omniture

Mainstream Renewable Power Menaja Pengembaraan Warga Ireland Merentasi Laluan Artik Buat Kali Pertama di Dunia

Mainstream Renewable Power
2013-05-06 10:07 147

DUBLIN, 6 Mei 2013 /PRNewswire/ --

Tiga peneroka Ireland menekankan kesan perubahan iklim

Syarikat tenaga angin dan suria sedunia, Mainstream Renewable Power hari ini telah mengumumkan penajaan sebuah ekspedisi mendayung menerusi Laluan Barat Laut yang terkenal di Artik Kanada buat kali pertama di dunia pada musim panas ini. Tiga pengembara Ireland dan seorang dari Kanada yang berpengalaman mahu menjadi orang-orang pertama yang menyeberangi laluan sepanjang 3,000 km itu tanpa kuasa mesin dalam satu musim sahaja – sebuah cabaran yang hanya boleh dilaksanakan kerana ais yang selalunya menghalang laluan itu diseberangi mencair.

(Photo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130502/612981 )

Warga Ireland Paul Gleeson, Denis Barnett dan Kevin Vallely bersama warga Kanada Frank Wolf akan bertolak dari Inuvik di Wilayah Barat Laut pada 1 Julai dalam bot dayung rekaan khas mereka sepanjang 25 kaki yang bernama "The Arctic Joule". Keempat-empat lelaki itu akan mendayung dalam syif berterusan selama 24 jam sehari, tujuh hari seminggu kerana jalan itu akan disinari matahari siang pada majoriti kembara itu, yang dijangka bakal mengambil masa selama dua ke tiga bulan, dan berakhir di Pond Inlet di Nunavut.

Eddie O'Connor, Ketua Eksekutif Mainstream Renewable Power berkata: "Mainstream berbangga menaja ekspedisi ini kerana ia menarik perhatian kepada malapetaka akibat pemanasan global. Ekspedisi ini hanya boleh dijalankan kerana litupan ais kutub sedang mencair pada kadar yang mencemaskan. Pencairan lapisan permafrost dan pembebasan metana hidrat mungkin merupakan malapetaka tunggal terbesar yang dihadapi oleh manusia dan ia berpunca daripada pemanasan global yang disebabkan oleh manusia. Ekspedisi ini membenarkan kita menunjukkan pada dunia bahawa wujudnya jawapan untuk masalah pemanasan global. Kita tak perlu hidup tanpa bekalan elektrik. Kita boleh dapatkan bekalan elektrik kita daripada sumber-sumber yang boleh diperbaharui."

Tambah beliau lagi: "Baru bulan lepas, Presiden Bank Dunia Jim Yong Kim berkata bahawa jika kita masih mahu berharap untuk mengekalkan perubahan iklim di bawah dua darjah Celsius, tahun kemuncak pengeluaran karbon mestilah berlaku pada tahun 2016. Saya harap ekspedisi ini bakal menunjukkan kepada para pemimpin dunia bahawa kita perlu bertindak sekarang."

Pengumuman ini dibuat ketika Menteri-menteri Alam Sekitar Kesatuan Eropah (EU) bertemu di Istana Dublin minggu lepas bagi membincangkan pelbagai isu-isu alam sekitar dan iklim yang penting sebagai sebahagian daripada agenda Presidensi Ireland.

Bercakap mengenai ekspedisi itu, Paul Gleeson berkata: "Kami sangat gembira kerana syarikat tenaga boleh diperbaharui Ireland yang begitu berjaya dan terkemuka seluruh dunia mempunyai semangat yang sama seperti kami dalam perkara ini. Tidak berapa lama dahulu, Laluan Barat Laut hanya boleh dilalui oleh kapal pemecah ais berbadan besi sahaja. Kami harap dengan melakukan penerokaan ini dengan menggunakan kuasa manusia semata-mata dalam bot pendayung, tanpa kain layar atau motor, dalam satu musim tunggal, membolehkan kami menunjukkan melalui pengalaman kami sendiri kesan mendalam perubahan iklim ke atas dunia kita.

Laluan Barat Laut adalah laluan melalui pelbagai pulau-pulau di kepulauan Kanada di mana dalam tahun-tahun sebelum ini, ia telah menjadi saksi kisah-kisah mengagumkan tentang keberanian, bencana dan kesusahan. Pada tahun 1845, warga Ireland Francis Crozier dari County Down menyertai Sir John Franklin dalam ekspedisi yang sama menggunakan kapal HMS Terror, sebuah ekspedisi yang berakhir dengan bencana dan masih kekal sebagai sebuah misteri sehingga ke hari ini.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

Niamh McGrath
Mainstream Renewable Power
Tel: +353-1-290-2013
niamh.mcgrath@mainstreamrp.com
http://www.mainstreamrp.com

Paul Gleeson
Tel: +1-778-316-5434
paul@paulgleeson.com

Kevin Vallely
Tel: +1-604-842-9268
kvallely@gmail.com

http://www.mainstreamlastfirst.com

Sumber: Mainstream Renewable Power

Source: Mainstream Renewable Power
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services