omniture

VeChain, Bersama-sama Dengan DNV Membolehkan Hospital Renji Melancarkan Aplikasi Perkhidmatan IVF Berasaskan Rantaian Blok Yang Pertama Di Dunia - MyBaby

VeChain
2021-06-06 01:03 241

SHANGHAI, 6 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Melalui kerjasama dengan VeChain dan DNV, Hospital Renji iaitu sebuah hospital dengan kedudukan tertinggi di China bergabung dengan Sekolah Perubatan, Shanghai Jiaotong University telah mengumumkan pelancaran projek penjagaan perubatan pintar - MyBaby, Aplikasi Perkhidmatan Persenyawaan In Vitro (In-Vitro Fertilization, IVF) berasaskan rantaian blok yang pertama di dunia.

MyBaby Launch Ceremony
MyBaby Launch Ceremony

Majlis Pelancaran MyBaby ini telah dihoskan secara bersama-sama oleh Pusat Perubatan Reproduktif Hospital Renji dan Pusat Kawalan Kualiti Teknologi Reproduktif Bantuan Shanghai. Melalui gabungan perkhidmatan jaminan profesional DNV dengan teknologi rantaian blok VeChain yang canggih, MyBaby membolehkan pengesahan langkah-langkah utama persenyawaan In-Vitro (IVF) dan menyediakan akses data secara peribadi, eksklusif dan lengkap kepada bakal ibu bapa yang sedang menjalani rawatan. Dengan menggunakan teknologi yang canggih, Hospital Renji komited untuk meningkatkan kesaksamaan dan kualiti kehidupan kepada pesakit.

Era Baharu dalam Rawatan Kesuburan

MyBaby merupakan perkhidmatan pertama seumpamanya yang menggabungkan merit pengesahan data terjamin pihak ketiga dengan teknologi rantaian blok yang tidak berubah. Semua maklumat, imejan dan jejak data, daripada imejan yang dihasilkan oleh alat perubatan hingga kepada penyampaian zigot itu sendiri akan dimuat naik dengan selamat pada rantaian blok VeChainThor dan hanya dapat diakses oleh pengguna berdaftar Aplikasi MyBaby.

MyBaby membolehkan pengguna melihat dan mengesan pengekstrakan, pelabelan dan pemarkahan telur yang disenyawakan serta penanaman dan pemeliharaan embrio. Aplikasi ini juga menyelesaikan masalah tradisional yang berkaitan dengan kerahsiaan data perubatan yang sensitif. Ciri-ciri teknologi rantaian blok yang dilindungi secara kriptografi mewujudkan persekitaran yang selamat dan boleh dipercayai serta meningkatkan pengalaman pengguna dengan cara yang belum pernah terjadi sebelum ini dalam bidang IVF.

Hospital Renji dan VeChain Menerajui Inovasi Penjagaan Kesihatan 

Sebuah perjanjian untuk kerjasama selanjutnya bagi projek rantaian blok ini juga telah ditandatangani antara Hospital Renji dan VeChain semasa acara tersebut berlangsung. Menurut Sun Yun, Pengarah Pusat Perubatan Reproduktif Hospital Renji, "Gabungan perubatan reproduktif bantuan dan teknologi rantaian blok ini mewujudkan hubungan yang luar biasa dan menjadikan Hospital Renji sebagai yang pertama dalam bidangnya yang mempelopori inovasi sedemikian. Kami akan menawarkan perkhidmatan yang lebih boleh dipercayai, peribadi dan selamat."

Tidak gentar untuk berinovasi, Hospital Renji telah menerajui kemajuan dalam bidang rantaian blok perubatan. Pada tahun 2019, Hospital Renji mengumumkan secara rasmi penyertaannya dalam Ekosistem Karbon Digital yang dimulakan oleh DNV dan VeChain. Kemudian, ia mengumumkan kerjasama dengan VeChain dan DNV untuk menerajui Pusat Rawatan Tumor Pintar didayakan rantaian blok yang pertama di dunia.

Sunny Lu, Pengasas Bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif VeChain mengulas, "Kami sentiasa melihat peningkatan peluang dalam kerjasama kami dengan Hospital Renji yang merupakan hasil daripada pendekatan unik kami dalam model 'jaminan kualiti data + rantaian blok' serta rakan kongsi strategik utama, DNV. VeChain akan terus menyampaikan teknologi rantaian blok yang menjimatkan kos dan canggih kepada dunia perubatan serta membina masa depan digital tanpa kepercayaan dan pelbagai pihak."

Tentang Hospital Renji 

Dibina pada tahun 1844, Hospital Renji mempunyai sejarah selama lebih 170 tahun. Ia merupakan hospital perubatan Barat yang pertama sejak pembukaan bandar Shanghai. Melalui penyepaduan rawatan perubatan, pengajaran dan penyelidikan saintifik, ia merupakan hospital 3A yang komprehensif (kedudukan tertinggi dalam senarai hospital di China) dengan pelbagai disiplin yang lengkap. Hospital Renji juga merupakan institusi perubatan pertama di Shanghai yang menjalankan penyelidikan klinikal dan saintifik tentang teknologi reproduktif bantuan dan telah menjadi Pusat Kawalan Kualiti Teknologi Reproduktif Bantuan Shanghai sejak tahun 2018.

Laman web: https://www.renji.com/

Tentang DNV

DNV merupakan salah sebuah syarikat penyedia pensijilan, jaminan dan pengurusan risiko yang terkemuka di dunia. Sama ada mengesahkan produk atau sistem pengurusan syarikat, menyediakan latihan atau menilai rantaian bekalan dan aset digital, kami membolehkan para pelanggan dan pihak berkepentingan membuat keputusan kritikal dengan yakin. Kami komited untuk menyokong para pelanggan kami melakukan peralihan dan merealisasikan matlamat strategik jangka panjang mereka secara lestari yang menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) PBB secara kolektif.

Tentang VeChain 

Dilancarkan pada tahun 2015, VeChain menghubungkan teknologi rantaian blok kepada dunia sebenar dengan menyediakan struktur tadbir urus yang komprehensif, model ekonomi yang teguh dan penyepaduan IoT. VeChain merupakan perintis aplikasi dunia nyata yang menggunakan teknologi rantaian blok awam dan mempunyai operasi antarabangsa di Singapura, Luxembourg, Tokyo, Shanghai, Paris, Hong Kong dan San Francisco. Bersama-sama dengan rakan strategik kami iaitu PwC dan DNV, kami telah mewujudkan hubungan kerjasama dengan banyak perusahaan terkemuka dalam industri yang berbeza yang merangkumi Walmart China, BMW, BYD Auto, Haier, H&M, LVMH, D.I.G, ENN, Shanghai Gas, AWS, PICC, ASI dan lain-lain.

Laman web: www.vechain.com

MyBaby App Interface
MyBaby App Interface

 

Renji - VeChain Signing Ceremony on further cooperation of the blockchain project
Renji - VeChain Signing Ceremony on further cooperation of the blockchain project

 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1526180/mybabylaunch.jpg?p=medium600

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1526181/mybabyapp.jpg?p=medium600

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1526182/renji.jpg?p=medium600

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/738221/VeChain_Logo.jpg?p=medium600

Source: VeChain
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Health Care/Hospital Mobile Entertainment Telecommunications Blockchain