omniture

Huawei Lancar Penyelesaian Rangkaian-Awan Kewangan Letakkan Asas Ketersambungan untuk Kewangan Pintar

Huawei
2021-06-05 05:19 525

SHANGHAI, 5 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Di Sidang Kemuncak Kewangan Pintar Huawei 2021, Huawei melancarkan Penyelesaian Rangkaian-Awan Kewangan serba baharunya yang direka bentuk untuk membolehkan institusi kewangan membina seni bina bimodal yang "stabil dan berkelajuan tinggi". Matlamat akhir adalah untuk mempercepatkan inovasi perkhidmatan, menyampaikan perkhidmatan kewangan yang selamat dan andal serta meletakkan asas ketersambungan untuk kewangan pintar.

Dengan kemunculan perkhidmatan yang inovatif seperti kewangan Internet dan kewangan inklusif, industri perkhidmatan kewangan memasuki era baharu secara berperingkat-peringkat yang ditakrifkan oleh kewangan pintar semua-senario. Menurut China Banking Industry Service Report 2020 yang dikeluarkan oleh China Banking Association, bilangan transaksi tanpa sentuh melangkaui 370 bilion, kadar transaksi perbankan luar-kaunter mencecah 90.88% dan pelbagai perkhidmatan kewangan seperti perkhidmatan kredit peribadi kesemuanya beroperasi secara dalam talian.

Perkhidmatan perbankan hari ini beralih daripada "stabil" kepada "stabil + tangkas". Berlatarbelakangkan perkhidmatan ini, bank-bank perlu memastikan keandalan sistem yang tinggi dan lebih penting lagi, mempercepatkan inovasi perkhidmatan, seterusnya menyampaikan pengalaman yang lebih mudah dengan perkhidmatan kewangan dibezakan. Bagi tujuan ini, bank-bank dijangka mempercepatkan transformasi digital, yang seterusnya mencetuskan keperluan yang lebih tinggi ke atas rangkaian kewangan.

Kevin Hu, Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei, melancarkan Penyelesaian Rangkaian-Awan Kewangan
Kevin Hu, Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei, melancarkan Penyelesaian Rangkaian-Awan Kewangan

"Penyelesaian Rangkaian-Awan Kewangan Huawei meletakkan asas ketersambungan untuk institusi kewangan yang lebih sukakan infrastruktur 'stabil + tangkas' bagi menginspirasikan inovasi perniagaan mereka," kata Kevin Hu, Presiden Barisan Produk Komunikasi Data Huawei. "Penyelesaian kalis masa depan ini mempercepatkan penyediaan pelbagai perkhidmatan kewangan yang inovatif, menyampaikan pengalaman rangkaian yang pelbagai dan diperibadikan serta meningkatkan kecekapan dan automasi O&M, lalu membuka laluan menuju kewangan pintar."

Penyelesaian Rangkaian-Awan Kewangan mengesahkan lagi usaha Huawei untuk mengikuti falsafahnya untuk menjadi "digital, pintar dan berorientasikan perkhidmatan." Penyelesaian yang dibina khas ini mencipta seni bina rangkaian kewangan stabil yang mempunyai rangkaian yang stabil, operasi dan penyelenggaraan (O&M) yang stabil serta perlindungan yang stabil, memastikan kelangsungan perkhidmatan selama 24/7 tanpa menjejaskan keselamatan dan keandalan perkhidmatan kewangan.

Selain itu, penyelesaian ini mendayakan seni bina tangkas yang dicirikan oleh pelancaran aplikasi yang pantas, akses cawangan ke awan yang pantas dan penjadualan rangkaian-awan yang pantas, seterusnya menyediakan perkhidmatan baharu dalam beberapa minit serta meningkatkan kecekapan inovasi perkhidmatan.

Penyelesaian Rangkaian-Awan Kewangan Huawei menyediakan penawaran yang inovatif dalam empat senario utama.

Rangkaian Pusat Data (DCN) Kewangan, menyerlahkan kuasa pengkomputeran baharu dengan Eternet baharu: 

Penyelesaian DCN kewangan Huawei menjadi peneraju dalam industri dengan melaksanakan keupayaan rangkaian pemanduan berautonomi Tahap-3. Keupayaan berkenaan merealisasikan automasi rangkaian kitaran hayat penuh untuk mengurangkan masa-ke-pasaran (TTM) sebanyak 90%, menawarkan O&M pintar seluruh rangkaian untuk pengesanan kesalahan dan pemulihan kendiri tahap minit serta mendayakan ramalan proaktif 90% kesalahan. Akhirnya, ini dapat memastikan perkhidmatan kewangan 24/7.

Di samping itu, rangkaian pengkomputeran dan storan tak hilang dibina berasaskan seni bina Eternet sepenuhnya, mencapai kehilangan paket sifar dalam pusat data dan antara pusat data aktif-aktif di bandar yang sama. Hasilnya, 100% kuasa pengkomputeran diserlahkan dan perbelanjaan sewa gentian dikurangkan.

Rangkaian Kawasan Luas (WAN) Kewangan, membolehkan akses awan melalui akses rangkaian  

Penyelesaian WAN kewangan Huawei memanfaatkan teknologi SRv6 hujung-ke-hujung yang unik bagi mendayakan akses awan satu-lompatan daripada cawangan kewangan. SRv6 dapat mengatasi teknologi MPLS konvesional dengan mengurangkan jumlah protokol yang diperlukan daripada 6 menjadi 2. Selepas hanya melakukan beberapa konfigurasi ringkas pada kedua-dua hujung, terowong SRv6 dapat disediakan dengan cepat bagi mempercepatkan penyediaan perkhidmatan.

