omniture

Teknologi Pengecaman Wajah Terbaharu Kini Supersonik

Herta Security SL
2013-05-07 09:15 194

BARCELONA, Sepanyol, 7 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Herta Security® mengumumkan pelancaran BioSurveillance Next™, penyelesaian pengecaman wajah yang terpantas Dunia untuk aplikasi pengawasan video. BioSurveillance Next akan dibentangkan di pameran industri keselamatan antarabangsa IFSEC di Birmingham (UK) 13-16 Mei. Dengan kelajuan 40X berbanding teknologi pengecam wajah konvensional yang berasaskan CPU, BioSurveillance Next mampu memproses dalam masa sebenar, video definisi tinggi (HD) secara langsung atau rakaman pada kadar yang luar biasa iaitu pada 150 bingkai sesaat dengan menggunakan teknologi GPU. Direka khas untuk mengenalpasti wajah dalam khalayak ramai, teknologi perintis Herta Security membawa industri keselamatan satu langkah besar ke hadapan.

Encik Rodríguez Saeta PhD, Ketua Pegawai Eksekutif Herta Security menyatakan bahawa "Herta komited dalam menyampaikan inovasi dan penyelesaian bagi era baru kamera pengawasan Megapiksel. Teknologi video IP berkembang setiap hari dan teknologi pengecaman wajah mempunyai potensi yang besar. Kami mendapat permintaan tinggi yang tidak dijangka dari banyak negara di mana keselamatan telah menjadi faktor yang penting pengembangan perniagaan. BioSurveillance Next adalah penyelesaian yang tepat untuk mengurangkan jenayah dalam sektor runcit serta dalam sektor-sektor tradisional yang lain seperti prasarana kritikal, perbankan, perjudian atau penguatkuasaan undang-undang."

BioSurveillance Next  boleh disepadukan dengan CCTV dan Sistem Pengurusan Video (VMS) atau boleh beroperasi sendirian; ia boleh ditambahkan kepada sistem CCTV yang sedia ada. Sistem ini boleh diskalakan sepenuhnya dan pada masa yang sama mampu mengenalpasti beberapa wajah bergerak serentak, menjadikan ia sesuai untuk senario di khalayak ramai. BioSurveillance Next menggunakan teknologi GPU yang terkini, sebuah paradigma baru industri dalam penglihatan komputer.

Mengenai Herta Security

Herta Security adalah peneraju dunia dalam pembangunan penyelesaian pengecaman wajah yang canggih. Berpangkalan di Barcelona, Sepanyol, - dengan pejabat-pejabat di Madrid dan pejabat di London yang baru dibuka baru-baru ini-, syarikat menawarkan penyelesaian yang pantas, tepat, mantap, berorientasikan pelanggan akhir untuk pengawasan video, kawalan akses dan keperluan pemasaran. Projek-projek Antarabangsa termasuk bandar selamat, lapangan terbang, kereta api, stesen metro, penjara, bank, kasino, stadium sukan, pusat membeli-belah, tentera, polis, dan aplikasi forensik. Herta Security mempunyai rakan kongsi di 20 buah negara.

Untuk maklumat lanjut, hubungi: info@hertasecurity.com

Gary M. Lee
Tel: +34-936-020-888

http://www.hertasecurity.com

Sumber: Herta Security SL

Source: Herta Security SL
Keywords: Computer/Electronics Homeland Security Computer Accessories New products/services Trade show news