahun ini -- masih ringkas, harga berpatutan dan mudah tetapi dengan tahap kemampuan dan potensi projek baharu. Direka untuk prestasi yang optimum serta diilhamkan oleh reka bentuk moden dengan gaya premium dan komponen yang dipertingkatkan. 

Koleksi ini terdiri daripada 3 jenis Mesin Jahit iaitu mesin jahit mekanikal, mesin jahit berkomputer dan mesin jahit 'overlock'. Setiap unit mempunyai spesifikasi dan ciri-ciri mekanikal teras terbaik serta mesin mekanikal dan berkomputer telah meningkatkan kelajuan & kuasa tusukan jarum untuk menangani tugas-tugas yang sukar, titik sentuhan premium bagi bahan-bahan yang ditinggikan. Kawalan penuh disediakan dengan panjang dan lebar jahitan yang boleh disesuaikan serta fungsi 1 langkah lubang butang memudahkan pembaikan dilakukan dengan pantas. Pencucuk Benang Terbina Dalam memudahkan benang dimasukkan ke dalam lubang jarum dan mempercepatkan jahitan.

Untuk maklumat lanjut tentang koleksi Elit SINGER®, sila layari www.singer.com

TENTANG SINGER®
Selama hampir 170 tahun, jenama SINGER® telah sinonim dengan bidang jahitan. Bermula daripada paten Isaac Singer untuk mesin jahit pengguna yang pertama pada tahun 1851 hinggalah kepada ekosistem jahitan berasaskan awan yang pertama di dunia pada tahun 2015, semangat reka bentuk praktikal dan inovasi kreatif yang mendefinisikan jenama ini sejak dari awal penubuhannya, kekal sehingga kini. Daripada fesyen hinggalah kepada hiasan rumah, sulaman dan jahitan gebar, kami komited untuk mengembangkan dan membangunkan produk SINGER® untuk setiap golongan seniman jahitan.

Singer, Cameo "S" Design and Design dan Sewing Made Easy ialah tanda dagangan berdaftar The Singer Company Limited S.a.r.l. atau Sekutunya. ©2021 The Singer Company Limited S.a.r.l. atau Sekutunya. Hak cipta terpelihara.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1158576/SINGER_Logo.jpg?p=medium600

 

 

Source: SINGER
Related Links:
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail