Peneraju industri akan membincangkan tentang dasar perubahan iklim dan impak sifar bersih terhadap pasaran APAC
Pembentangan umum pertama oleh Wood Mackenzie Lens® Power
SINGAPURA, 7 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Wood Mackenzie mengalu-alukan pendaftaran untuk Persidangan Kuasa & Tenaga Boleh Diperbaharui Asia Pasifik (APAC) yang julung-julung kali diadakan pada 22 - 24 Jun.
Ketika negara-negara ekonomi Barat dan syarikat-syarikat korporat utama berikrar untuk peneutralan karbon, rantau Asia Pasifik yang merupakan pusat permintaan bahan api fosil terbesar di dunia perlu turut meningkatkan usaha ke arah penyahkarbonan.
Ketua Kuasa & Tenaga Boleh Diperbaharui Wood Mackenzie Asia Pasifik, Alex Whitworth berkata: "China, Jepun dan Korea Selatan telah mengumumkan sasaran sifar bersih menjelang tahun 2050 dan 2060. Persidangan maya ini merupakan platform yang sangat baik bagi membincangkan harapan ke atas tindakan perubahan iklim di pasaran utama ini dan menetapkan hala tuju untuk para pemain industri."
Persidangan maya ini akan menampilkan aliran tertentu yang dikhususkan kepada pasaran utama termasuk China, Jepun, Korea Selatan, Australia dan Asia Tenggara yang baru muncul. Acara selama tiga hari ini akan turut membincangkan topik-topik tentang dasar, teknologi generasi seterusnya dan strategi pelaburan yang akan membantu pasaran APAC menangani peralihan tenaga.
Wood Mackenzie akan turut melancarkan Lens® Power - sebuah platform analitik dan data revolusioner yang akan mendayakan organisasi untuk memaksimumkan peluang pelaburan dalam sektor tenaga bersih dan menerajui peralihan tenaga.
Selain pembentangan eksklusif oleh pakar-pakar daripada Wood Mackenzie dan barisan penceramah yang berwibawa, persidangan maya ini turut membuka peluang menjalinkan hubungan dengan pembangun utiliti dan tenaga boleh diperbaharui terkemuka. Para perwakilan juga boleh berhubung dengan pengendali transmisi, badan kawal selia negara dan tenaga, entiti pelaburan dan penyedia teknologi.
Penceramah luar yang utama termasuk:
Untuk pendaftaran Persidangan Kuasa dan Tenaga Boleh Diperbaharui Wood Mackenzie APAC, sila klik di sini.
Tentang Wood Mackenzie:
Wood Mackenzie yang merupakan sebuah perniagaan Verisk Analytics ialah sumber kecerdasan komersial yang dipercayai untuk sektor sumber semula jadi dunia. Kami memperkasakan pelanggan untuk membuat keputusan strategik yang lebih baik dengan menyediakan analisis yang objektif dan nasihat tentang aset, syarikat dan pasaran. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.woodmac.com atau ikuti kami di Twitter @WoodMackenzie.
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1482968/Wood_Mackenzie_Logo.jpg?p=medium600
Untuk bercakap dan bertanya tentang program:
Juan Monge
+44 (0)7929 865456
juan.monge@woodmac.com