omniture

Milestone Systems Semakin Berkembang

Milestone Systems
2013-05-07 16:00 125

Milestone Systems terbitkan Laporan Tahunan 2012

COPENHAGEN, 7 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Milestone Systems, syarikat platform terbuka bagi perisian pengurusan video IP, telah memperoleh hasil kewangan yang kukuh bagi tahun 2012 dan menunjukkan pertumbuhan berterusan. Tekal bertumpu kepada inovasi produk, strategi perniagaan, pembangunan kepimpinan pekerja melalui latihan pengurusan dan program perluasan rakan kongsi adalah faktor-faktor penting yang menyumbang kepada kejayaan syarikat itu.

Kini dalam tahun ke-15 penubuhannya, Milestone Systems terus mencapai pertumbuhan yang kukuh di pasaran tempatan dan di pasaran antarabangsa. Milestone telah merekodkan pertumbuhan hasil sebanyak 19.5 peratus untuk DKK 318 Juta (USD 55.62 Juta) berbanding DKK 266 Juta dalam tahun 2011 (USD 46.89 Juta). Pendapatan operasi sebelum susut nilai (EBITDA) mencapai DKK 52 Juta (USD 9 Juta) dan pendapatan bersih mencapai DKK 12.62 Juta (USD 2.21 Juta). Bilangan kakitangan meningkat sebanyak 13 peratus, daripada purata 310 orang pada tahun 2011 kepada purata 351 orang di seluruh dunia pada tahun 2012.

"Milestone terus berkembang kerana kami memenuhi keperluan pasaran dengan produk-produk yang sesuai. Permintaan untuk pemantauan video berdasarkan IP kini meningkat di seluruh dunia. Penyelesaian Milestone adalah berasaskan platform terbuka supaya mereka boleh memenuhi keperluan berbeza daripada pelbagai segmen. Dengan keputusan yang kukuh dalam tahun 2012, kadar pertumbuhan purata terkompaun berada pada paras 26 peratus di sepanjang tempoh lima tahun lepas. Kami berkongsi kejayaan ini di seluruh dunia melalui hubungan yang rapat dengan rakan-rakan kongsi kami," kata Lars Thinggaard, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Milestone Systems.

Tumpuan yang berterusan kepada strategi perniagaan, serta rakan kongsi, pekerja dan latihan kepimpinan membantu mengekalkan kejayaan ini.

"Kami telah melaksanakan strategi kami dan kami berbangga dengan hasilnya pada tahun 2012. Milestone mencapai kejayaan khususnya di Eropah, Timur Tengah dan di AS, dan kami mencapai kadar pertumbuhan yang mengagumkan di Brazil dan di Rusia. Terdapat beberapa peluang yang bagus untuk kami di Rusia, dan di Brazil kami memperoleh beberapa pelanggan penting, termasuk stadium bola sepak Mineirao di mana penyelesaian pengawasan video IP bakal menguruskan keselamatan 65,000 orang tetamu apabila Brazil menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA pada tahun 2014," kata Lars Thinggaard.

Perkembangan manusia merangsang perkembangan perniagaan

Pada tahun 2012 Milestone melaburkan DKK 55.3 juta (USD 9.67 juta) untuk Penyelidikan dan Pembangunan serta tambahan beberapa juta lagi dalam pembangunan pekerja dan latihan kepimpinan.

"Salah satu daripada keutamaan kami yang penting dalam tahun 2012 adalah meneruskan pelaburan dalam latihan untuk kira-kira 55 orang pengurus kami, yang kini berada dalam gelombang kedua Akademi Kepimpinan Milestone – sebuah program pembangunan yang membantu para pemimpin kami menjadi lebih baik dalam menguruskan isu sumber manusia, kewangan dan teknikal bagi memastikan matlamat-matlamat bersama didokong oleh mereka. Kami melakukannya kerana kami percaya perkembangan manusia menyumbang kepada perkembangan perniagaan; amat penting bagi kami memberi kakitangan kami peluang untuk memimpin dan mempengaruhi pembangunan syarikat ini," kata Lars Thinggaard dan sambungnya lagi:

"Tambahan pula, penyelidikan dan pembangunan bertaraf dunia adalah keutamaan penting bagi Milestone, jadi kami melabur peratusan yang agak banyak daripada hasil kami dalam penyelidikan dan pembangunan setiap tahun. Milestone terus maju kerana kami sentiasa mendengar keperluan pasaran dan bertindak atas setiap maklum balas. Pelaburan ini menyokong sasaran Milestone untuk kekal berdaya saing dalam pasaran dunia."

Harapan masa hadapan

Milestone Systems mempunyai harapan yang tinggi untuk masa depan dan akan terus melabur dalam pertumbuhannya; memberi perkhidmatan dan sokongan terhadap ekosistem syarikat itu yang terdiri daripada rakan-rakan kongsi dan para pelanggan dalam lebih daripada 100 buah negara. Kira-kira 60 peratus daripada pasaran keselamatan fizikal menggunakan peralatan analog, dan syarikat-syarikat ini berpotensi besar akan bertukar kepada penyelesaian rangkaian IP dalam tahun-tahun hadapan. Oleh itu, Milestone telah membuka tiga unit perniagaan baharu bagi kelompok peluang pemasaran yang lebih luas, termasuk Bahagian Inkubasi dan Usahaniaga dengan pejabat di Lembah Silikon, AS.

Keputusan Tahunan, Milestone Systems: 1 Januari – 31 Disember 2012

Jumlah Milestone Systems
(Juta DKK dan USD)

2012

2011

2011 ke 2012

Hasil

DKK 318 J /

USD 55.62 J

DKK 266 J /

USD 46.89 J

19,5 %

EBITDA

DKK 52 J /

USD 9 J

DKK 44.8 J /

USD 7.9 J

16 %

Pendapatan bersih

DKK 12.615  J /

USD 2.21 J 

DKK 10.288 J /

USD 1.8 J

23 %

Purata bilangan kakitangan 

351

310

13 %

Mengenai Milestone Systems

Ditubuhkan pada tahun 1998, Milestone Systems ialah sebuah peneraju industri sedunia bagi perisian pengurusan video IP platform terbuka, menurut IMS Research. Teknologi ini menawarkan pengawasan berkuasa tinggi yang mudah diuruskan, diyakini dan terbukti dalam ribuan pemasangan oleh pelanggan seluruh dunia. Dengan sokongan pilihan terbanyak dalam perkakasan rangkaian dan penyepaduan dengan sistem-sistem lain, Milestone menyediakan penyelesaian terbaik dalam kelasnya bagi pengaturan dengan video - menguruskan risiko, melindungi manusia dan aset, mengoptimumkan proses dan mengurangkan kos. Perisian Milestone dijual melalui rakan-rakan kongsi di 100 buah negara. Untuk maklumat lanjut, layari: www.milestonesys.com/

Source: Milestone Systems
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Earnings