omniture

CGTN: China rangka usul empat perkara untuk perang global menentang rasuah

CGTN
2021-06-07 10:59 1296

BEIJING, 7 Jun 2021 /PRNewswire/ -- China mengemukakan usul empat perkara mengenai kerjasama antarabangsa menentang rasuah pada hari Rabu, menyeru sikap toleransi sifar terhadap rasuah dan menghormati perbezaan antara negara.

Zhao Leji, anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC) dan setiausaha Suruhanjaya Pusat untuk Pemeriksaan Disiplin CPC (Central Commission for Discipline Inspection) (CCDI), membuat pernyataan tersebut semasa sesi khas Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu terhadap cabaran dan langkah-langkah untuk mencegah dan memerangi rasuah dan memperkukuhkan kerjasama antarabangsa.

"China ialah peserta aktif dan penyumbang kepada tadbir urus anti rasuah global," kata Zhao. Negara ini menyumbang kepada penerapan Deklarasi Beijing terhadap Memerangi Rasuah oleh APEC dan Prinsip Kerjasama Peringkat Tinggi terhadap Individu Dicari untuk Rasuah dan Pemulihan Aset menjelang G20, dan mendorong Inisiatif Beijing untuk Jalan Sutera Bersih (Clean Silk Road) untuk mengeratkan kerjasama Jalur dan Jalan, kata beliau.

Merangka usul China mengenai kerjasama anti rasuah global, beliau menggesa usaha yang menyeluruh untuk menegakkan kesaksamaan dan keadilan.

"Komuniti antarabangsa perlu menjalin konsensus politik yang luas, mengambil sikap toleransi sifar terhadap rasuah, membina institusi lompong sifar, menjalankan kerjasama tanpa jurang, dan meneruskan kerjasama ke atas orang yang dicari kerana rasuah dan pemulihan aset dan rasuah perniagaan asing," kata beliau.

Sementara itu, negara-negara harus menghormati perbezaan antara mereka dan menggalakkan kesamaan dan pembelajaran bersama, tekan beliau.

"Kita harus menghormati kedaulatan dan politik dan sistem undang-undang setiap negara, menghormati hak mereka untuk memilih cara mereka sendiri untuk menentang rasuah, dan memupuk perkongsian antarabangsa untuk kerjasama anti rasuah yang berasaskan kepada kesamaan, menghormati perbezaan, pertukaran dan pembelajaran bersama, dan kemajuan bersama."

Ketua anti rasuah China menyeru komuniti antarabangsa untuk "menjalin kerjasama yang saling menguntungkan melalui perundingan dan sumbangan bersama yang luas."

Beliau juga mendesak negara-negara di seluruh dunia untuk "menghargai komitmen dan Smengutamakan tindakan." Penandatangan kepada Konvensyen PBB menentang Rasuah patut "menghargai komitmen serius mereka dalam menentang rasuah bersama-sama."

'Kemenangan besar' China menentang rasuah

Zhao mengkaji kempen anti rasuah China, menekankan bahawa CPC dan kerajaan Cina "berdiri teguh menentang rasuah."

"Kami telah menerapkan pendekatan holistik untuk menangani simptom dan penyebab utama rasuah, dan menggabungkan hukuman berasaskan undang-undang, pemerikasaan berinstitusi, dan pendidikan dan panduan untuk menjadikan tadbir urus anti rasuah kami lebih berkesan," kata beliau.

Dalam tahun 2020, suruhanjaya pemeriksaan disiplin dan agensi penyeliaan di seluruh negara menyiasat kira-kira 618,000 kes rasuah, membawa kepada hukuman ke atas 604,000 orang, kata laporan oleh badan anti rasuah utama China. Sejumlah 1,421 pelarian dibawa pulang ke China pada tahun lalu, menurut laporan CCDI.

Dengan "langkah serampang berbilang mata" untuk menangani semua tindakan rasuah, China telah memperoleh dan mengukuhkan "kemenangan besar" dalam peperangan ini, kata Zhao.

Menurut tinjauan baru-baru ini oleh Biro Statistik Kebangsaan China, 95.8 peratus daripada rakyat Cina berpuas hati dengan usaha anti rasuah negara, kata beliau.

'Kita tidak boleh membiarkan rasuah berlarutan'

Perhimpunan Agong PBB mengadakan sesi khas pertamanya dalam memerangi rasuah pada hari Rabu. Sesi khas ini akan berakhir pada hari Jumaat.

Berucap pada sesi khas ini, Volkan Bozkir, presiden sesi ke-75 Perhimpunan Agong PBB, berkata pada hari Rabu bahawa kesan rasuah "menjejaskan seluruh masyarakat" dan ia tidak sepatutnya dibiarkan berlarutan tanpa pengawasan.

"Jenayah kewangan dan rasuah transnasional malangnya adalah biasa dalam dunia kita yang  saling berhubung dan saling bergantung," kata Bozkur, menambah bahawa kesan rasuah mempengaruhi proses pembuatan keputusan dan "tetap menjadi salah satu daripada cabaran paling kritikan bagi negara, institusi, dan masyarakat." 

"Kita tidak boleh membiarkan rasuah berlarutan. Tentu sekali tidak," tekan beliau.

https://news.cgtn.com/news/2021-06-03/China-outlines-four-point-proposal-on-global-fight-against-corruption-10MJFoSPSog/index.html

 

Source: CGTN
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service