omniture

Mencipta Nilai Baharu Bersama: Huawei Lancar Program Financial Partner Going-Global

Huawei
2021-06-05 03:33 547

SHANGHAI, 5 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Hari ini, Huawei mengumumkan Program Financial Partner Go Global (FPGGP) di Sidang Kemuncak Kewangan Pintar Huawei 2021. FPGGP akan berkolaborasi dengan rakan kongsi baharu yang menarik yang ingin bekerjasama dengan Huawei dalam industri perkhidmatan kewangan. Ekosistem global ini akan memanfaatkan gabungan pengalaman dan kepakaran mereka dalam inovasi teknikal untuk memacu transformasi kewangan digital. Bersama-sama, mereka akan membangunkan penyelesaian terkemuka dalam industri, memperluaskan pasaran global, membina ekosistem perniagaan Teknologi Kewangan, mencipta nilai baharu, dan mencapai kejayaan perniagaan yang dikongsi bersama. 

Membangunkan wawasan industri, meningkatkan perkhidmatan, dan mendayakan kolaborasi 
Di sidang kemuncak ini, En. Ma Yue, Naib Presiden Eksekutif Enterprise BG dan Presiden Jabatan Pembangunan Rakan Kongsi Global dan Jualan, Huawei, berkata, "Kewangan pengguna sedang membangun ke arah kewangan senario penuh, yang memerlukan sebuah ekosistem rentas industry, scenario penuh dan tiga dimensi. Setelah melancarkan FPGGP, Huawei akan bekerjasama dengan rakan kongsi global yang berkebolehan yang mampu dan bersedia untuk menyasarkan peluasan pasaran antarabangsa dan menjalin kerjasama yang erat untuk membangunkan strategi masa hadapan.   Melalui perkongsian baharu kami, kami akan menangani cabaran transformasi digital, melayani pelanggan kewangan global, dan mencipta nilai baharu dalam industri."

Mr. Ma Yue
Mr. Ma Yue

FPGGP mendayakan kecekapan baharu dan faedah bersama
FPGGP awal mempunyai 25 anggota, yang termasuk tujuh dalam Lembaga pengarah dari Huawei, Sunline, Tongdun Technology, Netis, Wallyt, Sinosoft, dan Chinasoft International. Program ini akan memberi tumpuan kepada dasar dan peraturan, senario aplikasi, seni bina teknikal, sokongan operasi, serta kolaborasi dan promosi.

Di samping itu, anggota FPGGP menikmati enam faedah teras rakan kongsi Huawei, yang merangkumi: perkongsian peluang perniagaan, peningkatan keupayaan, pemasaran, pertumbuhan jenama, sokongan dalam pelaburan dan kewangan, dan panduan operasi, menggalakkan usaha sama dan kejayaan yang dikongsi dalam kalangan Huawei dan rakan kongsi. Anggota perusahaan akan dapat memanfaatkan wawasan satu sama lain, berkongsi sumber, dan bekerjasama erat untuk sama-sama berjaya. Huawei juga akan menganjurkan beberapa aktiviti yang berkaitan dengan tranformasi digital kewangan di seluruh China untuk membincangkan trend dan strategi untuk 'go-global' yang relevan dengan industri. Perusahaan yang bercita-cita tinggi dengan matlamat untuk pertumbuhan antarabangsa dialu-alukan untuk menyertai FPGGP. 

Bersendirian, Huawei tidak dapat membina asas dunia digital – dan dengan itu, kolaborasi adalah kritikal. Untuk transformasi digital, syarikat perlu berganding bahu untuk bertahan dan berkembang. Huawei akan mencipta dan berkongsi nilai dengan rakan kongsi dan pelanggan. Pada akhir tahun 2020, Huawei telah bekerjasama dengan lebih daripada 30,000 rakan kongsi dalam pasaran perusahaan, tetapi syarikat tidak ingin berhenti di situ. Huawei terus berkembang dengan memupuk, memotivasi dan menyokong rakan kongsi baharu dalam matlamat bersama: mencipta nilai baharu bersama.

Pada akhir tahun 2020, Huawei bekerja dengan lebih daripada 2,000 institusi kewangan dari lebih daripada 60 negara dan wilayah, termasuk 47 daripada 100 bank utama dunia.

Latar Belakang Sidang Kemuncak Kewangan Pintar 
Untuk maklumat lanjut mengenai Sidang Kemuncak Kewangan Pintar Huawei 2021, sila kunjungi: https://e.huawei.com/topic/2021-event-fsi-summit/en/index.html

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Trade show news