-- Demokrasi dan fungsi tiga cabang kerajaan juga diperdebat
SAO PAULO, 6 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Ketika pembukaan seminar Brazil: Bersediakah Anda untuk Piala Dunia dan Olimpik? Di Forum Comandatuba ke-12 [Forum de Comandatuba], Gabenor Jaques Wagner berkata bahawa Bahia adalah satu-satunya negeri yang menguruskan demokrasi dengan baik. "Kepada ahli Kongres, saya katakana mereka patut bertenang kerana tidak baik kita bertelagah antara cabang kerajaan; suasana Kongres menentang Mahkamah Tinggi ini tidak bagus, dan marilah kita tinggalkan suasana ini dan cari pendekatan yang lebih bermuafakat.
Meneruskan dengan tema demokrasi dan tiga cabang kerajaan, Timbalan Henrique Alves (PMDB) Presiden Dewan Persekutuan Timbalan, menegaskan bahawa hanya Kongres mempunyai keahlian yang dilantik dengan undi popular. "Cabang Kehakiman, tidak kiralah bagaimana ternama atau ahli-ahlinya layak disanjungi, kesemua mereka dibentuk melalui pelantikan." Bagi Alves, apa yang terjadi pada minggu lepas adalah "perbalahan antara cabang kehakiman dan perundangan yang tidak sepatutnya berlaku, salah, tidak masuk akan, tidak boleh diterima dan tidak terjangkau oleh fikiran." "Ia merupakan tingkat teratas ketidakbertanggungjawaban untuk mewujudkan sebarang konfrontasi antara kedua-dua cabang demokrasi ini."
Sementara itu, Presiden Senat, Renan Calheiros, menegaskan bahawa tema seminar ini amat bertepatan. "Piala (Dunia) dan Olimpik merupakan peluang penting meningkatkan tahap pendapatan melalui pembangunan prasarana. Untuk melaksanakannya, dana mesti disediakan bukan sahaja oleh kerajaan persekutuan, negeri dan perbandaran, malah sektor swasta juga perlu terlibat keranaia juga segandingan dengan cabang kerajaan." Senator menyebut kajian Bank Dunia yang meletakkan Brazil sebagai salah satu bnegara yang paling sukar menjalankan urusniaga kerana kerenah birokrasi. "Kami merupakan ekonomi ketujuh terbesar di dunia, dan oleh kerana itu, kami mempunyai tanggungjawab untuk terus maju. Sekiranya birokrasi menyusahkan perniagaan, ia membebankan bagi sistem kehakiman."
Aldo Rebelo, Menteri Sukan berkata dua acara hebat akan diikuti oleh tiga bilion orang, dengan penambahan 20 ribu wartawan yang bertauliah dan 20 ribu lagi wartawan yang tidak bertauliah, dan disebabkan adanya acara ini, maka wujud keperluan untuk melabur dalam pengangkutan bandar, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan dan teknologi. Rebelo menekankan bahawa lapangan-lapangan terbang akan menggandakan kapasiti berlepas dan mendarat, serta masalah pengendalian akan diselesaikan menjelang 2014.
Ditaja oleh LIDE - Grupo de Lideres Empresariais [Kumpulan Ketua Perniagaan], Forum ini diadakan pada 27 hingga 30 April di Hotel Transamerica di pulau Comandatuba (BA), dan mengumpulkan 302 eksekutif, gabenor, datuk bandar, penggubal undang-undang dan personaliti yang disegani bagi perbahasan yang umum dan muktamad untuk pembangunan negara.
Maklumat Lanjut:
Rose Rocha – rose-rocha@cdn.com.br, +55-11-3643-2952