omniture

Solta Medical Mengumumkan Thermage® Total Tip

Solta Medical, Inc.
2013-05-06 20:00 153

- Rawatan frekuensi radio popular menyediakan hasil awal dan berkekalan

HAYWARD, California, 6 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Solta Medical, Inc. (Nasdaq: SLTM), peneraju pasaran global untuk rawatan estetik kulit, hari ini mengumumkan Thermage® Total Tip 3.0, rawatan tip yang sangat berkesan untuk muka dan leher serta rawatan-rawatan tubuh lain yang menawarkan keputusan tampak terpantas dalam sejarah rawatan Thermage yang selama ini memberikan keputusan jangka panjang yang tekal. Pemanasan bersasaran, sekata dan pukal membenarkan pakar kulit merawat pesakit dengan berkesan tetapi masih mengekalkan keselesaan pesakit.

"Dengan Total Tip, pesakit dapat melihat keputusan yang ketara pada wajah, rahang dan leher dengan serta-merta," kata Michael S. Kaminer, MD., Rakan Kongsi Pengurusan SkinCare Physicians, Profesor Pembantu Klinikal Dermatologi di Fakulti Perubatan Yale dan Penolong  Profesor Adjung di Fakulti Perubatan Dartmouth dan Fakulti Perubatan Brown. "Doktor kini boleh merawat wajah, leher, tangan dan tubuh dengan yakin dengan hanya menggunakan satu tip yang sangat berkesan. Total Tip memberikan isipadu pemanasan pukal sebanyak dua kali ganda lebih banyak dengan selamat yang membenarkan lebih banyak tisu dipanaskan pada suhu yang lebih tinggi lalu menghasilkan keputusan yang lebih baik. Thermage telah memperhalusi teknologinya selama 10 tahun dan para pesakit dapat terus melihat keputusan yang lebih tekal dan lebih baik daripada apa yang kita lihat pada masa lampau."

Thermage menggunakan teknologi frekuensi radio sebagai kaedah bukan invasif untuk membantu melicinkan dan memberi kontur kepada kulit, serta mengurangkan rupa selulit secara sementara, dalam satu rawatan tunggal yang langsung tidak memerlukan masa pemulihan. Thermage Total Tip berkesan untuk rawatan wajah kerana ia memberikan pemanasan pukal volumetrik yang sekata. Haba ini disebarkan melalui struktur vaskular, yang terdapat lebih banyak di wajah berbanding bahagian-bahagian tubuh lain. Penyebaran dan kesekataan tenaga ini membawa pada ketahanan pesakit yang lebih tinggi dan membenarkan pengamal memberi jumlah isipadu haba yang berkesan pada muka, dengan hasil keputusan yang sangat positif. Pesakit akan mula melihat keputusan yang lebih awal dan bertahan lebih lama.

"Kami sangat berpuas hati dengan hasil yang dilihat oleh para pakar perubatan dengan Thermage Total Tip," kata Stephen J. Fanning, Pengerusi Lembaga, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Solta Medical, Inc. "Para pakar perubatan kami melaporkan hasil didapati serta-merta dengan penggunaan Total Tip untuk rawatan wajah. Thermage Total Tip menawarkan penyelesaian yang ringkas dan sangat efektik untuk pakar kulit, pakar pembedahan plastik serta klinisian yang merawat keperluan pesakit di seluruh dunia." 

Sejak tahun 2002, lebih daripada satu juta prosedur Thermage telah selamat dijalankan dalam lebih 80 buah negara ke atas pesakit-pesakit pelbagai usia dengan jenis kulit dan kawasan tubuh berbeza-beza lalu menghasilkan keputusan klinikal yang signifikan dan penerimaan pakar perubatan tiada bandingan. Tenaga frekuensi radio yang tepat membenarkan kebanyakan pesakit mengalami hasil keputusan serta-merta yang berkekalan selama berbulan-bulan, bergantung kepada usia, keadaan kulit dan amalan penjagaan kulit. Jumlah rawatan yang diperlukan berbeza mengikut letaknya kawasan tubuh yang dirawat, tetapi selamat untuk semua jenis kulit serta sesuai untuk kedua-dua lelaki dan wanita.

