omniture

Huawei Lancar Siri Penuh Penyelesaian Kuasa Pembuangan Bahan Api Luar-Grid Komprehensif

Huawei
2021-06-07 11:13 169

SHANGHAI, 7 Jun 2021 /PRNewswire/ -- Di SNEC Shanghai, Peng Jianhua, Presiden Kemudahan Kuasa Tapak, Huawei Digital Power Technologies Co., Ltd., melancarkan siri penuh penyelesaian kuasa pembuangan bahan api luar-grid yang komprehensif iPowerCube untuk khalayak global. Berperanan sebagai bekalan kuasa yang inklusif dalam semua senario, penyelesaian ini menyediakan kuasa yang menjimatkan kos, mesra alam dan andal untuk sara hidup penduduk dan pengeluaran industri di kawasan luar-grid dan grid tidak andal bagi membantu merapatkan jurang tenaga.

Peng Jianhua, President of Site Power Facility, Huawei Digital Power Technologies Co., Ltd.
Peng Jianhua, President of Site Power Facility, Huawei Digital Power Technologies Co., Ltd.

En. Peng berkata bekalan kuasa elektrik adalah tidak seimbang di seluruh dunia. Ketika ini, kira-kira 800 juta orang menetap di kawasan pergunungan, pulau, padang pasir dan kawasan lain yang tidak mendapat akses kepada kuasa grid. Di kawasan-kawasan ini, sejumlah besar penjana diesel (D.G.) digunakan bagi tujuan penjanaan kuasa. Terdapat lebih daripada 50 juta D.G. di serata dunia. Kos D.G. adalah beberapa kali ganda lebih tinggi berbanding kuasa grid dan D.G. sangat mencemarkan. 1 kg bahan api diesel akan menjana 3.18 kg emisi karbon. Selain itu, D.G. adalah mahal, sukar diselenggara dan bising, yang menjejaskan kehidupan normal penduduk dengan serius serta menyekat pembangunan ekonomi tempatan. Dengan kemajuan dalam teknologi, kos fotovolta (PV) dan penyimpanan tenaga menurun. Menggantikan D.G. dengan tenaga solar untuk mencapai bekalan kuasa inklusif yang berkos rendah dan mesra alam menjadi suatu kenyataan.

Siri penuh penyelesaian kuasa pembuangan bahan api luar-grid komprehensif iPowerCube menyediakan bekalan kuasa mesra alam dan inklusif dalam semua senario sara hidup penduduk dan pengeluaran industri.


Siri penuh penyelesaian kuasa pembuangan bahan api luar-grid komprehensif Huawei, iPowerCube mengintegrasikan teknologi elektronik kuasa (seperti watt, haba dan penyimpanan tenaga) serta teknologi digital (seperti awan, AI dan sambungan) untuk menyelaraskan aliran tenaga dan aliran maklumat. Ia menggunakan sepenuhnya PV dan penyimpanan tenaga bagi menggantikan D.G., memenuhi keperluan bekalan kuasa yang inklusif bagi senario penggunaan kuasa berskala besar, sederhana dan kecil. Berbanding dengan penyelesaian tradisional, penyelesaian iPowerCube mempunyai ciri pembinaan semula yang lebih ringkas, penggunaan lebih pantas dan kos lebih rendah, lalu menjadikan iPowerCube lebih sesuai untuk kawasan-kawasan tanpa kuasa grid atau kuasa grid yang lemah.

  • Penyelesaian pembuangan bahan api luar-grid skala-besar iPowerCube-P:

Menyediakan keupayaan bekalan kuasa tahap megawatt dan boleh digunakan untuk senario pengeluaran industri seperti lombong, kilang dan kampus selain senario sara hidup seperti kampung yang besar, pulau dan juga pusat peranginan. Berbanding dengan penyelesaian gandingan AC tradisional, iPowerCube-P menggunakan seni bina gandingan DC yang mengurangkan bilangan penukaran tenaga, meningkatkan kecekapan, mengurangkan pelaburan dan menurunkan LCOE.

Di Cameroon, loji PV melebihi 25 MW dan sistem penyimpanan tenaga 60 MWj menggunakan penyelesaian luar-grid Huawei, memberi kuasa kepada 350 buah kampung terpencil dan memberi manfaatkan kepada kira-kira 50,000 isi rumah dengan kira-kira 300,000 orang penduduk.