Dengan memanfaatkan algoritma peta-awan pintar, penyelesaian WAN kewangan Huawei dapat memilih secara fleksibel laluan akses awan optimum untuk setiap perkhidmatan, meningkatkan kecekapan akses awan dengan berkesan dan meningkatkan penggunaan sumber rangkaian-awan sebanyak 30%.

Kesemua sorotan penyelesaian ini membuka laluan untuk ketersambungan rangkaian yang tangkas dan berkualiti tinggi antara cawangan kewangan, ibu pejabat dan awan.

Rangkaian Kampus Kewangan, mencipta satu rangkaian global 

Penyelesaian perangkaian berterusan Wi-Fi Huawei membina kampus kewangan Wi-Fi 6 kalis masa depan dengan liputan penuh dan perayauan lancar, lantas dapat menyediakan pengalaman tanpa wayar merata sepenuhnya untuk sebarang pengguna.

Penyelesaian SD-WAN Huawei mewujudkan satu rangkaian global dengan saling sambungan yang amat pantas, memudahkan saling sambungan cawangan kewangan yang tangkas di seluruh dunia dan mendayakan penjajaran rangkaian-awan yang fleksibel.

Ciri-ciri lain yang menarik termasuk pengurusan awan dipacu-SDN selain O&M pintar bertumpu pengguna dan aplikasi yang berfungsi untuk meningkatkan dengan ketara kecekapan O&M rangkaian kampus. Khususnya, penentukuran radio pintar dapat meningkatkan prestasi rangkaian kampus sehingga 58%, manakala O&M pintar meramalkan 85% kesalahan yang berpotensi berlaku. Hasil akhirnya merupakan kestabilan dan keandalan perkhidmatan yang tinggi.

Keselamatan Rangkaian Kewangan Tanpa-kepercayaan, memberi kesedaran situasi seluruh rangkaian 

Sinergi peranti-keselamatan-rangkaian-awan menjadikan keselamatan rangkaian kewangan tanpa-kepercayaan suatu kenyataan. Dengan kualiti ini, institusi kewangan dapat beroleh manfaat daripada perlindungan keselamatan hujung-ke-hujung apabila melibatkan akses awan, sambungan awan, malah rangkaian intra-awan. Lebih daripada itu, perkhidmatan awan keselamatan Qiankun melengkapkan institusi kewangan dengan keupayaan perlindungan keselamatan berasaskan langganan.

Di sidang kemuncak tahun ini, Yu Yafeng, seorang arkitek kanan daripada Bahagian Rangkaian China Construction Bank, mengulas mengenai bagaimana China Construction Bank terus maju dengan pembinaan dan perancangan rangkaian sejajar dengan strategi "Kewangan Baharunya."

China Construction Bank telahpun berganding bahu dengan Huawei untuk membina WAN awan pintar berdasarkan falsafah rangkaian-awan kewangan. Rangkaian baharu ini memudahkan pelancaran pantas banyak perkhidmatan, menawarkan pengalaman perkhidmatan terpelbagai untuk pengguna dan mendayakan akses fleksibel untuk organisasi-organisasi bank — walaupun dalam persekitaran yang rumit.

Cao Wei, pengurus pasukan projek rangkaian-awan di China Merchants Bank, turut memberi pencerahan mengenai inovasi bersama pihak bank dengan Huawei dalam bidang rangkaian pemanduan berautonomi. Dengan memperkenalkan algoritma AI, bank menghapuskan hambatan kecekapan O&M manual dan mencapai tahap automasi dan kecerdasan rangkaian yang tinggi. Dengan berbuat demikian, pihak bank dapat membekalkan kuasa tanpa henti untuk transformasi digital masa kini dan masa depan.

Huawei membantu institusi kewangan menaik taraf infrastruktur mereka, terlibat dalam inovasi yang tangkas, mengurus data dengan pintar, menyediakan perkhidmatan inklusif dan menaik taraf perkhidmatan kewangan yang menyasarkan industri-industri tertentu, membantu pelanggan kewangan menuju digital dengan lebih pantas dan menjadi lebih pintar.

Sidang Kemuncak Kewangan Pintar Huawei, yang dianjurkan oleh Huawei ialah sebuah acara ICT global yang memfokuskan industri perkhidmatan kewangan. Sidang kemuncak pertama diadakan pada tahun 2013 dan kesemua peserta sidang kemuncak ini merupakan anggota-anggota elit dalam industri ini. Sidang Kemuncak Kewangan Pintar Huawei 2021 bakal diadakan mulai 3 hingga 4 Jun. Di bawah tema "Percepat Pendigitalan Kewangan, Nilai Baharu Bersama-sama", kita akan meneroka cara untuk mempercepatkan kemajuan ke arah kewangan pintar dan mencipta nilai baharu bersama-sama dari empat perspektif: strategi, perniagaan, teknologi dan ekosistem. Untuk maklumat lanjut mengenai Sidang Kemuncak Kewangan Pintar Huawei 2021, sila kunjungi: https://e.huawei.com/topic/2021-event-fsi-summit/en/index.html

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services