Untuk maklumat lanjut mengenai Thermage Total Tip, sila layari www.thermage.com.  

MENGENAI SOLTA MEDICAL, INC.

Solta Medical, Inc. adalah peneraju global dalam pasaran estetik perubatan yang menyediakan penyelesaian berinovasi, selamat dan berkesan untuk para pesakit yang mempertingkat dan meluaskan amalan estetik perubatan untuk pakar perubatan. Syarikat ini menawarkan peranti estetik tenaga untuk menaikkan semula permukaan dan memudakan semula kulit, mengurangkan akne, pengkonturan tubuh dan menegangkan kulit, serta peralatan dan aksesori untuk mengoptimumkan teknik penyedutan lemak terbaharu. Setiap jenama sudah terkenal sebagai yang terbaik dalam kategorinya dan gabungan kesemuanya mewujudkan sebuah platform lengkap yang menangani pelbagai isu estetik kulit dan isu tubuh. Fraxel® menyediakan penyelesaian klinikal dengan ciri invasif minimum untuk memperbaharui permukaan kulit berusia dan kulit yang terbakar akibat pancaran matahari. Clear + Brilliant® adalah rawatan laser bukan ablatif yang menjimatkan kos yang direka secara unik untuk memperbaik tona warna dan seri kulit. Rawatan akne Isolaz® menggabungkan vakum dan cahaya jalur lebar yang tidak menyakitkan untuk menyelesaikan masalah pelbagai jenis akne. CLARO® adalah peranti penjagaan akne peribadi yang  diluluskan oleh FDA yang menggunakan haba dan cahaya untuk membersihkan kulit dengan pantas dan semulajadi. Thermage® adalah prosedur frekuensi radio tidak invasif yang mengurangkan kedutan kulit dan boleh menghasilkan kulit yang lebih licin dan berkontur. Liposonix® adalah prosedur rawatan tunggal tanpa pembedahan yang menggunakan teknologi ultrabunyi tertumpu yang maju dan berkeamatan tinggi untuk memusnahkan lemak yang disasarkan di bawah kulit. VASERshape™ adalah rawatan tidak invasif yang pelengkap yang menggabungkan ultra bunyi berfrekuensi rendah dan tidak tertumpu dengan urutan limfatik bagi mengurangkan selulit secara sementara waktu dan meningkatkan peredaran darah dengan hanya sedikit kesakitan dan tanpa masa pemulihan. Sistem VASERlipomenggunakan teknologi ultrabunyi bagi menyingkirkan lemak tubuh yang tidak dikehendaki secara terpilih.  Ia termasuklah teknologi VentX® yang memberi kuasa kepada sebuah sistem penyedutan untuk menyingkir tisu lemak dengan senyap dan cekap dan kuasa kepada kanula berlohong yang jitu untuk memaksimumkan kelancaran dan kelajuan penyedutan. VASERsmooth™ adalah alat tambahan pembentuk tubuh yang unik untuk digunakan bersama sistem VASERlipo. PowerX® adalah sistem penyedutan lemak berbantu kuasa yang menggunakan pergerakan putaran unik yang boleh digunakan dengan sistem VASERlipo atau boleh juga digunakan untuk meningkatkan sistem penyedutan lemak tradisional. Sistem TouchView® muat di antara jari-jemari dan memberikan pengimejan diagnostik struktur bawah kulit sewaktu prosedur dijalankan. Kedua-dua sistem VASERlipo dan sistem penyedutan lemak tradisional boleh menggunakan produk-produk Origins™, rangkaian lengkap kanula dan aksesori penyerapan, penyuntikan semula dan aspirasi khusus untuk prosedur penyedutan lemak. Lebih daripada dua setengah juta prosedur telah dijalankan di seluruh dunia menggunakan portfolio produk Solta Medical.

Untuk maklumat lanjut mengenai Solta, hubungi 1-877-782-2286 atau layari www.Solta.com.

Source: Solta Medical, Inc.
Related Stocks:
NASDAQ:SLTM
Related Links:
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Medical/Pharmaceuticals New products/services