  • Penyelesaian pembuangan bahan api luar-grid skala-pertengahan iPowerCube-S:

Menyediakan keupayaan bekalan kuasa paras-100 kW dan boleh digunakan untuk senario sara hidup seperti kampung kecil dan pulau serta senario pengeluaran industri seperti tangki minyak dan gas, pusat pemeriksaan dan stesen pengangkutan. Berbanding dengan penyelesaian jenis-terpisah tradisional, iPowerCube-S Huawei menerima pakai pra-integrasi dan tidak memerlukan pembinaan semula rangkaian pengagihan, yang dapat memendekkan tempoh penggunaan dan mengurangkan pelaburan.


Di Zhuhai, iPowerCube-S Huawei digunakan untuk menggantikan D.G. asal dan membekalkan kuasa untuk peralatan profesional dan kemudahan tempat tinggal di stesen navigasi kapal di pulau tersebut. Dengan cara ini, D.G. tidak diperlukan. LCOE dikurangkan sebanyak 60%, manakala kos berkaitan D.G. dikurangkan sebanyak CNY220,000 setiap tahun dan 25 tan emisi karbon dapat dielakkan.

  • Penyelesaian pembuangan bahan api luar-grid skala-kecil iPowerCube-M:

Menyediakan keupayaan bekalan kuasa paras-10 kW dan boleh digunakan untuk senario kediaman (seperti pangsapuri tanpa bekalan kuasa utama/bekalan kuasa utama yang lemah serta vila luar bandar) dan juga senario industri dan komersial (seperti kedai, restoran dan outlet perniagaan). Berbanding dengan penyelesaian tradisional yang mempunyai penjana gasolin dan bateri tergabung, penyelesaian iPowerCube-M Huawei mempunyai ciri penggunaan yang lebih fleksibel, reka bentuk yang sangat senyap, keandalan lebih tinggi dan LCOE lebih rendah.


Di Mongolia Dalam, iPowerCube-M menggunakan penyimpanan tenaga PV + yang cekap untuk menyediakan kuasa andal selama 24/7 untuk kehidupan harian dan operasi penggembala.

Kerjasama saling menguntungkan:  Huawei Site Power berganding bahu bersama pelanggan untuk menggalakkan pembangunan mesra alam.

Pada masa akan datang, Huawei Site Power akan berpegang pada strategi keterbukaan dan kerjasama serta menggiatkan kerjasama dengan pelanggan, rakan kongsi, organisasi industri dan organisasi standard dari segi teknologi, produk dan industri bagi menggalakkan pembangunan mesra alam, merapatkan jurang tenaga dan membina sebuah masyarakat rendah-karbon.

Latar Belakang Huawei 

Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei ialah penyedia global yang terkemuka bagi infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta peranti pintar. Kami mempunyai lebih daripada 197,000 kakitangan dan kami beroperasi di lebih 170 negara dan wilayah, menawarkan perkhidmatan kepada lebih tiga bilion orang di seluruh dunia.

Visi dan misi kami adalah untuk membawa fungsi digital kepada setiap orang, kediaman dan organisasi demi dunia pintar yang terhubung sepenuhnya. Bagi mencapai tujuan ini, kami akan mendorong sambungan merata dan menggalakkan akses yang sama rata ke rangkaian; membawa infrastruktur awan dan kecerdasan buatan ke semua empat pelosok dunia bagi menyediakan kuasa pengkomputeran unggul di mana anda memerlukannya, apabila anda memerlukannya; membina platform digital bagi membantu semua industri dan organisasi menjadi lebih tangkas, cekap dan dinamik; menakrifkan semula pengalaman pengguna dengan AI, lalu menjadikannya lebih diperibadikan buat orang ramai dalam segenap aspek kehidupan mereka, sama ada ketika mereka berada di rumah, di pejabat atau semasa dalam perjalanan. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Huawei secara dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami di:

http://www.linkedin.com/company/Huawei 
http://www.twitter.com/Huawei 
http://www.facebook.com/Huawei 
http://www.youtube.com/Huawei 

 

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities New products/services